Wednesday, April 14, 2010

adakah aku juga dihormati seperti itu?

2 minngu lepas, ada seorang sahabat datang jumpa atul...
sahabat atul tu lelaki..kira rapat juga lah dengan atul..rakan sekelas
masa dia datang jumpa atul tu, dia tanya atul satu soalan..

"atul..saya ada kenal seorang yang pakai purdah..dan saya tertarik dengan beliau...
tapi saya tak tahu nak tegur dia macam mana..any idea? saya rsa kalau saya tegur dia nanti, ibarat sya telah mencemari kesucian dia..."

atul terdiam bla dengar kata2 sahabat atul tu...
bkn terkejut..tapi dalam hati terfikir akan suatu perkara....
kalau dia tak berani menegur wanita berpudah itu kerana ingin menjaga kesucian gadis tersebut... adakah atul juga dihormati sebegitu rupa? kenapa dengan atul, dia boleh berbicara seperti biasa? gelak tawa bersama.. bergurau senda..tak pernahkah dia terfikir dia bahawa atul juga seorg perempuan yang juga punya harga diri yang perlu dijaga?

setelah berfikir sedalam-dalam nya, i got the answer..
sebenarnya cara seseorang mendekati kita itu menunjukkan rsa hormat mereka pada diri kita sendiri.. dan jika kita ingin diri kita dihormati orang lain,kita sendri yang kena hormat dan jaga diri kita sendiri terlebih dahulu..

ada perempuan sangat senang didekati..siap boleh dipegang2..
ada perempuan senang dibawa keluar ke mana mana sahaja...
ada perempuan yang boleh dibawa berborak2..
ada perempuan hanya boleh di bawa berbincang perkara ilmiah sahaja...
dan ada perempuan, lelaki pon tidak berani nak tegur.. segan...

anda golongan mana?

macam mana lelaki melayan anda?

ada lelaki senang2 boleh menyentuh kita, ia menunjukkan bahawa kita adalah perempuan yang tidak kisah kalau disentuh..

ada antara lelaki yang berani bergurau lucah dengan kita..kerana dia tahu kita juga berfikiran seperti itu.. takkan mereka berani nak bergurau lucah dengan perempuan yang bertudung labuh? cari nahas tu nama nye...

sebenarnya, bagaimana orang sekeliling melayan kita, ia menunjukkan siapa kita di mata mereka...

baru-baru ini, ada sahabat lelaki yang menasihati saya supaya ubah cara pemakaian..
pakai tudung yang lebih labuh..
pakai hand socks..pakai sarung kaki...
lagi bagus kalau terus pakai purdah nasihat beliau pada atul...

bila saya dapat nasihat tu, sya rerfikir..
"ko ni kenapa,nk soh aku tukar cara pemakaian aku? aku bukan nye isteri ko pon..at least skg ni pon aku pakai tudung apa...bkn nyer free hair pon.."

tapi, at last, atul sedar satu perkara..
dia nak atul dihormati oleh kaum lelaki..
dia nak atul bebas dari pandangan2 lelaki..
terima kasih sahabat atas nasihat dan teguran baik yang kau lakukan..
(tapi ta tahu lagi bila nk wat nyer anjakan paradigma tuh)

masa atul kat uia dlu, majoriti kawan2 atul semuanyer yang betol2 jaga aurat dan batasan pergaulan...
sampai satu tahap, budak lelaki pon tak berani nak tegur mereka..
sebab hormat...
dan dalam masa yang sama, mereka tahu, perempuan2 inilah yang diibaratkan sebagai mawar berduri.. yang susah didekati... dan hanya yang cukup berani sahaja mampu mendekati mereka..

dan sekarang ni.. atul masih menilai gadis2 yang betul2 menjaga batas dan aurat yang ada di maktab...
lelaki mmg susah nak tegur mereka...
kalau tegur pon, atas sebab2 penting je..
dan mereka ini juga mungkin susah untuk dikecewakan oleh mana2 lelaki..
kerana lelaki sendiri pon takut nak mendekati mereka..
untung apa kalau kita sukar untuk dikecewakan oleh kaum lelaki...

anda bagaimana?
bagaimana anda ingin dinilai dan dilayan oleh kaum adam sebenar nya?
semuanya bermula dari diri kita..
fikir2 kan..
saya pon tengah cek diri sendiri...

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...terima kasih atas perkongsian...membuat diri berfikir sejenak kategori manakah diri ini..syukran..^_^
~anayilz~

Anonymous said...

salam...atul..nak copy bleh?
nk sebarkn via emel...=)

Althafunisa said...

ok..amek je lar.. atul ta ksa pon.....