Assalamualaikum w.b.t…
Lately sgt susa nak update blog..sgt busy dgn port folio and assignment yg dtg tanpa kenal erti jemu.. Masa 24 jam yang ada memang perlu digunakan dengan sebaiknya..
By next week, I have 2 assignments to be submitted. And the worst thing is, I don’t touch them even a bit. Huhu, I wish I have enough time to complete the assignments..
Alhamdulilah sebab dapat mencuri sedikit masa seketika menunggu kehadiran sahabat baik dari Melaka. Jadi, dapat lar sedikit ruang masa dan waktu untuk mengupdate blog skli gus berkongsi pendapat dan pengalaman..
Kalian tahu tak sekarang ini di Malaysia sedang berlangsungnya majlis tilawah al-quran peringkat antarabangsa? Dan 3 ogos ini adalah hari penutupnya. Alhamdulilah, semalam atul dan beberapa org rakan lagi sempat menghadirkan diri ke majlis tersebut yg berlangsung secara langsung dari PWTC. Atul ke sana pon secara kebetulan dan last minit setelah seorang sahabat mengajak atul ke sana…
Cha: atul.. malam ni ada tilawah al-quran.. ko nak pergi tak?
Atul: kat mana? Pukul bapa?
Cha: malam lar..kat PWTC…
Atul: tapi cha…aku kena gi masak kat rumah anak yatim tengku budariah depan nih…da mana satu aku nak gi nih? Dua2 bnda baik…
Cha: kita duduk kuala lumpur ni atul, bukan nak cari artis…tpi kita kena cari majlis2 ilmu mcm ni la…
So, at last atul pon memilih untuk ke majlis tilawah al-quran…sesampai di sana, dapat dilihat ramai para hafiz dan hafizah yg datg dari skola agama berhampiran. Sejuk mata memandang. Dalam hati terdetik, “ Ya Allah, mulia nyer budak2 nih..kecik2 dah hafal al-quran.. aku yg 2o tahun ni pon tak hafal quran.. usahkan hafal, baca quran pon culas”… time tu memang tersa kerdil sgt kalau nak dibandingkan dgn adik2 tu…
Seperti yang dijangka, kehadiran penonton tidak lah seramai penonton konsert siti nur haliza mahupon konsert jom heboh.. separuh dari penonton mereka pon tak sampai.. dewan sekecil itu pon tidak dapat dipenuhi dengan penonton.. ke mana mereka? Cuba lah, kalau konsert mana2 artis, sure penuh..malah sanggup berhimpit2 even hujan dan panas.. kalau dibandingkan dengan majlis agama ini, keadaannya lebih selesa, ada tempat duduk seorang satu, aircond pula… tapi kita umat islam hari ini lebih alpa dengan dunia hiburan.. even berdiri berhimpit2, panas dan hujan pon tidak kisah.. as long as itu hiburan.. dalam hati terdetik “ alhamdulilah, sebab aku dipilih oleh allah untuk menghadri majlis ilmu sebegini..bukan majlis hiburan yang lagho”..kita umat islam hari ini sebenarnya terlalu alpa pada dunia hiburan (juga merujuk pada diri sendiri).
Dalam usaha untuk memenuhkan dewan, pihak penganjur terpaksa menjemput student2 dari institusi2 pengajian yang berdekatan. Boleh Nampak tak betapa teruknya kita hari ini? Untuk majlis agama/ilmu, kita terpakse mengerah orang lain untuk menjadi penonton even kemasukan adalah percuma..tpi, kalau hiburan, tidak perlu dikerah..berlumba2 kita datang…even perlu membayar tiket yang kdg2 harganya mencecah ratusan ringgit…itu dia umat islam kita hari ini…
Sebenarnya, apa yang menarik perhatian atul dalam tilawah ini adalah penyertaannya..bukan bilangan penonton yang mmg atul dah agak sambutan dingin nya…Kebanyakan penyertaan kali ini adalah penyertaan kali pertama.. dan dari sepuluh peserta, atul tertarik dengan seorang peserta yg kurang upaya (cacat penglihatan). Masya Allah, org buta pon boleh membaca al-quran dan dihati mereka terlintas untuk membaca al-quran? Kita? Yang memiliki nikmat penglihatan yang tak ternilai ni bagaimana? Ada kita baca al-quran? Sekerap mana kita membaca nya? Fikir2kan lah? Jangan sampai Allah dah tarik nikmat penglihatan, kita baru mula nak mengenal Al-quran…
Sebenarnya, entry ini bukan nak menunjuk atau berlagak alim.. just ingin menimbulkan persoalan di kalangan umat islam sekalian.. ke mana kita sebenarnya? Ke mana hala tuju kita? Takkan kita nak terus alpa dalam dunia hiburan? Sebab itulah kita semakin mundur, kerana terlalu alpa dan leka dan dalam dunia hiburan…
Jom sama2 kita (sya dan anda) fikirkan dan berubah ke arah kebaikan.. amin…barakallahufiq…