Saturday, October 30, 2010

Challenge Your Self in 10 Days


Assalamualaikum…

I found those challenges from my dearest’s tumbler; I think it is quite interesting to try on... so lets do the challenges together…


Day One: Ten things you want to say to ten different people right now.


Day Two: Nine things about yourself.


Day Three: Eight ways to win your heart.


Day Four: Seven things that cross your mind a lot.


Day Five: Six things you wish you’d never done.


Day Six: Five people who mean a lot (in no order whatsoever)


Day Seven: Four turn offs.


Day Eight: Three turn ons.


Day Nine: Two smileys that describe your life right now.


Day Ten: One confession.


And…

I think it becomes more interesting if I do it together2 with my beloved friends..

The people that I am glad to tag are:


* My beloved girl

* My sis

* Fatin Amira

* Ain Dalila

* Josephine

* MOK

* Pearl May

* Mimie Chrome


p/s: mb after final i will do this challenge..


Thursday, October 28, 2010

jauh di sudut hati..aku mengharapkan.....

Assalamualaikum w.b.t


As this is my 100th entry in my blog, I would like to make a wish..


Kadang2..

Saya mengharapkan saya buta..

Buta kerana tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya


Kadang2…

Saya mengharapkan saya tuli…

Tuli kerana tidak pernah mendengar perkara yang dapat mengundang murka-Nya


Kadang2…

Saya mengharapkan saya bisu…

Bisu kerana tidak pernah berbicara ghibah atau segala sesuatu yang mengundang dosa dan perkara sia-sia..


Tapi mampukah aku menjadi wanita solehah seindah itu?



p/s: Ya Allah, aku mohon hidayah dan taufiq dariMU..


Wednesday, October 27, 2010

saya marah sebab saya sayang kamoo, sahabat...

Assalamualaikum w.b.t..


Atul pasti, ramai antara kita yang sedang berada dalam mood peperiksaan..begitu juga dengan atul..Start miggu hadapan, atul ada final exam.. 4 paper semuanya…atul harap, semuanya akan berjalan dengan lancar, Insya Allah...


Sebenarnya dari minggu lepas lagi minggu “study week” bermula..biasalah, apabila dah masuk minggu study week, tak banyak kelas yang berjalan seperti biasa…kebanyakkan lecturer memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk buat revision sendiri.. tetapi, sebaliknya pula bagi kami budak TESL.. tatkala pelajar lain tidak pergi ke kelas, kami pula masih wajib ke kelas… jujur dari hati, tension juga bila bangun pagi untuk ke kelas melihat roommate yang masih enak tidur di atas katil.. ikutkan rasa hati yang cemburu, mahu sahaja atul ponteng kelas..lagipon kehadiran sudah tidak di ambil kira.. tapi, atul bukan jenis ponteng kelas. Sejak di bangku sekolah rendah lagi atul terkenal dengan kehadiran penuh 100%.. jadi kaki ponteng tu bukan jenis atul, I.ALLAH…


Bagi atul, lecturer kami ini terlalu sayangkan kami…tatkala lecturer jabatan lain membiarkan pelajar2 mereka membuat revision sendiri, lain pula kisahnya dengan lecturer kami.. mereka sama2 turun padang, memberi input dan panduan dalam saat2 terakhir sebelum menghadapi peperikasaan...perkara ini sebenarnya jarang2 sekali berlaku terutamanya pada peringkat pendidikan tinggi seperti ini, betul tak ? dulu, masa atul di uia, kami hanya buat revision independently. Tiada lagi bantuan lecturer..kalau perlu, kami bersusah payah mencari mereka di bilik mereka. Tapi sebaliknya di sini.. lecturer pula yang mencari kami untuk membuat revision class.. tidak cukup dengan revision class yang di buat oleh para lecturer untuk kami, mereka tambah lagi dengan mengadakan solat hajat…punyalah mereka sayangkan kami.. lecturer kalian ada buat mcm tu? Sila jeles kepada kami, sebab lecturer kami buat itu semua kepada kami..


Tapi sayang.. tak semua antara kami yang tahu menghargai usaha dan jasa baik lecturer kami..termasuklah atul sendiri…


Alkisah bermula pagi tadi apabila ada si sahabat yang tidak hadir ke revision class.. serba salah jadi nya kami, apabila lecturer bertanya ke mana perginya mereka… kesian melihat si guru yang beria2 mengadakan kelas, tapi sayang anak murid nya pula yang tidak tahu menghargai penat lelah si guru.. tapi kami yang datang ni pon lebih kurang sama sahaja dengan mereka yang tidak datang..tidak bersungguh-sungguh menumpukan perhatian di dalam kelas… datang sekadar memenuhi kehadiran,ibarat melepaskan batuk di tangga.. kesian Puan Sarah.. Puan Sarah maafkan kami kerana sifat kebudak-budakkan kami ini....tapi, at least kami masih datang.. (hehehe, ayat sedapkan hati)


Ya, atul rasa sakit hati sangat2..sakit hati kerana marah tatkala melihat si sahabat yang tidak datang ke kelas puan sarah tadi, tapi dapat hadirkan diri ke kelas guru lain….apa pilih kasih ke mereka ni? Ya Allah, sabarkan je lah hati ini.. focus pada kelas pon turut terganggu kerana perasaan amarah terhadap sikap sahabat.. apabila ditanya kenapa tak datang ke kelas puan sarah, boleh pula dia menjawab, dia study sendiri dalam bilik…haish…


Halloo kawan.. bukan kamu sahaja yang mahu study.. saya pon sama.. bukan kamu sahaja yang tidak pandai, saya lagi lah tak pandai..malah saya lagi lah tak suka subjek bahasa English ni.. tapi, saya serta yang lain masih boleh datang ke kelas..kenapa tidak kamu wahai kawan?


Halloo kawan…nak berjaya itu bukan semata2 belajar tak kira masa.. tapi lebih dari itu wahai kawan.. hubungan dengan guru pon harus dijaga untuk berjaya..hormat itu yang penting… kalau cikgu berkecil hati dengan kita pon tak gunalah kawan…


Halloo kawan.. ada awak fikir tak apa perasaan Puan Sarah tadi tatkala dia nampak awak hadir ke kelas yang berikutnya sedangkan kelas beliau, kamu tidak menghadirkan diri? Ada kamu fikir apa perasaan kecil hati perempuannya? Come on lar…ibu kamu pon guru..tanya lah dia.. apa dia rasa kalau student dia tak datang kelas dia, tapi boleh hadir kelas guru lain..kecil hati bukan?


Halloo kawan, kamoo pon bakal guru.. yang kelak akan memiliki anak didik juga..cuba bayangkan kalau anak murid kamoo nanti buat benda yang sama kepada kamoo.. apa kamoo rasa wahai kawan?


Halloo kawan.. Allah itu maha adil..setiap yang kita buat pasti ada balasannya.. tak semestinya kita buat baik dengan guru, Allah akan terus balas dengan kejayaan..tapi kadang2 Allah bagi kita lebih dari itu ..tiada siapa yang tahu apa ganjaran Tuhan apabila kita menghargai dan menghormati guru kita… sebab Allah itu lebih tahu yang terbaik dari kita…


Wahai kawan.. saya marah bukan sebab saya jeles.. saya marah sebab saya sayang kamoo.. ikutkan hati, saya sendiri dah malas nak ambil tahu pasal kamoo..tapi sebab rasa sayang terhadap seorang sahabat, saya bagi teguran ini.. saya bagi nasihat juga bukan atas niat nak tunjuk saya seorang pelajar yang baik.. saya pon ada kurangnya juga..peringatan ini juga saya tujukan kepada saya sendiri.. agar saya dapat menjadi pelajar yang lebih baik pada masa akan datang..saya mintak maaf kalau teguran saya ini kasar.. tapi, saya marah sebab saya sayang kamoo, sahabat saya..


p/s: islam itu bukan sekadar pada solat, puasa, zakat, haji dan membaca Al-Quran..tetapi lebih dari itu.. jom, hormati dan sayangi guru kita…

Saturday, October 23, 2010

aku dan si kembar....

pada satu petang, sedang atul dan si kembar dok "dating" tiba2 si kembar bersuara....

si kembar: atul... cuba awak tengok sekumpulan perempuan di hujung sana.. suka saya tengok..sejuk mata memandang..nak ditegur saya malu..nak di ngorat lagi sya takut.. atul tak berminat ke berpakaian sepeti itu?

atul: erk...yang mana? yang pakai t-shirt labuh tu ker? *pura2 tidak mengerti siapa yang dimaksudkan oleh si kembar*....




to be continued....

Friday, October 22, 2010

tidak --> belum lagi...

Assalamualaikum…

Alhamdulilah, hari ini atul ingin berkongsi satu lagi input bersama kalian..


Pagi tadi, maktab atul menganjurkan majlis penutupan bulan bahasa peringkat maktab. Majlis bermula 10.30 dan berakhir pada jam 1.30..


Antara pengisian majlis, sudah pastilah diisi dengan program2 yang berkaitan dengan bahasa kan.. ada bacaan puisi, pidato, forum dan lain2 lagi.. mata atul pon apa lagi, makin layu lah nak2 bila dengar orang berpuisi.. at last, atul pon sumbat telinga dengan earphone sambil memejamkan mata..zzzzzzzzzzz…


Tgh sedap dok melayan mata yang tertutup, tiba2 naik seorang penceramah ke atas pentas.. satu dewan mula bergelak ketawa..haish, kenapa pula nih? Tak ley jadi, kena bagun juga dari tidur…mata terus manjadi segar, sesegar seperti selepas mandi di pagi hari apabila atul mulai focus dengan ceramah yang diberi..sempoi tapi penuh dengan input yang sangat berguna..


Puas atul bertanya kepada kawan, siapa nama penceramah tersebut *akibat tidur lagi*… tapi kawan atul sendiri pon tak dapat nak bagi jawapan.. akhirnya, atul tahu siapa beliau..beliau merupakan Pengerusi Akademi Pidato Nusantara (klik)..Subhanallah, terasa sangat kagum dengan kepetahannya berkata2…Nampak terlalu sempoi dan bersahaja…tetapi inputnyer terlalu banyak yang beliau sampaikan..

antara banyak2 input yang beliau sampaikan..cuma satu yang ingin atul kongsikan dengan kalian, iaitu:

“Kata-kata itu doa”

Beliau menyanyikan certain part lagu “fikirkan boleh “ dalam menyampaikan isi tersirat yang ingin disampaikan..


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh



Berdasarkan lirik ini, dapatlah disimpulkan bahawa, apa yang kita fikir dan kata itu sebenarnya yang menjadi doa kita..kalau kita kata, kita boleh maka boleh lah kita..jika kita kata kita tidak, maka gagallah kita..


Dalam ceramah beliau tadi juga, beliau ada menegur beberapa ucapan dan kata2 kita..kita selalu berkata tidak..dan itulah yang menjadi doa kita sehingga ia menghalang kejayaan kita..


Contoh:


· Saya tak tahu… (dah menjadi doa yang kita ni tak pandai) à seharusnya ia ditukarkan kepada, saya belum tahu…(menjadi satu doa dan harapan yang kita akan pandai pada masa akan datang)


· Saya tak kaya…( dah menjadi doa yang kita tidak akan menjadi kaya) à seharusnya ia ditukarkan kepada saya belum kaya (menjadi satu doa dan harapan yang kita akan kaya pada masa akan datang)


Jadi, kesimpulannya di sini adalah, mind your language…sebab ia akan menjadi doa kita..jadi selepas ini, marilah sama2 kita menukarkan perkatan tidak kepada perkataan belum lagi agar ia menjadi doa akan satu perubahan yang positif pada masa akan datang..nampak simple, tapi besar kesannya ya kawan2..


Atas rasa kagum akan kepetahan beliau, atul pon dengan semangat meng”google”, siapakah nama beliau..terkejut, apabila mengtahui beliau merupakan seorang Dato’. Bukan apa, sebab dia sempoi sangat..tapi bagus lah..mengikut resam padi..lagi berat lagi menunduk.. Alhamdulilah, seorang lagi tokoh melayu dan beragama islam yang boleh kita contohi dan teladani kejayaannya kan kawan2…


so, inilah beliau yang menyampaikan ceramah..

Dato' Dr Syed Ahmad Bin Syed Samsuddin Al-Saggof


P/s:Siapa kata orang melayu dan orang islam itu tak boleh berjaya? Mari kita buktikan yang kita boleh..I.ALLAH…

Thursday, October 21, 2010

clinic oh clinic

Assalamualaikum…


Sedikit cerita yang mahu dikongsi..


Beberapa hari lepas, kelas habis awal..so dengan masa yang terluang, atul pon pergi ke klinik yang berhampiran dengan maktab..


Untuk apa ke klinik? Cek kehamilan? Ujian HIV? Ujian kanser serviks? Argh..merapu belaka tu.. atul ke klinik untuk cek my beloved ulcer…


Ikut hati, atul memang tak suka ke klinik..malasnyer nak jumpa cik doctor..bengang dengan mereka * jeles sebenarnya sebab diri sendiri tak bergelar doctor, lallala*


Alhamdulilah, on the way nak pergi tuh, seorang senior tumpangkan kami untuk ke klinik.. at least atul dapat jimatkan RM 10, untuk duit teksi…terima kasih KAK HA.. jasamu dikenang..


Sesampainya di sana, ambik nombor giliran dulu..huh, ambil nombor giliran pon dah salah..*dah lah kantoi dengan seorang mamat, malu nyer*


so nampak sangat lar saya ni anti klinik..tapi disebabkan tahi telinga saya ni dah cair dengan dok bebelan kawan2, saya memaksa diri juga ke tempat itu…*menci2*


Sebelum masuk ke bilik cik doctor tuh, atul syu n ima dah wat bet awal2..masing2 kna wat prediction apa doctor tu akan cakap..n sapa yang menang akan dibelanja..so, msg2 bagi prediction akan apa cik doctor tu akan cakap…


Ok, then kita pon masuk lar jumpa cik doctor. Should I call him a doctor?.. I don’t think so..he is just a medical assistance (M.A). Maka berlakulah perbualan seperti di bawah…


Cik M.A: ada ulser yer?

Atul: yer…
Cik M.A: Dah berapa lama? Banyak minum air tak?

Atul: haish..lama dah..dekat seminggu lebih…dalam mulut saya ni ada 6 ulser..bnyk eah saya minum air.. dan saya rasa ni bukan soal air pon dok.. sbb sya kna ulser ni setiap bulan…

Cik M.A: erm, kami kat sini mmg tak ada ubat untuk ulser..tapi kalau ubat batuk tu adalah..kalau perlu, kena cari kat luar…ada dua jenis ubat untuk ulser nih, oral aid and bonjela *seolah2 mengakhiri perbualan*

Atul: *dengan perasaan tak puas ati akan penjelasan cik doktor*……tapi doctor, ulser ni kan banyak puncanya..antaranya cancer…sbb hormon pon yer.. so adakah ulser ni petanda cancer?

Cik M.A: Erm..bukanlah..cancer bukan cam nih dik…

Atul: hormon? Sebab, setiap bulan saya akan dapat ulser, n ia jadi sblm period…

Cik M.A: mgkin…

Atul: so ta ada ubat ke?

Cik M.A: Erm..kalau dah sbb hormone kita nk wat cam ane agi kan? Takkan nak kcau hormone lar pula kan… terima je lah seadanya…

Atul: (dalam hari berbisik; erk..poyo gila jawapan doctor nih)…

Cik M.A: so jagalah kebersihan mulut dan banyakkan minum air..

Atul:yelah..terima ksih…


Maka atul pon keluar lar dari bilik doctor dengan perasaan bengkeknya…dah lar tak dapat ubat..jawapan nyer pula ntah apa2…


Ok, kepada kawan2…saya dah tunaikan permintaan kalian untuk menjalani pemeriksaan doctor..so, keputusannya, saya tak ada cancer ok …so jgn wisau lagi..wihoo~


p/s: thanks guys sbb prihatn..love you all…tapi, pas ni jgn minta sya ke klinik lagi..sya bnci ke klinik nak2 dapat klinik cam kes di atas…hampagas toi klinik tuh..

Saturday, October 16, 2010

andai Allah tarik nikmat itu?



Atul: Kalau Kena Cancer Mulut Boleh Mati Tak Eak?


Syu: Kalau Mati Terus Tak Apa.. Kalau Syu, Syu Lebih Rela Mati.. Ini Nanti, Mulut Akan Berlubang2.. Sakit...Dan Berbau Busuk Pula.... *Atas Niat Untuk Menakutkan Atul Sebab Atul Ambil Ringan Pasal Ulser Mulut*


Mok: Pergilah Atul..Buat Check Up...Takut Cancer Jer...


Atul: Eii Takutnyer...Tapi, Nantilah Atul Pergi...*Sekadar Omong Kosong*

V

V

V


Atul: Mac..Sakitlah Nak Makan...Kena Ulser Lagi...


Mac: Pergilah Check Doktor Atul...Mac Bukan Nak Doa...Tapi Tahu Kan, Ulser Tu Tnda2 Apa...Jangan Jadikan Ujian Kecil Dari Allah Ini Menjadi Ujian Yang Lebih Besar Gara2 Kelalaian Kita Untuk Berusaha Pada Peringkat Awal...


Atul: Hem..Yela....Nanti Atul Pergi...

V

V

V

V

Sebenarnya, Atul Dan Ulser Ini Sudah Tidak Asing Lagi..Bagai Isi Dan Kuku.. Sejak Di Sekolah Menengah Lagi, Atul Selalu Kena Ulser..Tapi Sejak Akhir2 Ini, Atul Perasan, Tiap2 Bulan Mesti Atul Akan Dapat Ulser...Sekali Kena, Paling Kurang Ada Dua Biji Dalam Mulut..Tapi Paling Banyak Boleh Mencecah 6..(Mcm Skrg Ni, Ada 6 Biji Ulser Dalam Mulut Atul)


Kurang Airkah? Atul Tak Rasa Ia Disebabkan Kekurangan Air Dalam Badan..Sebab Atul Memang Banyak Minum Air Masak...

Atul Rasa, Ia Cuma Disebabkan Hormon Atul.. Sebab, Apa Yang Atul Perasan, Atul Selalunya Mendapat Ulser Setiap Bulan Sebelum Period Datang...Mak Kata, Mungkin Atul Ni Ada Penyakit Betina (Atul Pon Tak Tahu Apa Itu Sakit Betina)


Kepada Kawan2 Yang Sangat Prihatin Kepada Atul, Terima Kasih Yer..Atul Tahu, Kalian Semua Sayangkan Atul..Atul Pon Sayangkan Kalian Semua...


Sebenarnya, Atul Bukan Takut Nak Pergi Klinik..Cuma...

  1. Doktor Tu Tak Suka Jumpa Atul..Atul Pon Tak Tahu Kenapa...Btol Tak Cik Doktor? Wehhee~
  2. Atul Tak Suka Nak Menyusahkan Cik Doktor..Ramai Lagi Pesakit Lain Yang Perlu Mereka Rawat Selain Atul Yang Cuma Ada Ulser Nih..Silap2 Nanti Doktor Kata Atul Ni Mengada2...Heheheh…
  3. Sebenarnya, Atul Tak Yakin Sangat Dengan Klinik Biasa Ni..Sure Nanti Dia Akan Bagi Bonjela Jer…Setakat Bonjela Tu, Atul Pon Ada…
  4. Ke Hospital? Haish, Pergi Pagi Petang Baru Dilayan..Saya Tak Suka Menunggu..
  5. Klinik Swasta Atau Pakar Ungkin Cara Terbaik…Tapi, Duit Pula Jadi Kekangan..Kalau Tak Ada At Least Rm 100 Dalam Tangan, Simpan Je Lar Angan2 Tuh Eak…
  6. So, What Is The Solution? Cari Suami Doktorlah..Hahahhaha…

Sebenarnya, Apa Yang Nak Atul Tekankan Di Sini Bukanlah Soal Ulser Atau Pon Cara Penyelesaiannya…Cuma Atul Terfikir Sesuatu Ketika Atul Solat Maghrib Tadi *Halamakatak, Kantoi Solat Tak Khuyuk*

Bila Atul Kena Ulser, Atul Jadi Susah Nak Membaca Dan Bercakap. Setakat Nak Bercakap Tuh Atul Tak Kisah Lagi. Tapi Time Nak Solat And Mengaji Tu, Jadi Seksanya.. Bacaan Atul Jadi Tak Betul Gara2 Sakit Disebabkan Ulser..

Tiba2, Hati Kecil Ini Terdetik.. Ya Allah, Apa Akan Jadi Kalau Tiba2 Kau Tarik Balik Nikmat Bercakap Ini? Macam Mana Aku Nak Berkomunikasi? Macam Mana Aku Nak Lafazkan Bacaan2 Dalam Solat? Macam Mana Aku Nak Mengaji? Macam Mana Dengan Kerjaya Masa Depanku Sebagai Seorang Guru Kelak Andai Aku Sudah Tidak Mampu Berbicara? Ya Allah, Betapa Besar Nilainya Nikmatmu Ini.. Cuma Aku Sahaja Yang Tidak Pernah Sedar Dan Leka Dalam Mensyukuri Nikmatmu Yang Tidak Terhingga Ini..Alhamdulilah, Terima Kasih Allah Atas Segala Nikmatmu Ini..Betapa Aku Begitu Kerdil Di Hadapanmu Ya Allah…

P/S: Apa Dan Mana Milik Kita? Sesungguhnya Semuanya Hanya Milik Allah….

Friday, October 15, 2010

Al-Ma'thurat

"Dan sebutlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai."

Assalamulaikum w.b.t..

Apa khabar kepada semua saudara seislam?

Diharapkan kita terus2san mendapat hidayah dan rahmat dari Yang Maha Esa..amin..

Al-Ma'thurat?

Kalian tahu apa itu Al-Ma'thurat?

Bagi yang pernah bersekolah di sekolah asrama terutamanya sekolah agama, Al-Ma’thurat sudah tidak asing bagi mereka. Kerana ia menjadi amalan pagi dan petang bagi pelajar2 di sana.


Al-Ma’thurat merupakan himpunan zikir dan doa yang diamalkan oleh junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W.


Atul mulai mengenali Al-Ma'thurat ini sejak di bangku sekolah menengah lagi..

Itu pon melalui seorang sahabat baik, Mathila Mansor.

Selalunya selepas asar, pasti Mathila akan berteleku di atas katil sambil membaca Al-Ma'thurat seorang diri. Tapi atul tak pernah ambil port pon. Sebab selalunya, waktu petang adalah waktu yang atul gunakan untuk study.


Semasa di UIA juga, Al-Ma'thurat ini sangat popular dikalangan ahli bilik Atul. Boleh dikatakan separuh dari ahli bilik atul mengamalkannya. Tapi atul masih lagi dengan sikap ignorance nyer. Buat tak tahu jer. Tatkala rakan2 lain membaca Al-Ma'thurat selepas subuh, atul pula sibuk dengan menyambung tidur di atas katil yang empuk. Sikit pon tak ada perasaan malu tatkala itu. Bagi atul, tidur lagi best. Tatkala rakan-rakan lain membaca Al-Ma'thurat selepas asar, atul pula sibuk dengan menyiapkan tugasan kuliah. Tidak pernah terlintas langsung di hati ini untuk menyentuh buku comel itu.


Tapi segalanya berubah semasa bulan Ramadhan yang lepas. Entah bagaimana, hati ini terdetik untuk membeli buku Al-Ma'thurat tersebut. Atul membelinya ketika atul dan kembar singgah di sebuah kedai buku sekembalinya kami dari berbuka puasa. Puas atul cari buku tersebut dan Alhamdulilah atul jumpa. Rupanya, tak adalah mahal manapun. RM1.50 jer satu. Rasanya semua orang memang mampu membelinya. Tapi, masa tu atul hanya membeli Al-Ma'thurat tersebut. Tidak dibaca, dan hanya diletakkan di atas meja. Apa orang kata, sekadar hiasan atas meja. Haish~


antara isi kandung AL-MA'THURAT IALAH:

klik sini

(kalau susah sangat nak beli, print yang ini pon dah cukup)


Sebenarnya, banyak fadhilat dari membaca Al-Ma'thurat ini. Memang tak rugilah kalau kita membacanya. Antara fadhilatnya ialah:

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredhainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


MasyaAllah, besar fadhilatnya. Atul rasa tak salah untul kita cuba amalkan amalan ini. Atul menyeru kepada diri atul sendiri dan juga rakan2 semua untuk cuba menjinak2kan diri dengan amalan ini. Renung2kan, dan mari sama2 kita amalkan. I.Allah.


P/s: kalau kita boleh spent masa lebih dari satu jam menatap facebook, kenapa kita tak boleh spent at least, 30minit untuk baca Al-Ma’thurat? Bukannya facebook yang tolong kita nanti bila dalam kubur. Sekadar peringatan kepada diri sendiri.

There was an error in this gadget