Assalamualaikum w.b.t..
Atul pasti, ramai antara kita yang sedang berada dalam mood peperiksaan..begitu juga dengan atul..Start miggu hadapan, atul ada final exam.. 4 paper semuanya…atul harap, semuanya akan berjalan dengan lancar, Insya Allah...
Sebenarnya dari minggu lepas lagi minggu “study week” bermula..biasalah, apabila dah masuk minggu study week, tak banyak kelas yang berjalan seperti biasa…kebanyakkan lecturer memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk buat revision sendiri.. tetapi, sebaliknya pula bagi kami budak TESL.. tatkala pelajar lain tidak pergi ke kelas, kami pula masih wajib ke kelas… jujur dari hati, tension juga bila bangun pagi untuk ke kelas melihat roommate yang masih enak tidur di atas katil.. ikutkan rasa hati yang cemburu, mahu sahaja atul ponteng kelas..lagipon kehadiran sudah tidak di ambil kira.. tapi, atul bukan jenis ponteng kelas. Sejak di bangku sekolah rendah lagi atul terkenal dengan kehadiran penuh 100%.. jadi kaki ponteng tu bukan jenis atul, I.ALLAH…
Bagi atul, lecturer kami ini terlalu sayangkan kami…tatkala lecturer jabatan lain membiarkan pelajar2 mereka membuat revision sendiri, lain pula kisahnya dengan lecturer kami.. mereka sama2 turun padang, memberi input dan panduan dalam saat2 terakhir sebelum menghadapi peperikasaan...perkara ini sebenarnya jarang2 sekali berlaku terutamanya pada peringkat pendidikan tinggi seperti ini, betul tak ? dulu, masa atul di uia, kami hanya buat revision independently. Tiada lagi bantuan lecturer..kalau perlu, kami bersusah payah mencari mereka di bilik mereka. Tapi sebaliknya di sini.. lecturer pula yang mencari kami untuk membuat revision class.. tidak cukup dengan revision class yang di buat oleh para lecturer untuk kami, mereka tambah lagi dengan mengadakan solat hajat…punyalah mereka sayangkan kami.. lecturer kalian ada buat mcm tu? Sila jeles kepada kami, sebab lecturer kami buat itu semua kepada kami..
Tapi sayang.. tak semua antara kami yang tahu menghargai usaha dan jasa baik lecturer kami..termasuklah atul sendiri…
Alkisah bermula pagi tadi apabila ada si sahabat yang tidak hadir ke revision class.. serba salah jadi nya kami, apabila lecturer bertanya ke mana perginya mereka… kesian melihat si guru yang beria2 mengadakan kelas, tapi sayang anak murid nya pula yang tidak tahu menghargai penat lelah si guru.. tapi kami yang datang ni pon lebih kurang sama sahaja dengan mereka yang tidak datang..tidak bersungguh-sungguh menumpukan perhatian di dalam kelas… datang sekadar memenuhi kehadiran,ibarat melepaskan batuk di tangga.. kesian Puan Sarah.. Puan Sarah maafkan kami kerana sifat kebudak-budakkan kami ini....tapi, at least kami masih datang.. (hehehe, ayat sedapkan hati)
Ya, atul rasa sakit hati sangat2..sakit hati kerana marah tatkala melihat si sahabat yang tidak datang ke kelas puan sarah tadi, tapi dapat hadirkan diri ke kelas guru lain….apa pilih kasih ke mereka ni? Ya Allah, sabarkan je lah hati ini.. focus pada kelas pon turut terganggu kerana perasaan amarah terhadap sikap sahabat.. apabila ditanya kenapa tak datang ke kelas puan sarah, boleh pula dia menjawab, dia study sendiri dalam bilik…haish…
Halloo kawan.. bukan kamu sahaja yang mahu study.. saya pon sama.. bukan kamu sahaja yang tidak pandai, saya lagi lah tak pandai..malah saya lagi lah tak suka subjek bahasa English ni.. tapi, saya serta yang lain masih boleh datang ke kelas..kenapa tidak kamu wahai kawan?
Halloo kawan…nak berjaya itu bukan semata2 belajar tak kira masa.. tapi lebih dari itu wahai kawan.. hubungan dengan guru pon harus dijaga untuk berjaya..hormat itu yang penting… kalau cikgu berkecil hati dengan kita pon tak gunalah kawan…
Halloo kawan.. ada awak fikir tak apa perasaan Puan Sarah tadi tatkala dia nampak awak hadir ke kelas yang berikutnya sedangkan kelas beliau, kamu tidak menghadirkan diri? Ada kamu fikir apa perasaan kecil hati perempuannya? Come on lar…ibu kamu pon guru..tanya lah dia.. apa dia rasa kalau student dia tak datang kelas dia, tapi boleh hadir kelas guru lain..kecil hati bukan?
Halloo kawan, kamoo pon bakal guru.. yang kelak akan memiliki anak didik juga..cuba bayangkan kalau anak murid kamoo nanti buat benda yang sama kepada kamoo.. apa kamoo rasa wahai kawan?
Halloo kawan.. Allah itu maha adil..setiap yang kita buat pasti ada balasannya.. tak semestinya kita buat baik dengan guru, Allah akan terus balas dengan kejayaan..tapi kadang2 Allah bagi kita lebih dari itu ..tiada siapa yang tahu apa ganjaran Tuhan apabila kita menghargai dan menghormati guru kita… sebab Allah itu lebih tahu yang terbaik dari kita…
Wahai kawan.. saya marah bukan sebab saya jeles.. saya marah sebab saya sayang kamoo.. ikutkan hati, saya sendiri dah malas nak ambil tahu pasal kamoo..tapi sebab rasa sayang terhadap seorang sahabat, saya bagi teguran ini.. saya bagi nasihat juga bukan atas niat nak tunjuk saya seorang pelajar yang baik.. saya pon ada kurangnya juga..peringatan ini juga saya tujukan kepada saya sendiri.. agar saya dapat menjadi pelajar yang lebih baik pada masa akan datang..saya mintak maaf kalau teguran saya ini kasar.. tapi, saya marah sebab saya sayang kamoo, sahabat saya..
p/s: islam itu bukan sekadar pada solat, puasa, zakat, haji dan membaca Al-Quran..tetapi lebih dari itu.. jom, hormati dan sayangi guru kita…