Friday, October 22, 2010

tidak --> belum lagi...

Assalamualaikum…

Alhamdulilah, hari ini atul ingin berkongsi satu lagi input bersama kalian..


Pagi tadi, maktab atul menganjurkan majlis penutupan bulan bahasa peringkat maktab. Majlis bermula 10.30 dan berakhir pada jam 1.30..


Antara pengisian majlis, sudah pastilah diisi dengan program2 yang berkaitan dengan bahasa kan.. ada bacaan puisi, pidato, forum dan lain2 lagi.. mata atul pon apa lagi, makin layu lah nak2 bila dengar orang berpuisi.. at last, atul pon sumbat telinga dengan earphone sambil memejamkan mata..zzzzzzzzzzz…


Tgh sedap dok melayan mata yang tertutup, tiba2 naik seorang penceramah ke atas pentas.. satu dewan mula bergelak ketawa..haish, kenapa pula nih? Tak ley jadi, kena bagun juga dari tidur…mata terus manjadi segar, sesegar seperti selepas mandi di pagi hari apabila atul mulai focus dengan ceramah yang diberi..sempoi tapi penuh dengan input yang sangat berguna..


Puas atul bertanya kepada kawan, siapa nama penceramah tersebut *akibat tidur lagi*… tapi kawan atul sendiri pon tak dapat nak bagi jawapan.. akhirnya, atul tahu siapa beliau..beliau merupakan Pengerusi Akademi Pidato Nusantara (klik)..Subhanallah, terasa sangat kagum dengan kepetahannya berkata2…Nampak terlalu sempoi dan bersahaja…tetapi inputnyer terlalu banyak yang beliau sampaikan..

antara banyak2 input yang beliau sampaikan..cuma satu yang ingin atul kongsikan dengan kalian, iaitu:

“Kata-kata itu doa”

Beliau menyanyikan certain part lagu “fikirkan boleh “ dalam menyampaikan isi tersirat yang ingin disampaikan..


Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh



Berdasarkan lirik ini, dapatlah disimpulkan bahawa, apa yang kita fikir dan kata itu sebenarnya yang menjadi doa kita..kalau kita kata, kita boleh maka boleh lah kita..jika kita kata kita tidak, maka gagallah kita..


Dalam ceramah beliau tadi juga, beliau ada menegur beberapa ucapan dan kata2 kita..kita selalu berkata tidak..dan itulah yang menjadi doa kita sehingga ia menghalang kejayaan kita..


Contoh:


· Saya tak tahu… (dah menjadi doa yang kita ni tak pandai) à seharusnya ia ditukarkan kepada, saya belum tahu…(menjadi satu doa dan harapan yang kita akan pandai pada masa akan datang)


· Saya tak kaya…( dah menjadi doa yang kita tidak akan menjadi kaya) à seharusnya ia ditukarkan kepada saya belum kaya (menjadi satu doa dan harapan yang kita akan kaya pada masa akan datang)


Jadi, kesimpulannya di sini adalah, mind your language…sebab ia akan menjadi doa kita..jadi selepas ini, marilah sama2 kita menukarkan perkatan tidak kepada perkataan belum lagi agar ia menjadi doa akan satu perubahan yang positif pada masa akan datang..nampak simple, tapi besar kesannya ya kawan2..


Atas rasa kagum akan kepetahan beliau, atul pon dengan semangat meng”google”, siapakah nama beliau..terkejut, apabila mengtahui beliau merupakan seorang Dato’. Bukan apa, sebab dia sempoi sangat..tapi bagus lah..mengikut resam padi..lagi berat lagi menunduk.. Alhamdulilah, seorang lagi tokoh melayu dan beragama islam yang boleh kita contohi dan teladani kejayaannya kan kawan2…


so, inilah beliau yang menyampaikan ceramah..

Dato' Dr Syed Ahmad Bin Syed Samsuddin Al-Saggof


P/s:Siapa kata orang melayu dan orang islam itu tak boleh berjaya? Mari kita buktikan yang kita boleh..I.ALLAH…

2 comments:

Anonymous said...

saya belum cantik.

yunk serious tlg la buang word verification~

Althafunisa said...

ok..i do it..

sya belum cantik akhlaknya...tpi i.allah..dalam usaha...