Tuesday, January 25, 2011

Terima Kasih Puan Rosmaniza

Alhamdulilah, hari ini atul rasa gembira sangat.. kenapakah?

  • duit elaunt dah masuk ke? haish, belum lagi lah =(
  • dah dapat boyfriend baru ke? nauzubillah, bahana tu namanya..
  • ada orang puji atul cantik? haish, mustahil amat...
dah tu apakah? ok, i'll tell you guys...


sem ini, atul rasa down sangat. subjek yang semakin susah dan semangat nak belajar semakin hilang. kadang2 atul takut, kalau atul give up on study..Ya Allah, jangan! lately ni, atul selalu tanya kepada diri sendiri, " Do i in the right place?" , "do i the right person to be an ENGLISH teacher?". to be a teacher does not really a matter for me.. the thing that really a matter for me is to be an ENGLISH teacher.. i never like this subject since i was in the primary school.. dan hari ini, dengan kasih sayang Allah kepada atul, DIA dah temukan atul dengan seseorang yang betul2 faham apa atul rasa bila atul berada di sini.. the person is PUAN ROSMANIZA

Go to fullsize image

Ceritanya bermula apabila atul dipilih untuk membantu beliau dalam menyiapkan thesis PHD nya. she is one of the lecturer from English department, but i never get the opportunity to be in her class apatah lagi untuk berborak2 kosong...

sampai ke hari ini pon, atul masih tak tahu, apakah tajuk thesis yang akan beliau jalankan..dah banyak kali kami nak dating bersama untuk thesis tersebut, tapi kekangan masa menghalang kami.. masing2 sibuk dengan kelas masing2..


tapi hari ini dengan izin Allah, kami terserempak di perpustakaan.. beliau sedang mencari buku dan atul pula sedang membaca berita harian.. maka dengan sopan, atul menyapa beliau..


(perbualan telah diubahsuai berdasarkan daya ingatan si penulis)

atul: puan, hari ini lepas 12.30 saya free..so bolehlah kita jumpa.

Pn.R: alah, saya tak boleh.. saya ada kelas...

atul: oh, tak apalah kalau macam tu. puan buat PHD di mana ya?

Pn.R: saya buat PHD di UIAM. master dulu pon di sana, cuma ijazah di UM..

atul: (dalam hati excited gila sebab dengar UIAM).. oh ye ke.. saya dulu pon belajar di sana..hampir setahun lebih saya kat sana...

Pn.R: dah tu apa jadi? (tanpa sempat atul menjawab, beliau dah sambung semula).. sebab kat sana PTPTN dan kat sini allowance? awak ambil course apa kat sana?


atul: (dalam hati kata, puan ni tahu ke kisah aku).. (angguk sambil tersenyum).. saya ambil ekonomi kat sana...

Pn.R: jadi sebab inilah awak tak minat TESL ? Awak terpaksa belajar sesuatu yang awak tak minat?

atul: tersenyum.. ( mana puan ni tahu kisah aku ni sebenarnya?)

Pn.R: saya suka belajar kat UIA dan saya tahu macam mana perasaan awak bila kena masuk sini setelah berada di sana.. macam inilah, nanti awak kerja sekejap then sambung balik apa yang awak minat selama ni. macam saya sekarang, saya ambil psychology.. biarlah apa orang nak kata, tapi kalau kita nak kerja kita kena buat something yang kita suka. buat setakat ini, awak buatlah yang terbaik di sini sebab awak tiada pilihan lain.. jangan menentang, tapi buat yang terbaik.. sebab buat masa ini, Allah dah tentukan ini adalah yang terbaik untuk awak. tapi in future, sambunglah balik apa yang awak minat selama ini.. saya suka belajar di UIA. saya dapat ketenagan di sana. suasana islamik tu ada di sana berbanding universiti2 lain.. cuba awak tengok, kat universiti mana ada banner2 kapel itu haram? tak boleh naik motor berdua? cuma di UIAM sahaja ada.. kat uia, kalau lecture dalam waktu solat, contoh nya dari jam 4-6 pm @ 6-8pm, kita akan diberi waktu rehat untuk solat. tapi masa saya di UM dulu, saya sendiri perlu berhentikan diri saya sendiri untuk solat. saya dapat bina kekuatan di UM tapi sekarang, saya dapat ketenangan di UIAM. masa di UM, ada lecturer tak suka saya sebab saya bertudung labuh, berbanding budak TESL yang kebanyakannya yang tidak bertudung. saya tak suka bila kena buat pementasan dan saya tak suka bercampur lelaki dengan perempuan.. time solat, saya keluar dari kuliah untuk solat.. jadi sebab itulah ramai lecturer tak suka saya.. tapi sekarang saya rasa tenang belajar di UIAM. Islamic environment kat sana sesuai dengan jiwa saya. walaupun kat sini saya balik kerja lambat, tapi bila saya pergi ke sana untuk kelas, saya jadi semangat nak belajar walaupun penat. suasana kat sana beri saya motivasi untuk saya belajar.. jadi, saya tahu apa awak rasa bila awak terpaksa masuk sini.. apa2 pun, buat masa ini, buat yang terbaik di sini. dan nanti kejar balik apa yang awak minat..



basah hati atul bila mendengar kata2 PUAN ROSMANIZA.. sedikit sebanyak, beliau menaikkan balik semangat untul atul terus belajar di sini.. thanks Allah and thanks to her too.. kini, atul berazam untuk mengikut jejak beliau..dan dalam diam, hati ini menjerit

Go to fullsize image

"Atul, binalah kekuatan di bumi IPGTEKNIK, dan kelak kejarlah kembali cita2 mu di bumi UIAM! AMIN!!!!"


p/s: tak sabar nak jumpa puan Rosmaniza esok hari lepas larian mesra...

Sunday, January 23, 2011

Sedekah VS Hiburan, Yang Mana Didahulukan?

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...


Bulan Dicember lepas, atul dan seorang rakan keluar jalan2 di bandar Kuantan. Seperti biasa, kami akan keluar tanpa sebarang plan nak ke mana.. kira pakai terjah je lah.. at last, kereta yang dipandu menuju ke Berjaya Megamall..

Jalan dok jalan, pusing dok pusing, sekali kami lalu dihadapan kedai CD KOREA.. atul pon tanpa berlengah terus menyusun langkah ayu memasuki ke kedai tersebut... dah masuk tuh, sure lah dok mencari CD korea yang atul idam2kan selama ini...

v
v
v

taraaa

Playful Kiss OST (Full)

inilah cd nya.. mintak dengan mak as birthday present
mak tak nak bagi.. at last beli sendiri..

tanya sama itu tauke, "berapa harga lu mau bikin ini cd?" tauke bilang, "cuma RM 20 saja meh".. haish, memang dok pekenalah dengan bajet dalam poket.. tanpa berfikir masak2 mahupun berfikir dua kali, atul pon terus cakap " ok lah tauke..gua angkat ini punya barang"


Gembira tak terkata bila dah dapat beli cd tu..senyum sampai ke cuping telingalah.. dengan hati gembiranya, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya, Masjid Besar Kuantan.. dating, dating juga (ops, bukan dating yer), tapi solat jangan tinggal meh..



Sultan Ahmad Shah Mosque


Seperti biasa, time solat atul suka solat kat tingkat atas masjid tersebut.. sesampainya kat atas, mata 4 atul ni terus bertembung dengan tabung derma masjid.. cek2 dalam poket, ada lah lagi RM$$$$ saki baki duit yang ada dan terus atul sumbatkan ke dalam tabung di hadapan atul..terkilan...

v
v
v

Yang atul nak cerita, bukanlah soal atul derma ke apa..setakat derma RM$$$, apa lah sangat kan.. tapi yang atul nak tekankan di sini ialah, rasa diri ini ditampar dengan tindakan sendiri.. time tu, atul rasa atul ni teruk + memalukan.. kalau untuk hiburan, sanggup berhabis berpuluh ringgit even beratus ringgit.. tapi untuk bersedekah? even rm1 pon dok terfikir2, takut duit habis... untuk hiburan, pernah kita terfikir? tak pernah pulak kan..

atul rasa, bukan atul seorang je macam ni..ramai lagi antara kita yang mendahulukan hiburan dari sedekah jariah.. pada hal kita tahu, bukan hiburan itu yang membantu kita kat sana nanti, tapi sedekah jariah.. tapi kita?

sebenarnya tak salah nak berhibur.. tapi, kalau hiburan kita yang melebihi sedekah jariah, apa cerita kita kat akhirat sana nanti? kita tahu, setiap rezeki kita nanti akan dipersoalkan kembali ke mana hala tujunya di akhirat kelak..tapi, kita masih tidak mengendahkannya kan..

renung2kan, refleksi diri dan mari kita, (saya dan kamu) perbaiki diri.. sekadar ingin berkongsi tamparan dengan kalian semua..rasa tertampar? ye saya juga!


p/s: takut nak menulis entry berunsur dakwah @ islamik.. takut Allah uji balik apa yang kita dah tulis.. nauzubillah...


Friday, January 21, 2011

korea vs boyfriend


Siapa tak kenal SUPER JUNIOR?


SS501?



Pasti, ramai antara kita yang kenal siapa mereka..


Lebih2 lagi, SUPER JUNIOR pernah mengadakan concert di malaysia pada tahun lepas..

Dan dengar kata, tahun ni 19 Mac 2011, lagi sekali mereka akan mengadakan concert di Bukit Jalil..


Ramai juga kawan2 atul yang sudah mula mengumpul duit dan berangan2 untuk pergi ke concert tersebut.. ada pula yang sanggup buat SBE di KL sebab concert super junior..



Itulah dia virus korea yang semakin mendapat tempat di Malaysia..


Adakah anda salah seorang peminat korea?


Atul pon salah seorang peminat cerita2 bersiri korea.. tapi alhamdulilah, masih boleh dikawal buat setakat ini.. ada di antara kita, bukan setakat movie dan drama korea yang dilayan.. tapi, lagu, reality shows dari korea juga mula mendapat tempat di hati..


Pernah tengok boys Over Flower, Playfull Kiss, Personal Taste, My Girl?

Pernah tonton rancangan

Thanks For Wakes Me Up?

We Got Married?

Family Outing?


kim hyun joong in playful kiss



Argh, kalau nak list kan semua, memang tak cukup satu entry atul ni nak list kan reality shows, movies and drama from korea…


Tengok korea memang ralek..ralek dengan kekacakan lelaki2 korea nya.. dulu, kalau masa atul kapel, walau boy friend msg pon malas nak balas sebab terlalu ralek dengan cerita korea…


“Aku dulu jer minat tgk cerita korea ni..tapi sejak aku dah ada boy friend ni aku dah tak minat nak layan semua tuh”


Ni ayat kawan atul lah..tapi kalau atul dok perhati kawan2 atul yang minat korea, kebanyakan memang ramai di antara mereka yang tak berkapel.. kenapa ye? Berangan2 nak berpasangan dengan artis korea ke? Atau dah tak berminat dengan lelaki tempatan kerana terpesona dengan artis korea yang nampak sgt gentleman di dalam movie yang di lakokan.. huhu, masing2 ada pendapat masing2…



Kadang2, dengan cerita korea, ia menbuatkan atul bercinta di alam fantasi dan sedikit sebanyak ia membuatkan atul lupa mencari cinta reality…tak berminat… mungkin hati ini dah di miliki oleh kim hyun joong kot..hahahha.. (kidding )


Tapi bagi atul lebih baik “bercinta fantasi” daripada “bercinta reality” kalau reality itu lebih menyakitkan dan mengcewakan hati…



Komen anda?



Peringatan diri sendiri: tengok korea tak salah, tapi jangan sampai terabai tanggungjawab yang lain..jangan sampai lewat solat dek kerana korea..


ps: atul ada buat kalender kim hyun joong..tapi tak berduit nak print.. anyone who like to print it out for me? atul akan kira tu hadiah birthday atul yang akan tiba tak lama lagi....

Wednesday, January 5, 2011

usyha orang terkucil..anda bagaimana?

Assalamualaikum, salam satu Malaysia..


Dulu masa duduk kat rumah, selalu dengar mak pesan kat adik yang bongsu, Afiq supaya jangan kencing berdiri…mak kata nanti kubur berbau busuk..


Yang selalu mak tegur Cuma afiq.. kami berdua atul dan angah mak tak pula ditegur jangan kencing berdiri…


Tapi kalau difikirkan kembali, memang lelakilah yang selalu kencing berdiri… kalau perempuan yang berkencing berdiri memang buruk gila perangai + habislah mencicir kat lantai bilik air tu kan…


sumber: google

Islam itu indah, dan setiap perkara telah digariskan kepada umat manusia dan pasti ada hikmah dan khasiatnya termasuklah kepada perkara seremeh2 buang air kecil @ terkucil..


Antara garis panduan membunag air kecil yang telah ditetapkan islam ialah:

·

Buang air kecil dengan cara mencangkung @ duduk bertinggung di atas kaki kiri…

· Buang air kecil sambil berdehem…

· Jangan sesekali kencing berdiri kerana itu cara orang kafir…wahai kaum lelaki, sila ambil perhatian…


Apakah fadhilatnya?


· Mendapat pahala kerana kencing mencangkung @ duduh bertinggung atas kaki kiri adalah cara Rasullulah..


· Dengan berdehem ia akan:

1) Mengetuskan air kencing dari pundi dan saluran kencing..

2) Elak penyakit batu karang

3) Hilangkan rasa was2 dalam solat.

4) Elak penyakit kencing tak tus…


Akhir kata, mari kita sama2 amalkan… nampak temeh tapi penting!


p/s: nak upload gambar lebih sikit, tapi internet pulak slow gila...so layan jer lah tulisan...

Tuesday, January 4, 2011

diari lama itu

16/03/2007

Tett2, handphone berbunyi menandakan msg masuk……


Ashraf :

· 3 benda yang awak tak boleh lupa pasal saya..

· Perkataan terbaik pasal saya…

· Nama yang awak panggil saya..

· Awak nak jadi saya punya apa?


Balqis : Saya nak jadi awek awak..


Kemudian msg yang sama di forwardkan kepada si dia…


Ashraf :

· Budak bijak, baik hati dan terror math

· Wanita solehah

· Balqis ..

· Ada lah…


Balqis : Adalah? Apa dia adalah tuh?


Ashraf : adalah…


Balqis : (ceh, rungut hati ini).. boleh tak nak jawab semula soklan yang last tuh? Kalau boleh saya nak jadi kwn perempuan yang paling awak sayang selepas awek awak…


Ashraf : lorr, dah tak nak jadi awek dah ke? Huh…


Balqis : nak tapi terasa diri ni tak layak..


Ashraf : mana bley rasa2, hehe..


Balqis : dah tu tak kan nak rasa layak pulak?


Ashraf: layak lah..layak sangat2…


Balqis : haish dia nih..jgn wat sy mengharap ashraf…


Ashraf: tak wat pon..layak..tunggu masa jer..heheheh


Balqis : tunggu masa jer? Mksdnyer?


Ashraf: biar masa sahaja yang menentukan…


Balqis : harap2 masa tu ada dan saya menunggu kehadirannya…


Ashraf : InsyaAllah…


Ni semua kisah 4 tahun lalu…rasa kelakar pula bila di baca diari sendiri..dok belek2 diari lama, terjumpa coretan ini…sehingga kini, tiada perubahan yang berlaku antara kami..aku masih lagi sahabat baik kepada si dia dan si dia masih lagi sahabat baik bagi aku… “tunggu masa jer..Biar masa saja yang menentukan”.. adakah benar masa itu akan wujud atau masa itu sama sekali tidak pernah akan wujud untuk aku dan si dia? Yang pasti, kini dia bahagia bersama insan tersayang dan aku pula masih tercari2 cinta sejati yang entah bila tibanya.. atau aku patut menunggu masa yang pernah dia kata kan itu? Berbaloikah? Soal jodoh, kini aku pasrah kepada takdir..aku sendiri sudah penat bermain dengan cinta manusia yang penuh dengan kekecewaan.. andai ada jodoh aku dan si dia, biar 1000 tahun pon, dia tetap akan menjadi milikku..tapi, jika tidak, pasti Tuhan menemukan jodoh yang terbaik buatku..tiba2 aku teringat akan kata2 Pretty Zinta dalam cerita Kal Ho Naa Ho…” setiap perempuan pasti mengimpikan sahabat baik mereka menjadi pasangan hidup mereka”……… adakah aku juga seperti itu?..


p/s: msti fail bila create cerita cam nih.....

Monday, January 3, 2011

setelah terkandas...akhirnya....

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia…


Alhamdulilah sebab hari ini kita masih boleh bernafas dan siap boleh online lagi..betapa besarnya dan banyaknya nikmat yang Allah berikan pada kita..Cuma kita yang terlalu alpa..say Alhamdulilah, thank you Allah…


Hari ini dah 3 JAN..dan rasanya tak terlambat lagi untuk atul ucapkan salam tahun baru masihi… tahun berganti tahun..sedar2 nanti, kita mati jer kan… entah bila pula turn kita..esok, lusa? Siapa tahu? Cuma yang pasti, ia tidak akan lewat atau cepat even seminit pon…


Sebut soal mati, baru2 ini dua kematian yang telah sampai ke pengetahuan atul..banyak orang yang meninggal dunia setiap hari, Cuma yang atul tahu dua.. tanggal 1 Jan 11, seorang pelakon telah menghembuskan nafas terakhir kerana serangan jantung iaitu Faizal Yusuf.. beliau baru sahaja berusia 32 tahun…bak kata Liyana Jasmay, “terkejut dengan berita ini, sebab dia muda lagi”…. Soal mati, bukan ikut umur… tapi ikut takdir… dan semalam 2 Jan 11, ayah roommate atul pula telah kembali ke rahmatullah kerana serangan jantung juga… al-fatihah kepada arwah dan salam takziah kepada keluarga arwah… semoga kedua2 arwah ditempatkan bersama para Syuhadah…


Ok, stop sampai situ, atul mula pula cerita lain…


Tatkala Rohaizad, Muna, Adhar and the gang sudah mula berada sem 4 program ijazah…


Tatkala Mathila mansor sudah mula berada di sem 3 PISMP..


Tatkala sahabat2 UIA sudah mula berada di sem 4 program ijazah…


Dan sekiranya atul masih di UIA sekarang, atul kini berada di sem 4 program ijazah dan mungkin mengambil business management sebagai major…

tempat jatuh lagikan dikenang...inikan pula tempat menuntut ilmu...rindu UIA!!



Tapi, itu semua bukan takdir untuk atul…


Kini, tahun ini, atul baru ingin melangkah ke program ijazah…


Bak kata lecturer UIA atul dulu, “better late than never”


So macam itu juga atul..walaupun lambat, tapi akhirnya dapat juga atul amek ijazah…Alhamdulillah…


Dan, siapa tahu memang atul tak dapat graduate dari UIA, tapi mungkin satu hari nanti atul akan jadi tenaga pengajar di sana…amin…



p/s: looking 4ward for the next 4 years !!! Aja2 fighting teacher atul!