Thursday, March 29, 2012

Ku Sangka Hatiku Seteguh Permata, Rupanya Ia Serapuh Kaca

Assalamualaikum w.b.t

lately ni, atul rasa macam rajin nak update blog.. walaupun assignment beratur menunggu untuk disiapkan.. tapi tangan masih lagi nak menaip untuk mengupdate blog.. kalaulah masa ini digunakan untuk membuat assigment, sudah pasti banyak tugasan yang dapat atul siapkan.. walaupun atul tahu, tak kan ada yang nak komen my entry, but i do hope i have silent readers who read my entry silently... 


malam semalam, atul update status fb...

"ku sangkakan hatiku seteguh permata, rupanya ia serapuh kaca"

dek kerana status tersebut, pagi ni, my concern friends terus tanya "kau ok tak atul? aku tengok post ko lain macam je malam tadi", tanya syu and iylia... Alhamdulilah, atul bersyukur sangat sebab atul ada sangat ramai kawan yang masih concern dengan atul.. terima kasih ye kawan2... i sayang you all lah...wink ;)...


Alhamdulilah, i am ok.. just my heart.. *listen to my heart beat*... terus terang cakap, hati atul tak selesa.. mungkin kalau dicek menggunakan kertas litmus biru, ia akan bertukar kepada merah.. itu bermakna hati atul berasid.. hoho...

dah masuk 2 tahun atul tak pernah rindukan bukan muhrim atul secara serius.. ye lah, atul nak rindu siapa kan? no couple, no missing someone lah.. sejak daripada itu juga, atul dah tak tahu macam mana perasaan rindu tu.. atul ingatkan perasaan rindu tu tak wujud malah ia hanya omongan kosong bagi pasangan kekasih.. jadi dari situ, atul ingatkan hati atul ini seteguh permata untuk menangkis perasaan rindu terutamanya kepada bukan muhrim atul, tetapi... tidak rupanya...



rupanya, hati atul juga serapuh kaca.. yang juga mampu merindui lelaki ajnabi.. Ya Allah, atul jadi tak tahu nak handle macam mana dengan perasaan ini.. gelisah hati ini... bila dah rasa macam ni, terus atul teringat ayat dalam blog dear little auntie yang berbunyi:

Do you really believe that if you had followed the rules set by Allah, you would still be feeling the way you are feeling now? 

my jawapan is: i would not feel the same way as i do now if i really follow the rules set by Allah...



akhir kata, ya Allah, kau permudahkanlah dan percepatkan pernikahan antara aku dan si dia.. kerana, aku ingin menikmati indahnya perasaan sayang dan rindu ini dalam keadaan yang Kau redhai, dan dengan orang yang halal untuk aku limpahkan perasaan ini, Amin...


sumber gambar dari: 

p/s: please do doa for my good ye my dear friends...


Wednesday, March 28, 2012

nak beli apa dengan voucher buku 1 Malaysia?

Assalamualaikum w.b.t.....


Insha Allah, next week para guru pelatih maktab IPTEK akan menerima voucher buku...kalau pelajar IPT, mungkin voucher buku mereka telah lama habis diguna pakai..apa orang kata, isu ni dah kira basilah..tapi tidak bagi kami yang belajar di maktab perguruan.. pada dasarnya kami tidak layak untuk menerima voucher tersebut... sebab kami sudah disediakan elaunt buku untuk setiap tahun.. tapi Alhamdulilah, atas dasar 1 Malaysia, dan kami budak maktab pon rakyat Malaysia juga, jadi kami layak untuk menerima voucher buku tersebut.. Alhamdulilah...

huhu, pening juga kepala.. nak beli buku apa ya dengan voucher buku ni? kalau orang lain, mungkin tak tahu nak beli buku apa dengan voucher tersebut.. tapi bagi atul, atul tak tahu buku mana yang patut atul bagi keutamaan.. rasa macam sikit pulak voucher RM200.00 tuh.. *haish, tak baik betul.. ce bersyukur sikit atul...* Alhamdulilah.. terima kasih kerajaan for the voucher...




so, insha Allah dengan voucher tersebut atul plan nak beli buku, antaranya ialah:

1. Buku Ilmu Usuluddin @/& Ilmu Fiqh....
kenapa buku ini yang atul nak beli? adakah atul seorang mahasiswi yang mengambil kos ini? owh tidak.. saya pelajar TESL... alkisahnya bermula pada malam majlis pertunangan atul.. selepas majlis, atul dan family, berborak dengan seorang pak cik yang menjadi ketua bagi pihak perempuan semasa majlis pertunangan tadi.. dalam perbualan kami, pak cik tersebut ada menyentuh bab2 ilmu usuludin.. masya Allah, menarik sangat dari apa yang dia cerita.. selama ni, memang atul pernah dengar nama ilmu usuludin, tapi tak pernah nak amek tahu pon, tentang apa ilmu tersebut.. so, bila dah dengar pak cik tu bercerita serba sedikit, rasa tertarik hati pula untuk mendalami ilmu tersebut.. nak belajar secara formal dalam kelas, memang agak mustahillah kan.. so mungkin boleh bermula dari pembelajaran secara tidak formal, iaitu melalui buku.. mana tahu, dari sini, insha ALLAH atul akan sambung belajar dalam bidang ini pula ke pada masa hadapan.. siapa tahu, betul tak?

Dalam masa yang sama, adik atul si angah pula cakap, antara dua ilmu iaitu ilmu usuludin dan ilmu fiqh ini, dia lebih berminat kepada ilmu usul fiqh.. so, kalau ada buku ni, i.Allah atul pon nak beli... tapi masalah atul ni, kalau buku2 keagamaan, atul lebih prefer yang santai cara penyampaiannya.. tak nak lah yang berat & serius sangan cara penyampaiannya.. nanti tak habis baca.. so, nak cari yang santai ni yang agak susah.. so, harap2 adalah, amin....


2. 2nd book yang atul teringin sangat nak beli adalah buku naruto.. this one bukan komik... tapi lebih kepada info2 naruto.. bulan 2 hari tuh, atul dah usya buku ni di kinokuniya.. tapi, masya Allah harga pula mahal bangat... if im not mistaken, it costs about RM59.. rasa tak berbaloi pula nak beli time tuh.. tapi kalau nak beli dengan voucher buku ni pon, rasa tak sedap juga.. sbb nya kerajaan bagi untuk kita beli buku ilmiah kan.. bukannya bahan hiburan.. so lagi sekali, atul tak bolehlah nak beli buku naruto tuh, sob9...



3. lagi nak beli buku apa ya? ha, yang selebihnya kita tunggu masa di kedai buku nanti.. sebab kalau list bnyk2 pon, nati kalau tak dapat sedih pulak kan...so, just wait and see....


akhir kata, cant wait for the voucher.. i wish that voucher can be used to buy permata hijrah too..for my mata.. it costs too much, about RM119.00.. anyone who like to sponsor me for my permata hijrah?.. wink3 ;p



Monday, March 26, 2012

12.3.12


YA ALLAH

Jika Kau menciptakan Hawa untuk melengkapkan syurga Adam...
Jika Kau menciptakan Siti Khadijah untuk melengkapkan dakwah Rasullullah s.a.w...
Jika Kau menciptakan Fatimah untuk melengkapkan perjuangan Saidina Ali...
maka Kau izinkanlah aku dicipta untuk melengkapkan kehidupan dunia dan akhirat si dia...

Saturday, March 24, 2012

Tuesday, March 6, 2012

Tahun 2012

tahun 2012
pindah rumah sewa baru...
tahun 2012
pindah maktab baru...
tahun 2012
siapa tahu, akan berpindah ke status baru... =)
There was an error in this gadget