Sunday, August 29, 2010

special dedicated to mr.right...

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


p/s: there will be a story follow up..iallah...kalau rajin...

Friday, August 13, 2010

terawikh yuk!

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

rasanya masih belum terlambat untuk atul mengucapkan salam ramadhan kepda semua umat islam. semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua. amin.

apabila tiba bulan ramadhan, perkara yang selalu dikait rapat dengan nya adalah solat sunat terawikh dan malam lailatul qadar. so dikesempatan ini, atul ingin berkongsi tentang fadhilat solat terawikh. jom kita ramai2 mengimarahkan surau @ masjid berdekatan bagi mendirikan solat sunat terawikh. tak berat rasanya kalau kita spend satu jam di surau hanya untuk solat terawikh. sama2 renungkan dan selamat beramal..


  • Malam Pertama

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

  • Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

  • Malam Ke-3

Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

  • Malam Ke-4

Orang2 yg mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yg diperolehi oleh orang2 yg membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

  • Malam Ke-5

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang2 yg mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

  • Malam Ke-6

Allah S.W.T akan mengurniakan kpdnya pahala seumpama pahala malaikat2 yg bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu & tanah berdoa utk keampunan orang2 yg mengerjakan tarawih mlm itu.

  • Malam Ke-7

Seolah-olah ia dpt bertemu dgn Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

  • Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yg bersolat tarawih sebagaimana pahala yg dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

  • Malam Ke-9

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala & dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

  • Malam Ke-10

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

  • Malam Ke-11

Ia meninggal dunia di dlm keadaan bersih dr dosa spt baru dilahirkan.

  • Malam Ke-12

Ia akan dibangkitkan pd hari kiamat dgn muka yg bercahaya-cahaya.

  • Malam Ke-13

Ia akan datang pd hari kiamat di dlm keadaan aman sentosa dr sebarang kejahatan dan keburukan.

  • Malam Ke-14

Malaikat2 akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

  • Malam Ke-15

Semua malaikat yg memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

  • Malam Ke-16

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mrk yg terlepas dr api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

  • Malam Ke-17

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada mlm ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

  • Malam Ke-18

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah tlh redha denganmu dan dgn kedua ibu bapamu (yg masih hidup atau yg sudah mati).

  • Malam Ke-19

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

  • Malam Ke-20

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yg mati syahid dan orang2 soleh.

  • Malam Ke-21

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

  • Malam Ke-22

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

  • Malam Ke-23

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga dpd cahaya.

  • Malam Ke-24

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada mlm tersebut.

  • Malam Ke-25

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

  • Malam Ke-26

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang2 yg mengerjakan solat Tarawih pd mlm tersebut.

  • Malam Ke-27

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

  • Malam Ke-28

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

  • Malam Ke-29

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

  • Malam Ke-30

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kpd orang yg bertarawih pd mlm terakhir dgn firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

PS: mengharapkan agar ibu cepat sembuh...sama2 tolong doakan untuk ibu atul eak..amin...

There was an error in this gadget