Asslamualaikum..
(ok, sila abaikan tajuk yang agak penuh kontroversi di atas, lalala)
Aku seorang penari..
dan kau seorang ahli muzik..
akan kulangkah langkah tariku..
mengikut rentak yang kau alunkan..
rancak alunan muzikmu,
rancak tingkah tariku..
perlahan alunan muzikmu,
perlahan tingkah tariku..
bukan ku tak bisa menari rancak dalam rentak sentimental alunanmu..
namun, aku takut tersalah langkah..
bukan ku tak bisa menari longlai dalam rentak rancak alunanmu..
namun, aku takut kau resah dalam langkai longlaiku...
dan..
apabila muzikmu berhenti..
aku juga akan turut berhenti..
walaupun hati ini masih mahu menari sepuas hati..
kerna..
kau adalah pemuzik..
dan aku hanyalah seorang penari...
dan apalah erti langkah tariku tanpa alunan muzikmu..
No comments:
Post a Comment