Alhamdulilah, semalam atul dah menjalankan satu lagi tanggungjawab atul sebagai rakyat Malaysia..
umur dah 22 tahun baru nak daftar undi.. padahal tahun lepas lagi atul dah layak untuk mendaftar..
actually, atul bukanlah suka sangat nak ambil port pasal politik negara ini..
as long as i can live happily in this country, i think it is good enough for me..
tapi, bila terbaca buku Travelog Secangkir Teh Pengubat Letih hasil karya ustaz Hasrizal, ia membuatkan atul terpukul..
bak kata beliau dalam buku tersebut, pemuda dan pemudi Malaysia ini golongan "aku tidak pedulisme"
jadi, lepas atul baca buku tersebut, atul tak naklah tergolong dalam golongan tersebutkan...
dengar kata, pilihan raya tahun ini akan dijalankan pada musim haji..
http://www.sinarharian.com.my/politik/najib-pru-masa-haji-bukan-perkara-baru-1.59363 |
malas nak komen panjang2.. tapi rasional ke kalau pilihan raya dibuat time tu kan? ni jawapannya:
http://www.sinarharian.com.my/politik/murshid-haram-panggil-pru13-musim-haji-1.62397 |
pada asalnya, atul pon tak adalah berminat sangat nak mengundi..
dalam hati ada juga terdetik, adakah satu undi dari atul nanti akan mengubah nasib negara ini?
tapi, bila difikir2kan balik, satu markah dalam peperiksaan pun akan meletakkan kita di grad yang berbeza kan..
kerana satu markah, mungkin kita boleh berada dalam golongan grad A dan mungkin kerana kurang satu markah juga, kita boleh gagal dalam peperiksaan..
mungkin orang tak berapa pandang pada nilai 1 tapi, nilai 1 lah yang amat penting dalam masa2 genting...
mungkin, dengan 1 undi atul itu nanti, ia akan berpihak kepada pihak pembakang @ kerajaan..
lagi pun, fokus nyer sekarang terletak pada usaha bukannya hasil..
seperti kata2 yang pernah atul berikan pada seorang sahabat
"Allah tak menilai manusia kerana pencapaian, tapi Allah menilai manusia berdasarkan usaha.. hal ini kerana, hasil itu adalah kerja Allah"
jadi atul rasa, i should practice what i said
P/S: thanks a lot to ain dalila yang sudi teman daftar undi semalam =)
No comments:
Post a Comment