Friday, October 15, 2010

Al-Ma'thurat

"Dan sebutlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai."

Assalamulaikum w.b.t..

Apa khabar kepada semua saudara seislam?

Diharapkan kita terus2san mendapat hidayah dan rahmat dari Yang Maha Esa..amin..

Al-Ma'thurat?

Kalian tahu apa itu Al-Ma'thurat?

Bagi yang pernah bersekolah di sekolah asrama terutamanya sekolah agama, Al-Ma’thurat sudah tidak asing bagi mereka. Kerana ia menjadi amalan pagi dan petang bagi pelajar2 di sana.


Al-Ma’thurat merupakan himpunan zikir dan doa yang diamalkan oleh junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W.


Atul mulai mengenali Al-Ma'thurat ini sejak di bangku sekolah menengah lagi..

Itu pon melalui seorang sahabat baik, Mathila Mansor.

Selalunya selepas asar, pasti Mathila akan berteleku di atas katil sambil membaca Al-Ma'thurat seorang diri. Tapi atul tak pernah ambil port pon. Sebab selalunya, waktu petang adalah waktu yang atul gunakan untuk study.


Semasa di UIA juga, Al-Ma'thurat ini sangat popular dikalangan ahli bilik Atul. Boleh dikatakan separuh dari ahli bilik atul mengamalkannya. Tapi atul masih lagi dengan sikap ignorance nyer. Buat tak tahu jer. Tatkala rakan2 lain membaca Al-Ma'thurat selepas subuh, atul pula sibuk dengan menyambung tidur di atas katil yang empuk. Sikit pon tak ada perasaan malu tatkala itu. Bagi atul, tidur lagi best. Tatkala rakan-rakan lain membaca Al-Ma'thurat selepas asar, atul pula sibuk dengan menyiapkan tugasan kuliah. Tidak pernah terlintas langsung di hati ini untuk menyentuh buku comel itu.


Tapi segalanya berubah semasa bulan Ramadhan yang lepas. Entah bagaimana, hati ini terdetik untuk membeli buku Al-Ma'thurat tersebut. Atul membelinya ketika atul dan kembar singgah di sebuah kedai buku sekembalinya kami dari berbuka puasa. Puas atul cari buku tersebut dan Alhamdulilah atul jumpa. Rupanya, tak adalah mahal manapun. RM1.50 jer satu. Rasanya semua orang memang mampu membelinya. Tapi, masa tu atul hanya membeli Al-Ma'thurat tersebut. Tidak dibaca, dan hanya diletakkan di atas meja. Apa orang kata, sekadar hiasan atas meja. Haish~


antara isi kandung AL-MA'THURAT IALAH:

klik sini

(kalau susah sangat nak beli, print yang ini pon dah cukup)


Sebenarnya, banyak fadhilat dari membaca Al-Ma'thurat ini. Memang tak rugilah kalau kita membacanya. Antara fadhilatnya ialah:

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredhainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


MasyaAllah, besar fadhilatnya. Atul rasa tak salah untul kita cuba amalkan amalan ini. Atul menyeru kepada diri atul sendiri dan juga rakan2 semua untuk cuba menjinak2kan diri dengan amalan ini. Renung2kan, dan mari sama2 kita amalkan. I.Allah.


P/s: kalau kita boleh spent masa lebih dari satu jam menatap facebook, kenapa kita tak boleh spent at least, 30minit untuk baca Al-Ma’thurat? Bukannya facebook yang tolong kita nanti bila dalam kubur. Sekadar peringatan kepada diri sendiri.

4 comments:

Ema said...

Rindunyer nak bce Ma'thurat nie..
kat sekolah dulu slalu bce...
tp sekarang..adoi~~bleh bilang ngn jari berapa kali bce Ma'thurat...
nway thanx byk2 akak sbb bg ima al-Ma'thurat tu...

btw,ima ske entry nie..^^

Althafunisa said...

huhu...
welcome dear...
nk wat baik kna ajk kwn2 skali kan =)

Anonymous said...

thanks sayang..
patutlah mesej maCy semalam..

tapi ingatlah,
Allah lebih sukakan amal yg berterusan, bukan amal yg banyak sahaja..

salam sayang..

Althafunisa said...

ok..atul igt nasihat mac tuh...