Thursday, June 3, 2010

apabila aku berfikir soal jodoh...


Assalamualaikum wbt…

Salam muhibah salam satu Malaysia…

Ehem2, da lama bonar den tak mengupdate blog ni…

Almost two weeks..sgt bz…*ye ker? Gi jejalan ada lak masa*

4 port folio yg perlu dihantar sebelum cuti..

Kalau dikira2, hampir dekat 1000 helai kertas gak lar yg habis untuk siapkan folio tuh..gila membazir kertas..habis lar pokok2 dihutan, gara2 wat port folio jer..huh..so, say no more to port folio..*pencinta alam semula jadi den nih*

Ok lar, ta mo dok marapek panjang sgt…terus ke topic pada hari ini…

V

V

V

satu pagi ahad yg indah…tatkala tu, atul on the way nk ke terminal makmur..nak blik kl..maka berlakulah perbualan di bawah antra si ibu, anak, dan si ayah…

along: mak, klau mak jadi along, mak akan pilih yang mna 1?

Belum sempat mak menjawab, ayah da potong dulu…*kacau daun betul lar ayah nih*

Ayah: haish, tok sah pk pasal kawin lagi lar..blajar dlu..jangan kawin awal2..kerja dlu..tanggung adik2 lak pas tuh…ayah da tak larat nak kja da nih…

Emak: alah abang nih, kalau cam tuh lambt lagi saya nak menimang cucu nyer….

*************************************

Wink9, mak atul mmg cm tuh….sporting skit..kalau nak cter sal cinto ni, ley sgt kalau nak bercerita dgn dia..mmg dia layan..kdg2 siap bagi pandangan…tpi klau time dia tak setuju karang, mmg susah lar jwb nyer…ayah lak, mmg marah kalau atul pk sal cinto nih.dia soh focus pada belajar dlu..almaklumlah, I kan anak sulung dia..tulang belakang keluarga a.k.a ayam tambatan kalau ikut peribahasa melayu nyer…pernah dlu, dia soh atul berhenti belajar kalau nak bercinta..wat membazir duit jer dia kata…mmg tersinggung gila lah bila dengar ayaH cakap cam tu…so, itulah ayah dan mak atul…dua insan yg berbeda pendapat dan pandangan…

Bagi atul, tak salah kalau dah mula nak fikir pasal jodoh nih.. da 20 tahun kot…bukan lama sgt da pon nk melangkah ke alam rumah tangga.. lagi pon bnda baik…tak salah kalau diawalkan..dari terus dok wat maksiat, dating sana dating sini, baik kawin terus…dosa tak de, pahala lagi dapat..ada betol? Tapi, atul tak de lar cakap, atul da ready nak kawin dalam usia 20 tahun ni…muda lagi kot…masak pon tak khatam lagi..tapi kalau jodoh tuh datg awal, apa salah nyer kan…

Sebut pasal jodoh nih, bukan lelaki jer yg berhak untuk memilih kan..almaklumlah, org melayu ni kan masih terikat dengan budaya *jangan jadi perigi yang mencari timba*..apa salah ke kalau perigi yang mencari timba? Takkan!..alang, nabi Muhammad dlu pon, siti khodijah yg pinang..ok jer..bahagia sampai ke akhir hayat…kita jer org melayu yg masih terikat dgn budaya *timba cari perigi*..kalau mcm tuh, perempuan ni dikira tiada peluang untuk memilih lar kan..owh, itu tidak adil sama skli..kami pon ada hak untuk memilih yg terbaik!

Sebagai seorang perempuan, atul berhak untuk memilih lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami..ye la, nak kawin bukan sehari dua..tpi sampai mati kot…kawin ni bukan bab main2…sebagai seorang perempuan, kalau boleh, kita mesti nak lelaki yang terbaik kan untuk dijadikan suami dan ayah kepada anak2 kita nanti..jadi, senarai di bawah adalah ciri2 seorang lelaki yg atul cari:

  • · SEORANG PEMIMPIN

Mksd nyer disini, suami atul tidak semestinya perlu datang dari golongan menteri atau dato’ yg ada pangkat dan harta tu…tpi cukuplah sekadar dia dapat jadi pemimpin kepada atul dan anak2 nanti..yang penting dia boleh memimpin atul ke jalan yg lurus..boleh menjadi imam kepada atul dan anak2 nanti..atul selalu bayangkan, yg kami sekeluarga nanti akan solat berjemaah sama2 bagi solat magrib, isyak dan subuh..serta diselangi dengan tazkirah..ya allah, bahagia nyer kalau dapat cm nih..kepimpinan seorang suami ni sgt pntg..almaklumlah, atul ni pon bkn baik sgt *tapi masih boleh dipimpin*.. da kalau dapat suami pon yang haru biru, tak ke hancur keluarga tu nanti..kalau isteri wat salah, suami pon tak dapat tegur, susah lar kan.. kalau bkn suami, sapa lagi nak tegur si isteri? Setuju? Yup, 100% setuju!

  • · KUKUH EKONOMI

Mksd nyer di sini, atul bukan lah nk suami atul seorang jutawan ke apa..tapi cukup lah dengan memiliki kewangan yg kukuh..at least ada simpanan rm10k dalam bank..ni msti ada yang ckp atul ni mata duitan kan ? lantak lar kalau ada yg ckp cm tuh.. tpi kalau kawin semata2 sebab cinta pon, ta de guna juga..kenyang ke makan cinta je? Ta kan..duit pon kna ada… da dia nk ank org, kna lah bertanggungjawab.. agi pon, simpanan kewangan ni penting.. sbb kita tak tahu apa jenis malang yang akan dtg.. at least, kalau ada musibah yg berlaku, back up da ada sikit.. tak yah nak nyusahkan mak ayah lagi… setuju? Lagi pon, I learn something from my experience.. atul tak nak lah, anak2 atul nanti pon senasib dengan atul.. disebabkan masalah kewangan, tak dapat belajar dalam bidang yang kita suka..atul tak nak anak2 atul jadi cam atul..atul akan pastikan, masalah kewangan takkan menjdi kekangan untuk anak2 atul blajar.

  • · TIDAK MANDUL

Matlamat perkahwinan, msti lah mahu mengembangkan keturunan kan..so,bila kawin mesti nak ada anak..jadi, nt sebelum kawin, kena wat pemeriksaan kesihatan dan kesuburan dlu bagi kedua2 belah pasangan.

  • · TIDAK MEROKOK

Sorry..sya bkn menghina atau memandang rendah kepada perokok yg berada di luar sana..tapi bgi sya, perokok ni tak sygkn diri mereka sndri..kenapakah? dengan merokok, ia diibaratkan sedang membunuh diri sendiri..kalau diri sendiri pon mereka tak mampu nak sayang sepenuh hati, mcm mana nak syang org lain dengan sepenuh hati.logik tak?.ada setuju?? Lagi pon, sya tak nak lar jadi balu awal2.. baru kawin 15 tahun, da jagi balu.. atas sebab suami mati sakit barah paru2.. pas tuh, tak pasal2 anak2 saya pon jadi anak yatim sekli..sian kat anak2..ni bukan kes tak terima takdir tuhan, tpi dowg sendiri yg cari penyakit kan..lagi pon, kalau berkahwin dengan perokok ni, kita berpeluang nak dpat anak kurang upaya.. dan sya rsa sya tak cukup kuat untuk memiliki anak yg kug upaya…prevention is better than cure…btol tak?

  • · MATANG.

Atul nak someone yg matang..ta mo lar yg agk kebudak2kan..kematangan ni pon salah satu aset pntg dalam membimbing dan memimpin sesebuah hubungan..kalau tak matang, mcm mana lar nk mengekalkan sesebuah hubungan..bayangkan, klu setiap keputusan yg diambil berlandskan emosi bkn akal yg matang…bukan ker banyak masalah yg akan dtg kelak..ada logic nyer?

  • · LEBIH TUA DARI ATUL

Bak kata cikgu biologi atul dlu, kalau nak cari suami, cari lah yg 10tahun lebih tua dari kita..sbb perempuan ni cepat tua dari lelaki..kalau pilih suami yg lagi muda dari kita, suami tu nanti pon akan makan tua skli..lagi pon, usia dan kematangan tu kan datang sekali..lagi tua, lagi matang..dan sya suka yg matang..tapi tak mo lar tua sgt..kalau beza 10 tahun tu pon kira ok agi lar…tpi, andai ditakdirkan dapat suami lebih muda pon, terima jer..nama pon jodohkan…

· Konklusi:

Kalau tgk2 balik pada ciri2 yg atul nak tu, nmpk cam atul nih demand sgt..mencari yg terlalu sempurna..tapi bagi atul, atul bukan mencari kesempurnaan…tapi mencari somtg yg asas/basic…kalau kawin demi cinta buta semata2 pon takan kemana…esok lusa bercerai sudah...btol tak? Dalam bercinta pon, tak ley ikut hati sgt..tapi ikut logic akal lagi pntg..baru selamat, i.allah…amin….

tapi, seorang ustaz pernah cakap, "kalau nak yg terbaik, kita mesti jadi yg terbaik dulu..lebihkan menjadi dari mencari.."jadi, atul lah yg kena mulakan langkah dulu dalam usaha mencari yang terbaik..semoga tercapai..amin..

p/s:

orang lelaki selalu cakap

"alah, dia tu kalau setakat nak wat awek, untuk suka2 boleh lah..buat isteri jangan!"

so, atul nak bagi keadilan pada kaum hawa pulak...

"alah, dia tu kalau setakat nak wat pakwe boleh lah..nak wat suami, kna pk blik..." adil bukan?

1 comment:

jo_julyan said...

like it~ last line! super!

There was an error in this gadget