Thursday, May 24, 2012

CinTa YaNg DulU pErgi KinI kEMbalI pULaNg

  Ya Allah,
Cinta yang dulu pergi kini kembali pulang,
Hati ini lagi sekali disapa cinta kaum Adam,
Jangan Kau biarkan ia leka di bawah buaian kealpaan,
Seperti mana lalainya hati ini dalam cinta yang lalu.





 

Ya Allah,
Cinta yang dulu pergi kini kembali pulang,
Janganlah Kau jadikan cinta ini sebagai racun,
Racun yang menbunuh cinta antara diriku denganMu,
Tapi, jadikanlah cinta ini,
Sebagai satu jambatan,
Jambatan yang menjadi katalis antara cinta aku dan Kamu.




 Ya Allah,
Cinta yang dulu pergi kini kembali pulang,
Janganlah kau biarkan cinta ini,
Membawa aku ke lembah kehinaan,
Tapi,Kau pandukanlah cintaku,
Kepada kedudukan yang mulia.

Ya Allah,
Cinta yang dulu pergi kini kembali pulang,
Kau halalkan cinta yang hadir ini,
Dengan ikatan cinta yang Kau redhai,
Dan, pandukanlah cinta kami,
Dengan cinta dan rahmatMu Ya Allah.


Ya Allah,
Sesungguhnya hati kerdil ini mencintai dia,
Dan izinkanlah aku,
Mencintainya dalam nikmat cintaMu Ya Allah.



p/s: 
.: can it be called as sajak? bolehlah kot... =)
 

Wednesday, May 23, 2012

unTilTed p0St 2

this picture suits me the best, haha


Assalamualaikum dan salam 2 alam (erk)
Alhamdulilah, 4 papers dah setel...
tinggal 1 paper je lagi petang ni..
huhu, tak sabar nak habis..
nak merdeka, yadibadibu...


tapi...
tercapaikah poiter 
3.5 ni?
ya Allah, semoga tercapailah hendaknya..
kalau tak lambat lagilah boleh kawen nya.. hahaha



got to go..
nak sambung study moral..woha~


p/s: 
3 REJAB 1433 H..
genap usia atul 23 tahun... first wish that i got last early morning, 3.35am
"hbday my dear.smga cpt kawen" 
 aminnn..

Sunday, May 20, 2012

tAk TeRpaNggILkaH Aku?



Assalamualaikum..
Alhamdulilah, bernafas lagi kita pada tika ini..

"Marilah Menuju Kejayaan"
satu ungkapan yang akan kita dengar 10 kali sehari dalam azan...
itu tak termasuk iqamat lagi...
tapi, adakah aku terpanggil sekali untuk menuju kejayaan itu?

Ya Allah,jadikanlah aku dalam golongan yang sentiasa berusaha untuk mumtaz..
dan semoga mumtazku dapat membangunkan ummah...
amin..


akhir kata...


Saturday, May 19, 2012

UntIlteD pOSt 1



erk..
boleh eah macam ni?


p/s: sick of reading.. hahah

Friday, May 18, 2012

bUKu WaNg SakU atUl's VerSIOn

Assalamualaikum w.b.t dan salam Jumaat... 
Alhamdulilah, berjumpa lagi kita dengan JumAat minggu ini..
adakah kita masih berpeluang untuk bersapa dengan Jumaat pada minggu hadapan?
Allahualam...


ok, as this entry will be a long one, we will jump straight to the content...
actually, dah lama atul nak berkongsi dengan kalian ilmu yang cetek ini.. 
teringin sangat nak ada pewaris ilmu ni, dan buat masa ini, tak ada lagi yang berminat..
(is this what we call jump to content straightly? dont think so..)

ok, kalian pernah dengar tak dengan term BUKU WANG SAKU?
rasanya bendaalah ni femes masa kat skola dulu..
tapi tak tahu lah sekolah kalian ada ke idop...
yang version kat skola2 dulu ini lah gayanya buku wang sakunya
v
v
v

ada banyak kaler, biru, oren, hijau dll... ikut tahun kalau tak silap atul...

kat dalam buku nyer pulak, macam gini lak rupanya
v
v
v
v
v


ok, apa sebenarnya kegunaan buku wang saku ni?
kalau dalam bahasa mudahnya, bolehlah dikatakan sebagai sebuah buku di mana kita membuat catatan perbelanjaan harian..ia juga digunakan untuk mencatat rekod simpanan harian kita...
kalau zaman sekolah dulu, bolehlah kita nak menyimpan hari2kan..
almaklumlah, duit belanja dapat hari2 dari mak dan ayah..
ada balance je simpan,tu pon kalau ada baki lah kan..
tapi sekarang ini, bila dah dok U, dah kerja,
jangan haraplah nak dok menyimpan hari2..
even sebulan sekali pon susah kot...
ok, so secara penjelasan mudahnya, itulah penggunaan buku wang saku ni ha...

ok., sekarang, meh nak habaq mai cerita buku wang saku versi atul pula...
(i wish i can publish one in future, amin)
atul pon bermula, bukan lah dari sekolah..
sebab sekolah atul dulu pon tak ada bendalah ni ha..
atul bermula sejak 2008...
semasa atul di bumi UIA, sejak atul belajar akaunt..
dan dalam masa yang sama ada seorang sahabat yang hadiahkan atul buku ini..
so, sejak itulah atul akan membuat rekod perbelajaan harian atul dalam buku wang saku..
ye, SETIAP HARI..
so, meh nak kenalkan buku wang saku versi Atul..

v
v
v

kepada naruto freak, sila jangan jeles.. lalala... buku wang saku atul berubah setiap tahun.. tahun sebelumnya atul guna diari sahaja..tapi tahun ini, atul guna buku kitar semula dan sampul.. chantek kan.. lala


ok,meh kita intai apa yang ada dalam buku ni..
v
v
v
v

perbelanjaan at the beginning of the month

perbelanjaan towards the end of the month...

we also can keep some important bills or tickets like this ^


ok, as the pictures too small and it cant be read, i will explain a bit more...
the real table is like this
v
v
v
v

contoh dari perbelanjaan bulan April...

ok, next let me explain more about each coloumn...

  1. tarikh: tarikh perbelajaan.. (sila update setiap hari)
  2. tunai: wang tunai yang kalian dapat tidak kira sama ada gaji, allowance, nafkah zahir dari suami dan mak ayah
  3. makan: perbelanjaan kalian untuk makanan..
  4. topup: kalian punya topup sama ada phone or broadband
  5. transport: duit minyak, tambang teksi, tambang bas, tambang lrt dan sekufu dengannya.
  6. pendidikan: buku ilmiah, alat tulis, yuran kelas, yuran persatuan..
  7. buku: it can be change to another subject.. up to you.. as atul suka beli buku, atul wat khas satu column khas untuk buku.. contoh nya: majalah, komek naruto, buku motivasi..
  8. diri: perbelanjaan untuk diri sendiri contohnya baju etc..
  9. family: contohnya kalian beli hadiah untuk mak ayah, belanja adik makan eskrem...
  10. hiburan: wayang, theme park or wat ever that can be put under hiburan..
  11. lain2: contohnya kalian belanja kawan makan, sedekah duit kat masjid..
  12. jumlah: total perbelanjaan bagi hari tersebut..

then, tips untuk gunakan buku ini:

  1. anda perlu ingat semua perbelajaan yang dah dibuat supaya tally dengan balance yang kalian ada..
  2. jangan tangguh catatan ke next day, takut kalian lupa..
  3. perlu dibuat setiap hari (istiqamah)
apa kelebihan dengan buat bendalah ni?tak buang masa ke?
  1. 1st and foremost, you can practice you mathematics skills especially for those yang dah tak sambung belajar dalam math...
  2. anda boleh tahu ke mana hala tuju duit anda.. dari situ, anda boleh bajet duit untuk the next month.. contoh, kalau terlebih spent kat hiburan, so kita boleh kurangkan kat part tersebut untuk lebih save...
  3. anda boleh tahu dah berapa ribu duit anda habis untuk bulan tersebut dan tahun tersebut.. meh atul nak share berapa atul dah habiskan untuk tahun lepas sahaja...
kalau saya boleh tahu, anda tak nak tahu berapa anda dah belanja?.. tanpa sedar dah beribu kita habiskan duit entah ke mana2 ye tak..dari sini, kita boleh atur perbelanjaan kita pada tahun hadapan...target saya tahun ini, nak kurangkan spend kat bahagian hiburan dan topup.. dan lebihkan kepada bahagian menyimpan... i.Allah =)

 apa pula kelemahan buat bendalah ini?
  1. buang masa.. huh, alasan poyo.. online berjam2 tak buang masa pulak..
  2. bagi yang tak suka math, susah sikit lah nak buat benda nih..
  3. bagi yang short term memori pon agak susah juga.. sebab kalian kena ingat apa yang kalian dah belanjakan...
  4. bagi yang pemalas sikit dan banyak, susah bagi anda untuk istiqamah buat benda ni...
ok, sekian sudah lecture saya hari ini.. haha
Alhamdulilah, akhirnya tercapai juga niat saya saya untuk berkongsi ilmu ini...
selamat mencuba... and believe me, tak rugi buat benda nih..i.Allah..


p/s:
1. ni lah aktiviti wajib harian atul.. update buku wang saku pas berbelanja..
2. for those nak tgk Dark Shadow, please dont go with different genders.. tak pon, tak yah tengoklah.. huhu..

Monday, May 14, 2012

Saya Tahu Tarikh Lahir Saya Dalam Bulan Islam. Anda Tahu? Jom Check

Assalamualaikum...
tak lama lagi atul akan sambut birthday atul yang ke 20 23 tahun..

tapi bila atul cakap cam ni, kawan2 ada yang kata:
"ko tak yah nak perasan lah atul.. bukan birthday ko bulan satu ke? dah lepas kot"

kalau itu respons kalian, lain pula respons atul:
"kenapa umur aku dah 23 tahun ni? bukan baru 22 tahun ke? i am still young.. hoho..."


tak lama lagi memang birthday atul.. siyes tak tipu.. birthday dalam bulan Islam..
ha, itulah kita.. terlalu mengikut tarikh masihi sampai kita terlupa tarikh bulan islam..
anda tahu bila birthday anda dalam tahun islam? saya tahu.. tak jeles ke? woha~
so meh sama2 kita amek tahu birthday kita dalam tahun islam pula..


hak ni, atul punya.. 3 Rejab 1410 Hijrah.. it makes me older, 23 years old already...

alang-alang tuh, atul nak share lah juga ciri2 orang yang lahir bulan Rejab ni kan..selalunya kita ikut zodiak merapu haram tu kan.. so meh kita cek ikut bulan Islam pula...

OMA.. degil? yup, that is me..

ok, so now kalian punya turn pula nak cek kaliannya birthday dalam bulan Islam..macam ni ha..

 


so, siapa2 nak cek, boleh lah ke link tersebut..

nak tahu juga kalian punya characteristics mengikut tarikh lahir bulan Islam?

 


So, check it out by yourself ok..



and...
atul nak berlatih tiup kek untuk minggu depan.. hahaha

fuh... i wish i will get it for real in future.. kek naruto perisa hazel cheese secret recipies...






 p/s 1:
 tujuan utama entry ini, bukan nak cakap birthday atul yang makin tiba.. tapi nak promote birthday kalian dalam bulan Islam.. tapi sapa2, nak bagi hadiah ke atul next week, silakanlah.. hahahaha...

p/s 2:
nak mula sambut birthday dalam bulan Islam pulak lah...=)

Selamat Mothers Yaum

Assalamualaikum wbt..
keliru dengan tajuk entri?
inilah padahnya kalau atul bermain dengan bahasa...
huru hara jadinya...

ok, actually this entry should be posted on last Sunday..
but, wifi maktab wat hal so it kept postponed and Alhamdulilah berjaya juga ia di postkan hari ini...
ok, we go straight to the content...

13 MAY 2012
HAPPY MOTHERS DAY

gambar gaya nak mendera anak pon ada gak ni...


Alhamdulilah, terima kasih Allah kerana Kau mengurniakan aku seorang ibu dan sehingga ke hari ini aku masih mampu untuk berada di samping ibu...
kepada puan mak, Selamat Hari Ibu along ucapkan...
along sayang mak sangat2...muah2...
semoga mak terus dirahmati Allah s.w.t dan dipanjangkan umur dengan kesihatan yang baik..
maaflah sebab mak dapat anak solehah + baik hati  nakal cam along ni..
tapi ok apa, buat tambah kestressan keceriaan mak, wehe...

me, in future i.Allah bawa anak gi berjemaah maghrib stp hari...amin..


btw, maaf sebab lambat bagi hadiah..
i.Allah lepas dapat elaunt nanti, boleh lah mak tuntut semula hadiah hari ibu yerr...

kek untuk mak.. kepada awak en.tunang, thanks for the cake.. you made my mom cry.. hoho

hoho, even tade hadiah, tapi kita still ley sambut mother's day dengan kek butter scotch secret nih...
hoho, seronok sampai bergenang air mata mak dapat kek..
"kepada puan mak, boleh tak mak pejam mata dan anggap kek ni pon hadiah dari along? huhu"

btw, tidak lupa juga nak ucap Selamat Hari Ibu kepada ibu mertuaku bakal ibu mertua..




Selamat Hari Ibu, mak cik..
semoga mak cik panjang umur dan diberkati Allah selalu..
terima kasih sebab dah lahirkan anak lelaki makcik ni..
tanpa makcik, belum tentu saya dapat jumpa dia.. hoho...



akhir kata,
selamat hari ibu kepada semua ibu2 di dunia ini...
you are the greatest  person that we the child ever had..




p/s: untuk bacaan anak2 pada masa hadapan.. jadi pengajaran buat mereka.. woha~

Sunday, May 13, 2012

Mode exam 1






i wish someone can supply me dengan ubat tahan ngantok time2 nak study ni ha..
ergh.. menci tgk katil kat belakang badan..
rasa mau bakar kasi hangus je...


p/s: wish me luck for my exam..

Thursday, May 10, 2012

Woha, Exam Datang Lagi..

Assalamualaikum wbt..
yehoo, exam datang lagi..
hemo2, gembira benor exam datang lagi...
dah study ke mak jemah oit?
mestilah dah.. baru bebarapa chapter..
cemerlang ko nak..


so let pictures tell the rest..



this is what i feel when i open the book...
buku je ngantok, ngantok je buku...
time2 study cam ni lah, rasa rndu sgt nak study math..
even mata dah ngantok tahap gaban pon, tapi dgn math i still can force my eyes to open widely like this
v
v
v


last blajar math secara pulun, masa di UIA..
sekarang ni, nak lepas gian belajar math, 
dengan wat kira2 perbelajaan harian je lah..
yang selebihnya sume subjek membaca..

hoho, best juga kalau dapat wat gila cam ni..
belajar tgh2 library wat gaya kuak terlukup cam nih..
ada mau kena hambat dengan librarian maktab... waha..

btw, hari ini...
hari khamis yg sgt2 tak productive...antaranya:
  1. bangun pagi yg dah agak lewat.. alarm kol 4 tapi pukul 6 gak bangun..
  2. sebab dah bangun lewat, lepas geram, tdo lagi pas subuh.. teruk2.. boleh papa kedana kalau tido pas subuh ni.. sila jangan amalkan wahai Hidayatul..
  3. cari pasal dengan en.tunang.. 
  4. wat pn.mak pulak merajuk..
  5. buat kawan rasa serba salah...
  6. tido lepas asar sampai wat kepala pening.. gila lah ko atul kalau wat selalu cam nih..
  7. then, study pon tak berapa sangat...
itulah dia, unproductive atul...
Ya Allah, semoga hari yang kulalui esok lebih baik daripada hari ini, amin..
 

 
tampar diri depan cermin: layak ke nak kahwin masa belajar kalau result exam pon cam haram ha Atul?







There was an error in this gadget