Sunday, June 26, 2011

patutlah saya tak jadi doktor....

masa kecik2 dulu, setiap kali orang tanya cita2, mesti atul jawab nak jadi doktor pakar bedah...
punya besau cita2 den...
tapi makin besar, makin hilang cita2 nak jadi doktor tu...
and skg, benda yang atul belajar pon lagi lah lari dari cita2 sebagai seorang doktor...



mood berangan: atul tgh bedah orang..hek9..



baru2 ni, atul baru jer abeh tgk code blue season 1 and 2...
code blue ni cerita jepun...kisah doktor heli...
syes menyayat hatilah tgk cerita ni...
nak2 part bila mereka tak dapat selamatkan mangsa...
meleleh beb air mata gua yang cool ni... hahhahahha.. *sengal*



code blue


bila tengok cerita tuh, barulah den sodar kenapa den ni tak jadi doktor...
bukan sonang beb...susah...
kena korban masa dan keringat...
dan yang paling tak tahan, kena korban perasaan...
mungkin kena jadi sedikir hati batulah kalau nak jadi doktor ni...
kalau cengeng, haish, tak lepas rasanya...


doktor heli, engine starto...


contohnya satu part dalam cerita code blue ni...
seorang nurse yang dok pulun jaga boyfriend nya yang menunggu ajal tak tahu bila...
tapi, saat terakhir si boyfriend dok nyawa2 ikan, dia dapat kol.. emergency call...
dengan macho nyer, dia tinggalkan pakwa dia hok nak mati le2 dah demi tugas...
kuat gila kan....kalau atul, atul tak terbuat dah macam tuh...



inilah nurse yang macho gila tuh...


lagi satu, jadi dktor ni, serius keluarga perlu dikorbankan...
yang irony nya, walaupun kita seorang doktor, tapi belum tentu kita dapat selamatkan orang yang kita sayang a.k.a keluarga...
patients come first...




oklah, kepada semua dktor2, saya tabik spring kepada anda semua...
sebab tugas doktor ni bukan sebarang tugas...
bermain dengan nyawa...
semoga terus maju jaya dan amanah dalam tugas yang diberi...





p/s: sampai sekarang, kalau g hukm rasa kecil jer bila dok jalan sebelah doktor...tapi kerjaya seorang doktor pon bermula dari seorang guru ye tak...

Monday, June 20, 2011

Cinta Itu Buta....

18 sebab kenapa cinta itu buta..



1. dah tak nampak orang lain selain dia...
mungkin kalian pon pernah rasa benda ni.. kita dah tak nampak orang lain selain dia.. bagi kita dialah yang terbaiknya walaupun berlambak lagi orang yang jauh lebih baik dari si dia.. walaupun ada orang yang jauh lebih baik dari dia nak kan kita, tapi kita tetap setia kat dia... bagi sapa2 yang tak pernah alami, tengok cerita korea pon dah cukup... hero no 1 tu tak ada lah baik mana..hero no 2 jauh lebih baik dan sentiasa di sisi tak kira apa jua keadaan.. tapi, si heroin tetap nak hero pertama..

2. dah tak nampak apa itu sakit....
bumi mana yang tak ditimpa hujan.. begitu jugalah cinta..cinta mana yang tak berlinang air mata... tapi, itulah, bila dah bercinta, sakit macam mana sekalipon dah tak nampak...diteruskan uga pendertaan itu walaupun terasa sakitnya...


3. dah tak nampak yang mana haram dan yang mana halal....
adat kapel, mesti pegang tangan...advance sikit, peluk..advance lagi....ha, taw2 sendirilah.. kadang2 cinta juga membuatkan si pencinta buta akan haram dan halalnya..ibarat dunia ini tiada pengakhirnya...ibarat tindakan yang tiada balasannya..


4. dah tak nampak jasa mak ayah...
ada yang bercinta, sanggup derhaka kepada ibu bapa... ada yang bercinta yang sanggup tinggalkan ibu bapa... kasih sayang ibu bapa yang bertahun2 habis begitu sahaja dek kerana cinta si dia yang tak sampai berapa ketika.. tapi itulah cinta..kadang2 membuatkan kita dah tak nampak jasa mak dan ayah...



5. dah tak nampak kawan2...
kadang2 bila kita bercinta, ia membuatkan kita dah tak nampak kawan2.. semuanya akan ikut kata si dia.. kalau si dia kata tak boleh keluar dengan kawan2, kita pon dok turut je lah...taat tanda sayang.. tapi taat yang tak bertempat...tapi, sebenarnya, kawan2 lah yang dok kita cari bila gaduh dengan si dia...si kawan lah yang dok dengar tangis kita bila kita bergaduh...tapi kita tetap sayang si dia dari si kawan kan...


5. dah tak nampak apa erti pokai @ membazir...
kalau dok bercinta, kadang2 kita sendiri dah tak nampak yang kita dok membazir yang bukan2 untuk si kekasih.. untuk si kekasih kita sanggup belikan phone.. tapi untuk mak @ ayah yang penat lelah besarkan kita, ada kita belikan mereka telephone? silap2, baju sehelai pon kita tak terbeli untuk mereka...kadang2, demi kekasih, tatkalau kita tak ada duit pon kita sanggup pinjam duit @ berhutang dengan kawan2 semata2 nak belikan hadiah birthday untuk si dia..


6. kita dah tak nampak cinta Allah yang jauh lebih manis berbanding cinta si dia...
bila dah sayangkan dia, kadang2 kita dah tak ingat akan cinta ALLAH yang jauh lebih manis dari cinta dia.. kita dah lupa akan cinta ALLAH yang tiada akhirnya berbanding cinta si dia yang entah bila akan akhirnya...kita sanggup bergayut dengan dia berjam2 sampai dok panas telinga sedangkan dengan Allah berdoa 10minit pon tak sampai... betapa kita sayangkan dia dari Allah bila kita bercinta...kalau dia merajuk, cepat2 kita pujuk.. tapi dengan Allah, kita wat endah tak endah jer...




kesimpulannya:
memandangkan cinta itu buta, maka carilah cinta yang berhak sebagai contoh cinta kita kepada Allah...kalau kita buta dalam cinta Allah pon, sudah pasti kita tidak akan sesat kerana sentiasa dalam hidayah dan taufiq-Nya... ya Allah, janganlah Engkau lekakan aku dalam cinta manusia, tetapi hanyutkanlah aku dalam cinta suciku kepadaMu,amin...



p/s:
~lagi 12 sebab kalian carilah sendiri..sebarang idea, bolehlah diletakkan dengan memberi komen di bawah
~sebab2 di atas adalah berdasarkan samada pengalaman dan tontonan cerita
~Alhamdulilah, baru dapat result exam..ok lah...tapi as usual, my english makes my result down..huh!!!

Saturday, June 18, 2011

Amalan untuk Mengelakkan dari Terkena Sihir

Assalamualaikum wbt...

walaupun dunia hari ini orang kata ala2 dunia tanpa sempadan, tetapi sihir masih lagi dipraktikkan bagi segelintir manusia yang nipis imannya di dada...
tapi, dunia sihir ni pon dikira ala2 dunia tanpa sempadan juga lah sebab ia merangkumi dua alam iaitu antara dunia jin dan manusia..


.



sebelum itu, apa yang dimaksudkan dengan sihir?
dalam kata mudahnya, sihir, merupakan satu perbuatan di mana seorang manusia meminta bantuan dari jin untuk memudaratkan musuhnya..


hanya mereka yang pernah disihir sahaja tahu betapa azabya apabila disihir...ada tu sampai menemui ajal akibat disihir...

bagi yang tak pernah, mencegah itu lebih baik kan...so, ini adalah amalan yang boleh kita amalkan untuk mengelak daripada disihir...


1. surah al-baqarah ayat 1-5


2. ayat Qursi dan


3.surah al-Baqarah ayat 284-286



bacalah kesemua ayat diatas 2 kali sekari iaitu selepas solat subuh dan selepas solat maghrib..


dengan membaca ayat2 diatas selepas subuh, Insya Allah kita akan dilindungi dari sihir sepanjang pagi. sekiranya ada yang cuba untuk menghantar sihir kepada kita pada waktu pagi, Insya Allah, sihir itu tidak akan menjadi.. dan silap2 hari bulan, sihir itu akan dihantar kembali kepada si penghantarnya...


dengan membaca ayat2 diatas selepas maghrib, Insya Allah kita akan dilindungi dari sihir sepanjang malam. sekiranya ada yang cuba untuk menghantar sihir kepada kita pada waktu malam, Insya Allah, sihir itu tidak akan menjadi.. dan silap2 hari bulan, sihir itu akan dihantar kembali kepada si penghantarnya...


semoga Allah terus melindungi kita dari segala bentuk bencana.. amin...


p/s: yang silapnya kita, bila dah terkena baru nak pegang Al-Quran..masa sihat,Quran jauh sekali dari kita...sekadar hiasan..

alhamdulilah,angah dapat notebook free se..

alhamdulilah...
semalam, angah dapat netbook satu Malaysia..
notebook free sebijik + tm wifi...
tapi syg nyer, kat umah kami mana ada bnda alah tm wifi ni..
so, angah, simpan ajelah notebook tu untuk masuk u nt...


tapi, tak faham gak kenapa budak2 sekolah ni diberi notebook?
ulangkaji online ke?
buku yang sedia ada pon dowg tak terhabis baca...ni kan pulak, nak study online...
silap2,budak2 ni online fb 24 jam adalah...
sebagai manusia yg masih cetek ilmunya, atul tak tahu apa faedahnya notebook ni diberi kepada budak sekolah...

dalam hati, nak tgk gak, bdak2 yg dapat notebook ni nt result dia agi gempak ke dari kami yg belajar guna buku jer...

hem...
yg kelakarnya...
ada orang asli semalam, lepas dapat notebook terus jual ...
murah gila lak tuh...
rm400 jer...
kalau tahu semalam, bawa duit lebih jer..
boleh beli dari dowg...
mana nak dapat kan, notebook rm400..


orang asli smlm tu pon, jual bersebab..
nak buat apa kan notebook kalau umah sendiri pon ta de bekalan elektrik..
nak cucuk celah mana nak hidupkan notebook..
bek jual, dapat juga tangung duit makan sebulan...



p/s: mungkin pemberian notebook ni patut dikaji balik, ke mana hala tujunya...