Wednesday, March 30, 2011

perkongsian buat adik2 lepasan SPM

ASSALAMUALAIKUM....

minggu lepas, keputusan SPM telah diumumkan. macam mana dengan keputusan adik2? akak ucapkan tahniah kepada yang berjaya.. kepada yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa ya adik2.. hidup tidak berhenti setakat di situ..


sebenarnya, keputusan yang baik pon belum pasti akan menjanjikan kita akan mendapat tempat di IPT yang kita ingini.. begitu juga dengan keputusan yang kurang memberansangkan. tidak semetinya mereka ini tidak layak mendapat tempat di IPT. macam seorang kawan akak ni, keputusan SPM orang kata kadar2 biasa sahaja, tapi sekarang sudah bergelar mahasiswa UM mengambil jurusan science management biology.. jangan main2, UM ya adik2... first universiti kat malaysia.. jadi adik2 diluar sana, sila jangan berputus asa...


sekarang, akak pasti ramai antara adik2 yang keliru nak sambung belajar di mana.. nak2 yang mendapat banyak tawaran.. nak sambung di matrik ke? diploma ke? asasi di IPT ke? tajaan mara? tajaan JPA? atau UTP?haish, pening jugakan kalau dah banyak sangat tawaran ni....

macam akak dulu, lepas dapat keputusan SPM akak mendapat tawaran dari matrikulasi johor, asasi di UIAM, dan temuduga maktab bagi kursus matematik.. matrik johor dan asasi di UIAM, dua2nya menawarkan kos yang memang akak minat, perakaunan.. begitu juga maktab, kursus matematik... tetapi akak tolak maktab sebab tempat temuduga terlalu jauh, Kuala Lipis.. matrik pula akak tolak disebabkan oleh akak tak nak struggle betul2.. pada hal, kawan baik akak beriya2 mengajak akak masuk matrik Johor..tapi akak menolak.. maka berpisahlah akak dengan kawan baik akak..



akhirnya, akak pilih UIA atas banyak sebab.. antaranya sebab akak dah lama bercita-cita nak sambung belajar di sana dan cita-cita akak nak jadi gabenor bank negara.. di sana akak ambil subjek akaun.. mulanya, menangis jugalah akak belajar subjek ni, sebab susah.. akak dulu masa SPM budak sains tulen..jadi mana belajar akaun.. masuk2 kelas akaun, kebanyakan pelajar lain sudah mempunyai asas dalam subjek tersebut.. sedangkan akak tak ada langsung, zero knowledge, jadi terkial2 dalam kelas....menangis akak masa tu.. tapi, disebabkan minat, akak belajar bersungguh-sunnguh...sanggup stay up tengah2 malam mintak kawan ajarkan subjek akaunt.. alhamdulilah, dalam periksa akak berjaya dapat A dalam subjek tersebut...



hari tak selalunya panas.. begitu juga dengan hidup akak... sebelum beberapa bulan lagi akak nak buat degree untuk kos ini, akak telah bertukar ke maktab atas alasan yang tertentu.. kat sini, akak ambil kos bahasa inggeris, satu2nya subjek yang akak benci dari kecil lagi... bagi akak, nak jadi cigu bukan satu masalah bagi akak.. tapi nak jadi cikgu bahasa inggeris adalah satu dugaan besar bagi akak memandangkan akak tak pernah minat langsung subjek ini.. di sini, akak hanya belajar mengikut arus.. tiada lagi perasaan excited atau seronok untuk belajar.. kadang-kadang hati ini menangis, sampai bila diri ini perlu belajar dalam keterpaksaan? ini lah satu keputusan yang akak buat yang akak dah tak boleh nak patah balik...


semasa akak mendapat tawaran dari maktab untuk kali kedua ni, akak memang ragu2 sebab kursus yang ditawarkan adalah bahasa inggeris..tapi, akak buat juga keputusan tanpa membuat solat istiharah terlebih dahulu, memohon petunjuk dari Allah.. perkara inilah yang akak kesalkan sebab buat keputusan tanpa minta petunjuk dariNya terlebih dahulu..entah-entah apa yang akak buat ni, satu keputusan yang kurang tepat...

kepada adik2 yang masih ragu2 di luar sana, di sini akak nak berkongsi sedikit sahaja.. mohonlah petunjuk dariNya terlebih dahulu dalam membuat keputusan... sebab Dia lebih tahu yang mana yang terbaik untuk kita.. lagi satu, minat itu pun penting dalam menimba ilmu.. menimba ilmu itu sepatutnya menjadi ibadah bagi kita.. tapi, jangan disebabkan beberapa perkara, ia akan menjadi penyumbang dosa kepada kita...


akhir kata, doakanlah supaya hati akak ini terbuka untuk jatuh cinta kepada bahasa inggeris..amin... dan kepada adik2, semoga maju jaya pada hari2 yang mendatang...



p/s: terima kasih ustazah zahariah yang sudi mendoakan saya di hadapan kaabah semasa membuat umrah pada cuti yang lepas supaya saya meminati bahasa inggeris..semoga doa ustazah termakbul dan semoga ustazah diberkati Allah..amin..

Monday, March 28, 2011

give up!

kadang2 dah give up nak sayang orang...
sayangkan kekasih, ditinggal2kan demi perempuan lain..
ingatkan sayangkan kawan hati tak terluka..
silap rupanya..
sama aja...

sayangkan kawan pon..
kawan sendiri yang buat kita menangis...
lebih baik tak payah sayang...
kalau at last hati sendiri yang sakit...

last word:
kita fikir kita ada banyak pilihan, sebenarnya TIDAK!