Friday, July 30, 2010

ke mana kita sebenarnya?

Assalamualaikum w.b.t…

Lately sgt susa nak update blog..sgt busy dgn port folio and assignment yg dtg tanpa kenal erti jemu.. Masa 24 jam yang ada memang perlu digunakan dengan sebaiknya..

By next week, I have 2 assignments to be submitted. And the worst thing is, I don’t touch them even a bit. Huhu, I wish I have enough time to complete the assignments..

Alhamdulilah sebab dapat mencuri sedikit masa seketika menunggu kehadiran sahabat baik dari Melaka. Jadi, dapat lar sedikit ruang masa dan waktu untuk mengupdate blog skli gus berkongsi pendapat dan pengalaman..

Kalian tahu tak sekarang ini di Malaysia sedang berlangsungnya majlis tilawah al-quran peringkat antarabangsa? Dan 3 ogos ini adalah hari penutupnya. Alhamdulilah, semalam atul dan beberapa org rakan lagi sempat menghadirkan diri ke majlis tersebut yg berlangsung secara langsung dari PWTC. Atul ke sana pon secara kebetulan dan last minit setelah seorang sahabat mengajak atul ke sana…

Cha: atul.. malam ni ada tilawah al-quran.. ko nak pergi tak?

Atul: kat mana? Pukul bapa?

Cha: malam lar..kat PWTC…

Atul: tapi cha…aku kena gi masak kat rumah anak yatim tengku budariah depan nih…da mana satu aku nak gi nih? Dua2 bnda baik…

Cha: kita duduk kuala lumpur ni atul, bukan nak cari artis…tpi kita kena cari majlis2 ilmu mcm ni la…

So, at last atul pon memilih untuk ke majlis tilawah al-quran…sesampai di sana, dapat dilihat ramai para hafiz dan hafizah yg datg dari skola agama berhampiran. Sejuk mata memandang. Dalam hati terdetik, “ Ya Allah, mulia nyer budak2 nih..kecik2 dah hafal al-quran.. aku yg 2o tahun ni pon tak hafal quran.. usahkan hafal, baca quran pon culas”… time tu memang tersa kerdil sgt kalau nak dibandingkan dgn adik2 tu…

Seperti yang dijangka, kehadiran penonton tidak lah seramai penonton konsert siti nur haliza mahupon konsert jom heboh.. separuh dari penonton mereka pon tak sampai.. dewan sekecil itu pon tidak dapat dipenuhi dengan penonton.. ke mana mereka? Cuba lah, kalau konsert mana2 artis, sure penuh..malah sanggup berhimpit2 even hujan dan panas.. kalau dibandingkan dengan majlis agama ini, keadaannya lebih selesa, ada tempat duduk seorang satu, aircond pula… tapi kita umat islam hari ini lebih alpa dengan dunia hiburan.. even berdiri berhimpit2, panas dan hujan pon tidak kisah.. as long as itu hiburan.. dalam hati terdetik “ alhamdulilah, sebab aku dipilih oleh allah untuk menghadri majlis ilmu sebegini..bukan majlis hiburan yang lagho”..kita umat islam hari ini sebenarnya terlalu alpa pada dunia hiburan (juga merujuk pada diri sendiri).

Dalam usaha untuk memenuhkan dewan, pihak penganjur terpaksa menjemput student2 dari institusi2 pengajian yang berdekatan. Boleh Nampak tak betapa teruknya kita hari ini? Untuk majlis agama/ilmu, kita terpakse mengerah orang lain untuk menjadi penonton even kemasukan adalah percuma..tpi, kalau hiburan, tidak perlu dikerah..berlumba2 kita datang…even perlu membayar tiket yang kdg2 harganya mencecah ratusan ringgit…itu dia umat islam kita hari ini…

Sebenarnya, apa yang menarik perhatian atul dalam tilawah ini adalah penyertaannya..bukan bilangan penonton yang mmg atul dah agak sambutan dingin nya…Kebanyakan penyertaan kali ini adalah penyertaan kali pertama.. dan dari sepuluh peserta, atul tertarik dengan seorang peserta yg kurang upaya (cacat penglihatan). Masya Allah, org buta pon boleh membaca al-quran dan dihati mereka terlintas untuk membaca al-quran? Kita? Yang memiliki nikmat penglihatan yang tak ternilai ni bagaimana? Ada kita baca al-quran? Sekerap mana kita membaca nya? Fikir2kan lah? Jangan sampai Allah dah tarik nikmat penglihatan, kita baru mula nak mengenal Al-quran…

Sebenarnya, entry ini bukan nak menunjuk atau berlagak alim.. just ingin menimbulkan persoalan di kalangan umat islam sekalian.. ke mana kita sebenarnya? Ke mana hala tuju kita? Takkan kita nak terus alpa dalam dunia hiburan? Sebab itulah kita semakin mundur, kerana terlalu alpa dan leka dan dalam dunia hiburan…

Jom sama2 kita (sya dan anda) fikirkan dan berubah ke arah kebaikan.. amin…barakallahufiq…

p/s: dengan harapan, masa akan datang dapat lagi menghadiri majlis2 agama dan ilmu sebegini...(tapi gi surau pon malas...haish)

Friday, July 23, 2010

apabila AKAL berbicara soal CINTA

Bila Diri Disayangi

by: UKS

Terdengar bisikan mesra

Kalimah keramat bermentara

Bermulanya siang berakhir malam ku

Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu

Tiada tempat mu tertentu

Di gunung di lembah, di darat, di air

Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan

Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi

Langkah kaki ini semakin berani

Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku

Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya

Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya

Izinkahlah aku menumpang di sini

Di bawah naungan kasih dan sayang mu

Ku berserah diri

Dulu masa zaman sekolah, ada seorang sahabat ni minat sangat dengan lagu UKS nih. Atul pon apa lagi dok kutuk2 lar si sahabat ni “ haish, asal lar jiwang sangat ko ni khod? Nak kata bercinta pon, idok juga”. Dengan poyo nyer, si khod hanya tersenyum sinis dengan kutukan atul…

Tapi, baru2 nih ada lagi seorang sahabat atul dok layan lagu UKS ni. Dengan perasaan bengkeknya (sebab baru putus cinta), atul pon sound si iylia ni, “ haish, yang ko jiwang tak memasal ni asal iylia weh?”…dengan pantas iylia menyangkal atul “haish, bukan jiwang lar atul..ce atul hayati lagu ni dari atas sampai bawah..lagu ni lagu ketuhanan sebenarnya…

Tanpa segan dan silu, atul terus merampas hand phone si ilyia. Dok layan lagu tu dari mula sampai habis…terdiam seketika..”yelah, lagu ni lagu ketuhanan sebenarnya..”, detik hati…

……………………………………………

Erk, terlebih-lebih pula mukadimah entry kali ni. Sebelum atul pergi jauh untuk tajuk kali ini, ingin atul nyatakan disini bahawa atul ni bukan lar “anti kapel” just anti keganasan sahaja.. nak kata alim tu, lagi la tak layak…Cuma entry kali ini lebih kepda buah fikiran atul berbanding perasaan muda atul…just ingin berkongsi pendapat…sebab sebelum ini pon atul pernah bercinta…bukan sekali, bukan dua, tapi tiga kali…tapi akhirnya kecundang juga dalam cinta ciptaan manusia…

Sebenarnya, apabila ditanya soal cinta kepda atul, akal dan hati atul tak pernah sekata.. A kata akal, B pula kata hati..selama atul bercinta selama nip on, atul lebihkan ikut kata hati berbanding kata akal yang walaupon atul tahu kata akal tu lebih banyak baiknya…

Semasa di UIA dlu, ada juga kawan2 yang menegur dan menasihati atul soal cinta..ada di antara mereka yg menyarankan atul untuk putus sebab kapel itu haram katanya.. dan sejak itu, atul mula berfikir soal cinta dari akal, bukan hati…tapi, hati masih menguasai diri dalam hubungan cinta bersama si dia sehinggalah dia meninggalkan atul 4 june lalu kerana perempuan lain…*haish*

Tipulah kalau atul cakap atul tak sedih dengan perpisahan yang terjadi.. tapi jauh di sudut hati, atul bersyukur dan berterima kasih kepada dia sebab lepaskan atul.. sebab atul rasa, solo is better…

Bila da single ni, ada juga si teruna yang cuba untuk memenangi hati ini.. tapi bila difikirkan, perlu ke atul berkapel lagi? Apa atul ni tak tahu erti serik dipermainkan oleh si kaum lelaki ke? Tak penat dalam bermain cinta manusia yang tak tahu di mana letaknya kebahagian dan kekekalan dalam hubungan tersebut…

Apabila disebut soal cinta akhir2 ini, akal atul mula berkata, “kenapa masih mahu mengejar cinta yang tak pasti sedangkan ada cinta Sang Ilahi yang begitu pasti kebahagiaannya.. kenapa masih ingin dikejar cinta manusia yang tidak tahu mana bahagianya sedangkan cint si Ilahi itu lebih indah? Apabila, akal dan setipis iman di dada mula menjwab setiap soalan yang terpancul di benak kepala, atul dapat melihat betapa banyaknya kelemahan cinta manusia berbanding cinta si Ilahi..antaranya:

  • · Pernah kita lihat, ada insan yang kecewa bercinta dengan sang pencipta? Atul tak pernah lagi la tengok.. tapi da ramai antara kita yang kecwa dalam cinta manusia (termasuk atul sendiri).. ada satu tahap, sampai bunuh diri kerana kecewa ditinggalkan sang kekasih yang durjana…
  • · Bila da kapel, tak sah kalau tak bergayut..kalau boleh, tiap2 malam nak bergayut…duit topup berpuluh2 tiap2 bulan..silap2 beratus….pas tu, tgh bergayut pon, kdg2 boleh bergaduh…duit abeh, bergaudh pula…esok pergi kelas mata si perempuan bengkak2 merah, sebab menangis di malam hari…tapi kalau bercinta dengan Allah, kita pon boleh bergayut dengan Allah.. free online...talian 24434… ya bestnya, lepas bergayut, hati jadi tenang sgt….
  • · Bercinta dengan manusia ni bnyk sgt duit kna keluar..duit kluar dating, hadiah lagi..topup…etc..tapi kalau dengan Allah, tak payah belanja apa2 pon..cukup sekdar kita beramal dan beribdah kepdaNya…
  • · Ramai pasangan yang merajuk bila si kekasih lupa nk bagi hadiah pada hari2 istimewa..kdg2 bukan kes lupa, tapi kedekut tahi hidung kelat eh.. tapi bercinta dengan Allah, tak pernah sedetik @ sesaat pon Allah lupa nak bagi kita hadiah..setiap saat ada jer hadiah untuk kita..apa dia hadiah yang Allah bagi tu? Semua nikmat yang kita dapat pada setiap saat..contohnya, oxygen.. can you imagine your life with no oxygen in a minute? Biru lar jawabnya kowg nati…
  • · Setia mana pon kalian dengan si kekasih, belum tentu dia akan setia dengan kita…silap2 dia akan tinggalkan kita demi lelaki/perempuan lain…tapi, dengan Allah, Allah tetap bersama kita..setia dengan kita..syangnya, kita je selalu lupakan Allah…tapi Allah tak pernah lupa kita..subhannallah…
  • · Cinta manusia boleh dibwa kemana? Paling hebat pon, sampai ke kubur jer.. tapi, kalau kita betul2 setia dan cinta kita hanya untul allah, ia akan bawa kita ke syurga.. kan syurga tu hadiah yang diidamkan semua ? kalau dengan bf/gf, silap2 dia penyumbang point untuk kita ke neraka..

Seperti yg atul cakap tadi, atul bukan lar anti kapel.. siapa tahu esok lusa, aul akan kapel balik (harap2 tidak! Just tunggu kawin, hehe). Jangan ada pula yang berkata, atul berlagak alim. Tidak!, sya tidak lah alim.. Cuma ingin berkongsi persoalan dengan kalian semua

“kenapa masih mahu dikejar cinta yang tak pasti sedangkan ada cinta yang kekal hakiki?”

Akhir kata, jom kita sama2 renungkan , dan sama2 kita amalkan…

Ps: kepada si dia yg menanti, apa kata dekati sya dengan cara halal..nikahi sya..sya tggu..hihi…*kidding*

Thursday, July 15, 2010

TERIMA KASIH @ ALHAMDULILAH

Alhamdulilah, Allah telah memberi peluang lagi sehari untuk kita hidup…

Kita masih mampu berjalan, belajar, dan masih ada makanan untuk mengalas perut..

Kalau nak diikutkan, memang tak terkira nikmat yang Allah bagi pada kita…tak terhitung…

Udara, makanan, deria, dan banyak lagi…

Contohnya udara..Sekarang ni, memang kita tak terasa pentingnya udara…

Tapi cuba bayangkan, kalau satu hari nanti, kita memerlukan alat bantuan pernafasan untuk bernafas..

Tatkala itu, baru kita sedar betapa besarnya nikmat udara yang Allah beri pada kita secara percuma ini…no payment at all.. free of charge…betul tak?

Itulah manusia, dah tiada baru tahu nak menghargai..selagi ada, tak bersyukur..tak hargai…

V

V

Ceywah.. dah macam ustazah bagi tazkirah pula atul ni kan…

Ni semua gara2 kelas pendidikan agama islam petang tadi..

Kerana anis naikan nama atul, tak pasal2 ustazah dok panggil nama atul jer semasa P&P…

Asalnya kerana tajuk yang kami belajar pada hari ini..syukur dan berterima kasih…macam mana kita nak mensyukuri nikmat ALLAH…

V

V

Yang menjadi isunya dalam kelas tadi, bila atul nih sampai sekarang tak boleh nak terima dengan course yg atul amek..keep complaining..

Ya memang atul akui, sampai sekarang atul masih merungut dengan course yang atul ambil, TESL…

Bukan tak bersyukur dengan peluang yang Allah dah bagi, tapi sampai sekarang atul masih tak minat dengan TESL nih..dalam hati, masih nak ambil course Matematik… “Ya Allah, ampunilah hambamu ini…bukan aku tidak bersyukur dengan nikmatmu..tetapi masih tidak dapat menanam minat…”

Dalam hidup ini, atul ada satu prinsip yang atul pegang:

“ kalau nak bersyukur, kita patut tengok orang yang lebih bawah dari kita…

Tapi, kalau nak Berjaya, kita kena tengok orang yang lebih atas dari kita”

Dalam kes atul ni, atul memang bersyukur sebab masih diberi peluang untuk menuntut ilmu ALLAH yang luas ini.. masih ramai yang di luar sana yang tidak berpeluang untuk belajar..ada tu, yg sudah bekerja.. dan ada juga yang sudah berumah tangga.. tapi atul, masih ada rezeki untuk meneruskan pelajaran..terima kasih YA ALLAH…

SO

Atul rasa, sudah masanya untuk atul buka hati atul untuk terima course ini dengan seredhanya..sampai bila atul nak mengeluh, betul tak? Pahala tak dapat, malah dosa bertambah.. so atul, open your heart..english pon ilmu ALLAH juga..pasti ada hikmahnya kenapa atul terpilih untuk subjek ini.. setiap ketentuan ALLAH adalah yang terbaik buat hamba2Nya.. bagi subjek ekonomi, matematik dan bisnes, tunggu ya 5tahun dari sekarang.. atul janji atul akan sambung balik belajar dalam bidang tersebut, I.ALLAH..lambat atau cepat, atul tak kisah..asalkan atul dapat apa yang atul nak..yang penting habiskan belajar TESL dlu.. keep moving atul!

Akhir kata:

“jangan dinilai dan dikira apa yang kita miliki..tapi hendaklahlah kita menikmati dan mensyukuri apa yang kita miliki..” alhamdulilah..

Tuesday, July 6, 2010

perginya seorang insan bernama nenek...

assalamualaikum w.b.t...
tanggal 4 Julai 2010,jam 10.50 pagi
atok (nenek) atul telah menghembuskan nafas terakhirnya
di wad 9 hospital pakar sultanah fatimah muar johor..
ALFATIHAH buat allahyarhammah..

atok atul dimasukan ke hospital sejak hari rabu yang lalu (30 JUNE 2010) disebakan beliau tidak sedarkan diri..
setelah pemeriksaan dibuat ke atas atok, didapati buah pinggang atok dah tak berfungsi, jantung lemah (atok atul pakai bateri kat jantung) and paru2 dijangkiti kuman...

alhamdulilah, atul dapat jumpa atok sebelum atok pergi...
ari jumat tu, atok masih sedarkan diri..
bila tya sapa atul, dia dah tak kenal..
tp, ari sabtu keadaan atok makin tak stabil..
kena pakai bantuan pernafasan..
dan ahad, atok telah pergi meninggalkan kami semua...

alhamdulilah, atul dapat bersama2 dalam proses pengurusan jenazah..
dari mandikan sehingga dikebumikan...
dari 17 orang cucu yang atok ada, atul antra 4 org yang berpeluang untuk lalui semua ini..
terima kasih Allah..
walaupun sedih atas pemegian atok, tapi atul msih sempat untuk bersama2 nyer sehingga dikebumikan...
cuma tahlil jer atul tak dapat nak ikut sebab atul dah balik maktab...

sebenarnya, banyak2 atok yg atul ada, atok ni lah yang paling atul rapat dan syg...
atul suka sgt tempeyek yang atok buat..sedap sgt sbb banyak kacang...
banyak juga kenangan manis kami...
antaranya pergi hospital sama2...

then, atok atul ni panggil atul ZATUL..
unikkan? so, lepas nih tak ada sapa2 dah lar yang akan panggil atul dengan nama tu lagi...
masa kecik2 dulu, atok selalu timang atul..
nak taw cam ner lagu timangan tu?
"ceper pahang tok nya...hitam kilat bergaya"
rindunya atok...

last atok bagi pesanan kat atul, raya tahun lepas...
antara amanat terakhir atok pada atul:
  1. jangan kahwin dengan suami orang..
  2. jangan bergendut (berkapel)
  3. belajar dlu, kerja bagi kaya, tolong mak ayah..kahwin awal2 ni rugi...

so, ini lah antara pesanan atok...dan atul rsa dah sampai msa nyer untuk atul ikut pesanan atok tu terutama number 2 dan 3..

atok, walaupun kita dah jauh, 2 alam yang berbeza, tapi zatul masih sygkan atok..zatul akan ingat semua kenangan kita...atpk, atul mintak maaf yer atas silap zatul pada atok..zatul doakan atok akan ditempatkan bersama orang2 yg beriman..amin...syg atok...

al-fatihah..

p/s: ahmad fahmi tgglkan atul 4june...atok tgglkan atul 4july...skg atul dah nampak apa hikmah nya ahmad fahmi tgglkan atul..Allah nak atul jadi lebih tabah untuk kehilngan some1 yg lagi pntg dalam hidup..

Thursday, July 1, 2010

masih mampukah bahu ini memikulnya?

YAALLAH, MASIH KUATKAH AKU?

June 2o1o...
the worst month for the first 6 months of 2010...
a lot of troubles that i had to face...

1st trouble
4 June 2010...
dengan rasminya ahmad fahmi tgglkan atul..
hbgn yg terjalin selama 2tahun 4 hari, berakhir begitu sja...
yg sgt terkilan, hbgn ini berakhir bkn ats kesilpan diri..
tpi kehadiran org ketiga antra kami...
kalau lah dia tahu mcm mana sya sygkan dia....
awak, sya rndukan awak sgt2....

2nd trouble..
mak kesayangan sakit..
dan smpi skg, atul msih ikhtiarkan untuk pulihkan mak..
semoga Allah memudahkan urusan atul...
semoga Allah izinkan niat baik atul...
semoga Allah membantu atul...
hanya dariNya penawar setiap penyakit itu dtg...
atul mengharapkan bantuan dariNya...

3rd trouble...
laptop rosak..
punca? password yg di set oleh org luar...
so my lappy lgsg tak ley on..
anggaran kos pembaikan adalah rm 100-rm400..
mana nak cari duit bnyk tuh?
nsib baiklah ada kwn2 yg sggp bgio pnjm lappy untuk wat research....

4th trouble...
elaunt msuk ujung bulan...
so nak byr lappy gna apa?
nak makan?
sila jwb....

5th trouble...
atok tenat di hospital..
smoga atok diringankan seksa nya...

6th trouble...
mkin give up utuk teruskan pengajian di IPG...
rsa mmg tak ley g dgn kos tesl ni..
sya lgsg tak minat n tak pnh rsa epy n puas time blajar...
can i just fail the xm, kua dari sini n msuk universiti lain dgn kos yg sya minat?
sila kata tidak! sya tak ley amek keputusan itu....

7th trouble...
hlg fokus n di ganggu...


YAALLAH, puas menangis...
dah tak larat rasanya....
can i just give up on everything?
nope, you cant...
ALLAH tak suka hamba yg berputus asa...

kpda kwn, doakan sya agar saya kuat dan tabah hadapi dugaan ini...
semoga Allah permudahkan urusan saya..amin...
think positive: i am the special one...yg Allah pilih untuk hadapi semua ini...pasti ada hikmah dariNya...percayalah...amin...
There was an error in this gadget