Wednesday, September 15, 2010

sesuci hening syawal


Assalamualaikum w.b.t dan salam satu Malaysia.

Apa khabar iman saudara saudari hari ini? Saya? Allahualam. Diharapkan sihat seperti sihatnya zahir ini. Tapi rasanya tidaklah sesihat itu. Masih banyak virus2 yang melemahkan daya ketahanan iman di dada ini.

Hari ini sudah 6 hari kita menyambut syawal. Dah buat puasa sunat 6? Huhu, atul sendiri pon tak terbuat lagi puasa 6. Asyik dok makan jer. Insya Allah, balik maktab nanti baru nak mula puasa 6.

Rasanya, masih tak terlambat untuk atul mengucapkan selamat hari raya kepada semua terutamanya rakan2 yang mengenali rapat diri ini. Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin.

Oklah, entry kali ini, atul nak share sedikitlah macam mana dengan sambutan hari raya atul tahun ini. Alhamdulilah, semuanya baik2 sahaja dan Tuhan masih memberi peluang dan ruang kepada diri untuk menyambut hari raya bersama insan2 tersayang.

Di pagi syawal, kami dihidangkan dengan masakan istimewa dari ibu tersayang. Tahun ini mak masak ayam masak aladin, daging masak sate dan nasi minyak. Sedap sangat! Nak rasa mai lar datang rumah atul. Sayangnnya, tahun ini lagi sekali atul tak dapat mendirikan solat sunat aidilfitri. Bukan kerana bendera merah, tapi kerana bekalan air yang terputus di pagi raya. Meh cek nak habaq sikit. Rumah ceq ni atas bukit. So pagi2 raya air memang tak kan ada sebab air tak sampai kat atas. So pagi raya memang akan mandi lambat. Kadang2 tetamu dah datang pon atul tak mandi agi. Hahaha, sempoi tak layan tetamu tak mandi? Tapi dah berus gigi taw. So da wani juga lah.

Seperti tahun2 biasa, atul sekeluarga akan pulang ke kampung mak di johor. Tapi tahun ini kami balik awal sikit. Selalunya raya kedua baru balik ke sana. Tapi tahun ini, petang raya pertama kami dah pulang ke sana. Balik awal ni pon sebab ada sepupu atul nak bertunang pada raya keempat. Haish, ni jeles ni. Bila pula turn atul? Hik9, gatai noh.

Raya tahun ini banyak sangat perbezaannya berbanding raya2 tahun sebelum ini. Antaranya ialah:

  • · Menziarahi tanah perkuburan…

apa khabar iman kita? kelak, sini juga tempat kita..

First time kot atul menziarahi perkuburan pada pagi raya. Sebelum2 ni tak pernah pon. Pagi raya kedua tu, atul dan keluarga berkesempatan menziarahi pusara nenek dan atok belah mak. Nenek atul baru sahaja kembali ke rahmatullah 4 Julai 2010 yang lalu dan atok atul dah 29 tahun meninggalkan kami.

kubur arwah atok

Sedihnya, atul tak dapat nak menziarahi pusara nenek sebelah ayah sebab pagi raya pertama tu hujan.

  • · Kenduri kesyukuran…

Yang ni benda paling seronok sekali. Dah lama keluarga mak tak buat kenduri cam ni, last sekali masa atul kecil2 dulu. So bila pakcik buat kenduri ni rasa excited sangat, sebab dapat berkumpul ramai2 macam dulu. so dapatlah mengimbau kenangan zaman kanak2 dlu..

pak uda dan mak uda

Tapi sayangnya tak semua sepupu ada. Almaklumlah semua dah berkeluarga, so sudah pasti masing2 ada komitmen tersendiri kepada keluarga.

ibu saudara..nk upload gambar sendri tak ley..aurat..

Dalam hati bersyukur sangat bila tengok pak cik dan mak cik berbaik semula. Kalau nenek masih ada, mesti nenek gembira tengok anak2 nya kembali bersatu. Alhamdulilah. Semoga ukhuwah ini kekal abadi. Amin.

  • · Menziarahi dan diziarahi…

bersama atok dan nenek sebelah ayah

Atul ni ada masalah sikit taw; tak ley nak rapat dengan sepupu belah ayah. Tapi tahun ini, atul dapat mengeratkan ukhwah antara kami. Seronok pula bila da berborak tu, nak2 dia bercerita pasal persiapan pertunangan dia pada 4 syawal lepas. Excited dengar dia bercerita. Jeles pon ye. Hahaha..

kak nisa, my cousin..

Ada juga kawan2 yang sudi menjejakkan kaki ke rumah. Thanks to fatin farhah, Husaini and Haiqal sbb sudi datang beraya ke rumah =)

Tahun ini, atul dapat berkunjung ke rumah beberapa orang rakan. Mathila dan Mie.

Huhu, atul harap tak salah lar tindakan atul beraya ke rumah mie tu. Nama pon hari raya kan. Harap2 family dia pon tak salah anggap lar..huhu, jangan ingat atul bakal menantu rumah tu sudah lah yerk. Marahlak orang lain nanti. Betol tak mie? Hihi. Seronok juga pergi rumah mie ni, family dia mesra alam, tak rasa kekoklah pendek kata. Nenek, atok, mak and sedara2 dia semua ok. Atul rasa, sapa2 jadi menantu rumah tu nanti mesti senang nak sesuaikan diri. Sebab mereka semua mesra dan ramah. Yang bestnya, atul pon dapat duit raya. Dapat dalam RM16. Banyak kan. Tapi ada satu incident kelakar masa beraya rmah mie tu. Atok mie ingatkan adik atul tu akak kepada atul. Hahahha, kesian angah,tu lah, sapa suruh kuat makan lagi kan. Dah awak jadi akak saya.. hehe…

my besties ever, Fatin N Mac

Rumah mac ni atul pergi dengan fatin.seronok dapat jumpa fatin dan mac. Banyak gila baby kat rumah mac ni. The youngest one baru 10hari. Seronoknya ada baby banyak2 dalam rumah. Bila pulak atul nak dapat anak sedara ni? ops, nak tak nak atul lar yg kena kahwin dlu; coz I am the oldest. Huhu..

  • · Duit raya….

Alhamdulilah, tahun ini atul murah rezeki. Duit raya atul mencecah RM 301. Cantik angka tu kan. It is my birthday, 301 (30 Jan). haish, suratan takdir atau kebetulah nih?

Ok lah, atul rasa berbesar hati nak listkan nama2 insan pemurah yang telah menyumbangkan duit raya kepada atul. Mereka adalah:

Ibu Aji, Husaini, Atok, Busu, Mak Uda, Pak Utih, Mak Cik Tim, saudara Mie, dan ayah.

dengan duit raya yang ada ni, dapatlah atul beli broadband. alhamdulilah..

Terima kasih yer semua. Tahun depan jangan lupa bagi lagi..hihi.. semoga Allah murahkan rezeki kalian berlipat ganda. Amin.

Ok lah, dah panjang sangat ni. akhir kata, selamat hari raya maaf zahir batin. Semoga raya tahun depan lebih sweet dari tahun ini. Amin.


4 comments:

NAZMI SCHIFFER said...

waa bnyak wet raya... huhuhu...
you sure have a wonderful raya... just enjoy it to the fullest...don't think about the past..
(><,)(^,^)

di sebalik wajahku.. said...

antul..salam..selamat hari raya... ala.. duet atul lg byak dr kita. wa, cntek pink colour tu.. takpe2.. zaty doakan..atul akan bertemu jodoh yg lagi........baik!

Althafunisa said...

mie: huhu..tq...

zati: amin..hrp2 cm tu lah...

Anonymous said...

maCy ase cm muslimah sejati plak dgn tudung yg labuh tu. hahahaha