Tuesday, November 9, 2010

Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasullullah

ASSALAMULAIKUM..

Allahummasollialasaidinamuhammad.
wa'ala alihi wasobbihiwabarikwasallim.

(menangis atie membacanya.. ya ALLAH!!!!!!!!!!!!! ya RasulAllah.. aku hambaMU yg kerdil lg hina)

Luangkan masa kalian untuk membaca.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..” Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…

banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam…


p/s: kredit to zati sbb bagi share...



Saturday, November 6, 2010

pengajaran malam pertama

“Boleh x nnti hantaran kawen nak minta kuceng parsi sekor?comellnyerrr!!!”

klik sini

Kucing.. anda suka kucing tak? Serious, saya sangat suka kan kucing..comel dan manja..kadang2 saya tak faham kalau ada orang yang takut dengan kucing..hilang satu nikmat, saya rasa…


Sebenarnya atul dah lama nak pelihara seekor kucing..nak2nya bila busu atul ada seekor kucing parsi bernama Ahmad Albab..comel dan sangat lincah.. makin membara lah perasaan nak ada kucing nih…


Nak dipendekkan cerita, beberapa hari lepas, atul post status di atas kat facebook..tup2, ada seorang kawan offer nak bagi kucing parsi kat Atul…Alhamdulilah, Allah memperkenankan permintaan atul sebelum masanya lagi..atul mintak tatkala berkahwin kelak, tapi sekarang juga Allah bagi..terima kasih Allah, Alhamdulilah..

Kepada amal dan pakcik nyer, terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada atul untuk memelihara kucing tersebut.. Insya Allah atul akan jaga dengan penuh kasih sayang..ececece…


Nak dijadikan cerita lagi, atul diberi 4 ekor kucing..hah, ambil ko..nak sekor, tapi dapat 4 ekor sekali gus..1ibu dan 3 anak..yang betul2 parsi nye Cuma si ibu..dan anaknya cuma kucing berbulu biasa gara2 si ibu tidak pandai memilih jodoh..tu lah, plilh suami dari baka kucing biasa..maka, hilang lah baka bulu lebat tu pada anak2nya..tapi, apa2 hal pon, si anak tetap comel kerana ikut muka si ibu yang bulat, ala2 parsi gitu~


Proses menjaga pon bermula..kira ni malam pertama atul..ops, malam pertama bersama anak2 kucing ok..bukan bersama suami tercinta *siapa lah agakya nanti,hahaha*... malam tu, memang atul tidur awal sebab kepenatan..tengah2 malam atul terjaga, gara2 anak2 kucing tu naik atas katil.. *haish, nak tidur dengan mak baru ye sayang*… bagi atul, itu tak jadi masalah lagi..yang menjadi masalahnya bila kucing2 tu sangatlah berminat naik atas katil my roommate, anis..dah lah roommate atul ni tak berani sangat dengan kucing…tak memasal, roommate atul tak boleh tidur sekali sebab banyak kali terkejut setiap kali kucing naik ke atas katil…

Atas rasa serba salah dengan anis, atul pon kurung lah 3 ekor kucing tersebut dalam sangkarnya..ingatkan masalah settle lah..tapi lain pula jadinya..ketiga2 mengiau mintak dilepaskan..ialah, tak selesakan duduk 3 ekor dalam satu sangkar..bising yer lah..nak tidur sure tak boleh..siyes, atul tak kisah sangat sal bunyi kucing tuh..Cuma atul fikirkan si anis lah..kesian dia..


At last, atul hantar budak2 tu ke sebuah bilik kosong..dan lepaskan mereka tiga beradik dalam tu…tapi, pintu bilik tu pula bermasalah..so atul sendallah pintu tu dengan 2 botol air mineral 4 liter… pintu tu berat, tambah pula dengan botol air tuh..so atul pon yakinkan diri yang budak2 tu tak dapat buka pintu tu..tapi…….

Sangkaan atul meleset..pagi2 buta sewal 5 pagi, kedengaran bunyi kucing depan bilik atul…tengok2 budak2 tu berjaya meloloskan diri..1 ada tapi 2 HILANG! Gelabah kami mencari lagi dua ekor tu.atul rekeks lagi *tapi tetap risau*, sebab yakin dia akan balik bilik cam seekor lagi tadi...tapi adik atul yang ima ni lah stress..risau gila kucing hilang.. So, proses mencari kucing bermulalah seawal jam 5 pagi tuh..satu bangunan kami cari.. alhamdulilah, kami jumpa seekor..tapi seekor lagi tak berjaya diketemui..proses mencari berhenti buat sementara waktu kerana subuh dah masuk…


Then, proses bersihkan bilik pula bermula kerana bilik tu dah dicemari dengan najis kucing..masyaallah, bau usah cerita lah..nak muntah atul rasa…najis baby pon tak sebusuk ini..nasib baiklah ima ada..so ima lah yang kutip najis tuh..

Lepas bersihkan bilik kosong tu, kami mandikan pula budak2 tuh… hahahha…pukul 6pagi mandikan kucing..kami sendiri pon tak mandi lagi time tu.. tapi, alhamdulilah lah sebab tak susah nak mandikan budak2 tuh..mereka tak meragam dan tak takut air..


Dalam 6.30 semuanya settle..Cuma seekor kucing lagi tak diketemui.. 6.45 baru atul solat subuh, sebab nak bersihkan diri dulu sebelum berdating dengan kekasihku yang satu itu.. masa dating dengan Allah tu, atul panjatkan doa agar Allah permudahkan cara untuk atul menjaga makhluk2 comel tersebut…


Dan, alhamdulilah Allah memang maha pemurah lagi maha penyayang..Allah memperkenankan doa Atul…dalam pukul 8pagi, atul jumpa kucing lagi seekor.. dan…yang sangat mengejutkan apabila si ibu kucing, puan parsi dah mula boleh didekati…tak mencakar orang dah..kalau tidak, puan parsi tu memang tak boleh dilepaskan dari sangkar…garang gila nak mati..atul yang nak bagi makanan dan minuman pon habis dicakar tangannya..atul yakin hati puan parsi jadi lembut kerana Allah telah memperkenankan doa atul..Alhamdulilah…

Sebenarnya, banyak benda yang atul belajar dari malam pertama atul nih..antaranya:


· Erti kesabaran..serious, kesabaran atul agak tercabar malam tu bila tidur atul terganggu gara2 budak2 tuh..


· Ni pon boleh dikira sebagai satu preparation nak jadi ibu kelak..bangun tengah2 malam untuk tukar lampin anak dan menyusukan anak..kes kucing ni pon lebih kurang kan…


· Terkenang jasa si ibu yang tak ternilai masa atul kecil dulu..kalau atul boleh tercabar tahap kesabarannya bila tidur terganggu di tengah2 malam, macam manalah mak atul dulu yang berjaga malam untuk atul..mak..along mintak maaf dan terima kasih atas segala jasa baik mak..


· Kes buang bayi..atul pelik macam mana orang boleh buang bayi..alang kami kucing hilang pon dah gelabah habis, ni kan pula bayi..pelikkan?


· Cari jodoh..nak cari jodoh kena pilih baka yang elok2..dalam kes manusia, bukan bakalah yang ditekankan..tapi perwatakan dan sifat2nya..macam kes puan parsi ni tadi, dia kawen dengan kucing biasa..so anak2 pon, dapat gen bulu kucing biasa..dalam konteks manusia ni pula, kita kenalah cari pasangan yang ada agama dan akhlak yang baik agar kelak kita dapat anak2 yang soleh dan solehah..kalau tidak, tak kana da pula peribahasa, mana tumpahnya kuah ke nasi…


· Lastly, melatih atul untuk rasa lebih bertanggungjawab..preparation nak jadi ibu kelak..lalala

p/s:

· Thanks to ima for helping me a lot..

· Thanks and sorry to amal…

· Thanks to izuan and azwan sbb take over jaga budak2 tuh…

Friday, November 5, 2010

Challenge 5: 6 things you wish you'd never done

  • · I wish I never work at the BHP
  • · I wish I never knew JIMI..
  • · I wish I never be a girlfriend to Jimi..
  • · I wish I never jatuhkan telefon syu ke dalam lubang tandas..
  • · I wish I never put my parents in trouble..
  • · I wish I never put my friends in trouble..
p/s: but, i did all of them

BACALAH JIKA ANDA ADA MASA UNTUK ALLAH!!

Assalamualaikum saudaraku

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.

Bacalah sehingga habis.

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini

Kita cuba menyimpan ALLAH didalam MASJID pada hari Jumaat .......

Muingkin malam JUMAAT?

Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?

Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....

Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka......

Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH

Ya aku CINTA ALLAH

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

IA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH dantidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu....

Kirimkan kepada orang .

Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

Susah….... Senang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?

Kenapa mengantuk dalam MASJIDtetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem 'forward' kanemail yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.

Solat adalah yang terbaik....

Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH).

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?

Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini andatidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.

Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapanALLAH terhadap anda.

Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.

sumber:http://www.facebook.com/note.php?note_id=156599817715169&id=100001096524230

Challenge 4: 7 things that cross your mind a lot

  • · Kesihatan mak…saya sangat risau kalau sakit mak datang balik..Ya Allah, lindungilah ibuku dari gangguan jin dan syaitan..
  • · Duit~~~~~ saya benci hidup dengan duit…
  • · Kecuaian..kenapa saya makin cuai sekarang?
  • · Cuti…boleh tak saya tak nak cuti kali nih? I have my own reason for that..
  • · Exam…entah mcm mana lah result kali nih…
  • · Masa depan…
  • · Lately, slalu fikir, mcm mana nak dapatkan kemanisan dalam beribadah? Mcm mana nak rasa rndu terhadap ibadah?
p/s: asyik fikir soal jodoh juga...lalala

Challenge 3: 8 ways to win my heart...

  • · Pastikan anda seorang islam.. saya tidak mendambakan someone seperti nabi Muhammad kerana diri ini tidak semulia Khadijah.. tapi cukuplah sekiranya anda mampu mengimamkan solat saya dan membimbing saya untuk mengaji..

  • · Tidak merokok.. sebab bagi saya, jika anda tidak mampu sayangkan diri sendiri bagaimana anda mahu menyayai diri saya..

  • · Terima saya dan keluarga saya seadanya…

  • · Tidak menghalang cita2 saya..

  • · Sedap mata memandang..handsome sangat pon, makan hati pula nanti..

  • · Mampu buat saya selesa bila bersama kamoo…

  • · Memahami saya…apabila saya menangis, kamoo ada di sisi saya untuk menenangkan saya..bukannya memarahi saya walaupun time tuh silap saya...

  • · Menjaga kehormatan saya sebagai seorang perempuan islam..

p/s: saya cintakan kamoo bukan sebab siapa kamu di mata saya, tapi kerana siapa saya bila di samping kamoo..

Thursday, November 4, 2010

challenge 2 : 9 things about my self

  • · Tahukah anda nama atul yang sebenar adalah HIDAYATUL NUR AQILAH yang membawa maksud petunjuk Allah cahaya kebijaksanaan


  • · Tahukah anda bahawa atul penggemar kacang berbanding coklat..


  • · Tahukah anda bahawa atul sangat suka bermain buaian tapi sangat takut bermain papan gelongsor…

  • · Tahukah anda bahawa atul mempunyai buku rekod perbelanjaan harian..10 sen perbelajaan pon atul akan catit dalam buku tesebut..


  • · Tahukah anda bahawa atul suka mendengar IKIM tepat pada pukul 12 tengah malam..


  • · Tahukah anda bahawa atul lebih rapat dengan ibunya berbanding bapanya..


  • · Tahukah anda bahawa atul pernah berkerja sebagai pump attendant di HBPetrol selama 6 bulan selepas SPM dengan pendapatan RM430 sebulan..


  • · Tahukan anda bahawa atul suka menonton wayang tapi sangat anti dengan cerita seram dan ganas, tetapi sangat suka menonton film science fiction and romantic..


  • · Tahukah anda bahawa atul menonton film Hollywood bukan kerana jalan ceritanya tetapi kerana kemajuan industry perfileman di sana..agak2 nya bila Malaysia akan setaraf dengan mereka?



p/s: tahukah anda bahawa semalam 3nov 2010, saya telah menjatuhkan phone kawan saya ke dalam lubang tandas? syu, atul mintak maaf sangat2...


Monday, November 1, 2010

Challenge 1: Ten things you want to say to ten different people right now.

Ayah:

Along nak sangat cakap kat ayah yang along sayang ayah mcm yang along selalu buat kat mak..tapi, along segan..along nak sangat peluk dan cium ayah mcm along buat selalu kat mak..tapi along segan.. dulu, bila busu tanya, sapa anak kesayangan ayah, ayah akan jawab angah.. masa tu along kecil hati dengan ayah..tapi, sekarang along tahu, yang ayah pon sangat sayangkan along..ayah, terima kasih yer atas jerih perih ayah untuk membesarkan along selama ini.. I.ALLAH, along akan balas balik jasa ayah satu hari nti walaupun along tahu yang along tak mampu nak balas semua jasa ayah.. along cuma nak ayah tahu, yang along sangat sayangkan ayah..




Emak:

emak..along sayang dan sangat rindukan mak...setiap masa along ingatkan mak..setiap masa along risaukan kesihatan emak.. mak bukan sekadar mak kepada along..tapi mak juga merupakan kawan terbaik yang pernah along ada..tak dapat along bayangkan kalau satu hari nanti mak tinggalkan along.. kalau boleh, biarlah along yang pergi dulu.. mak, along mintak maaf yer.. sebab along ni anak yang degil..sejak dari dalam kandungan lagi, along dah menyusahkan mak..tapi, I.ALLAH along janji, anak yang paling nakal inilah yang akan berjasa kepada emak..along sayang mak sangat2 sebab mak adalah nadi kehidupan along..


Angah:

angah..along tahu along kasar dengan ko..along garang dengan ko nak2 bab belajar.. along buat benda ni sebab along ada harapan yang tinggi kepada ko...along tak nak ko rasa apa yang along rasa sekarang..along nak ko belajar sesuatu yang betol2 ko minat..along meletakkan harapan yang tinggi pada ko..along tahu ko ley buat, cuma ko malas jer..cita2 along nak belajar kat luar negara tak tercapai..usahkan luar negara, di uia pon tak kesampaian (bukan bermakna along menyesal)..tapi ko, along harapkan ko belajar kat AL-AZHAR..yang mana ilmu duniawi dan akhirati ko akan dapat kat sana.. along nak ko jadi seorang ilmuan yang ilmu agamanya juga lengkap di dada.. belajar rajin2 yer sayang..
lagi satu, jgn jadi mcm along..along selalu tak ikut cakap mak..ko kena jadi anak yang baik taw..jangan ikut perangai along yang nakal nih..



Afiq:

afiq...along mintak maaf sebab selalu marah2 ko bila ko tak ley buat dengan baik dalam belajar.. bukan apa, ko tu lelaki..kelak ko akan kawen...dah kalau belajar pon tak pandai, ko nak tanggung anak orang pakai apa nanti?pasir? tulah sebabnya along risau sangat pasal ko..along tak nampak lagi ke mana arah tuju kamoo afiq..along bising, bebel sebab along sayang ko..bukan sebab along benci ko...


Ezza Shazana:


my first bestfriend... ingat lagi time mula2 kita kenal masa form1 tu kan..tidur sekatil.. ke kelas bersama..ke dewan makan bersama...Dua bnda yg ezza anti; cter hantoo and kacang..erm..spanjang kwn dgn ezza ni, mmg tak pernah gaduh..baik jer kami..kan ezza?hehehe.. saya syg kamoo~ walaupun kita jauh, harap hubungan kita tak kan terputus..bestfriend for ever ok?tapi, mkn lama saya jadi makin segan dengan kamoo..mungkin sbb status pendidikan kita kot..hope saya ley buang perasaan ni jauh2 dalam laut..hehehe..apa2 pon, saya msih syg kamoo~


Mathila Mansor:



awak nak taw tak mac, pada mulanya saya memang tak boleh nak masuk dengan kamoo.. mgkn sbb kamoo baik sangat.. tapi, saya taw, kamoo mmg kawan yang baik.. dan sekarang, kamoo, atra kawan yg pling saya syg.. bnda yg paling atul rasa serba salah dengan mac, time mac menangis kat public phone..atul tahu, mac mmg ada masalah time tuh..tapi, betapa tak gunanya atul sebagai kawan, atul biarkan jer mac..(dalam hati, atul nak sangat dapatkan mac time tuh dan peluk mac..tapi atul tak terbuat semua tuh)..maafkan atul yer mac..tpi, saya mmg sygkan kamoo walaupun cara kita agak berbeza..


Fatin Farhah:




teman tidurku..aw~ fatin, terima kasih sbb jadi kawan saya.. 3 tahun kita tdo bersama..bnyk perkara yang kita kongsikan..nak2 pasal haiqal dan iwan..heheh..dengar lagu sama2..igt lagi tak? yang paling atul tak boleh lupa, fatin sangat percayakan atul sampai sanggup pinjamkan atul rm2000 untuk beli laptop..jujur atul cakap, saudara atul pon tak ada yang macam ni..kadang2, kawan tu lagi berguna dari saudara sendiri..sayang kamoo fatin~


Rohaizad:


hehehe..igt lagi tak tarikh 11 mac 2005? our friendship anniversary... first time atul approach lelaki untuk dijadikan kawan...sebabnya,awak tu pendiam sangat (itu dulu, sekarang dah bising dah,hahhaha).. walaupon saya pernah syg awk lebih dari kwn, tapi sya tak pernah harapkan kita ada hubungan lebih dari kawan..sebab saya tak nak kehilangan awak, mcm mana sya pernah hilang bf sya sblm nih..igt tak apa jnji awak pada sya? awk takkan tgglkan sya mcm mana jimi tgglkn sya.. dan ini lah satu bnda yang bestfriend boleh buat tapi boyfriend tak ley buat...bestfriend takkan tgglkak kita demi perempuan lain..dan awak lah orgnya, bestfriend sya~ trima ksih..


Zainol:


bnda yang paling atul ta ley lupa dgn dol ni time kami kemalangan jalan raya...hahahha...igt lagi time dol gelabah, risau atul cedera..hahahha..habis baju atul penuh dgn aiskrim..wat malu jer..
bnyk bnda yang atul kagum dgn dol nih..antaranyer kesetiaanya..bertahun2 tggu org yg sama, tapi syg tak berbalas..mana nak cari lelaki cam ni zaman sekarang? susah beb..ok, bagi awek2 cun kat luar sana, boleh lar try usha si dol ni..dengan syarat kamoo cun lar..atul dah try byk kli, tapi ta lepas sbb tak cun..hahhaa.gurau jer dol...
dol, ko baik sgt wlupon mulut ko kdg2 cam longkang..hahahha..tpi hati ko mmg baik..aku mmg syg ko sgt2 sbgi kwn..ko tak pernah berkira dgn aku..bila2 aku ada mslah, ko sokmo antra yang pertama datg tlg aku...trima ksih dol..friend forever ok?lagi satu, jgn sia2kan peluang ko bljar kat uia, di mana aku tak ada peluang tuh..manfaatakn ok?..bukan sekadar dari segi ilmu duniawi tapi juga dari segi ilmu agamanya..cari peluang untuk perbaiki diri ko yg mmg dah baik tu dgn persekitaran yang baik cam tuh, yer dol..


Amira farihan:


tak berapa rapat, tapi bnyk yg kita kongsi shgga jadi rapat dan dalam diam, sya sgt sygkan kamoo yer amira farihan..igt lagi tak satu mlm yg kita menangis sama2, berkongsi masalah? sampai skrg atul tak lupa detik tu mira..kita menangis sama2..belajar sama2...atul ajar mira math and stat, mira pula ajar atul acc..dari atul tak pandai apa2 acc tuh sampailah atul bleh score A untuk subjek tu..terima ksih mira..jasamu atul igt...rindu sgt kenangan kita..
mira selalu di samping atul bila atul menangis..nak2 time dengan jimi dlu..mira lah satu2 nyer yg berani marah atul, pasal setia yang membabi buta..semua nyer sia2 jer kan mira..kalau lah, dari mula atul dgr nasihat mira...
dan..hadiah yg mira bgi...ianya sgt tak ternilai bgi atull...walaupun tiada nilai dari segi wang ringgit, tapi sgt mahal dan berharga di hati atul..yela, mira buat sendiri hadiah tu kan..mkan msa..snggup buat, satu demi satu..i.allah, atul akan smpan hadiah tu sampi bila2...syang kamoo !!


P/s: yang tak tersenarai mohon maaf...kamoo semua tetap dalam hati dan doa saya...i.allah