Friday, May 18, 2012

bUKu WaNg SakU atUl's VerSIOn

Assalamualaikum w.b.t dan salam Jumaat... 
Alhamdulilah, berjumpa lagi kita dengan JumAat minggu ini..
adakah kita masih berpeluang untuk bersapa dengan Jumaat pada minggu hadapan?
Allahualam...


ok, as this entry will be a long one, we will jump straight to the content...
actually, dah lama atul nak berkongsi dengan kalian ilmu yang cetek ini.. 
teringin sangat nak ada pewaris ilmu ni, dan buat masa ini, tak ada lagi yang berminat..
(is this what we call jump to content straightly? dont think so..)

ok, kalian pernah dengar tak dengan term BUKU WANG SAKU?
rasanya bendaalah ni femes masa kat skola dulu..
tapi tak tahu lah sekolah kalian ada ke idop...
yang version kat skola2 dulu ini lah gayanya buku wang sakunya
v
v
v

ada banyak kaler, biru, oren, hijau dll... ikut tahun kalau tak silap atul...

kat dalam buku nyer pulak, macam gini lak rupanya
v
v
v
v
v


ok, apa sebenarnya kegunaan buku wang saku ni?
kalau dalam bahasa mudahnya, bolehlah dikatakan sebagai sebuah buku di mana kita membuat catatan perbelanjaan harian..ia juga digunakan untuk mencatat rekod simpanan harian kita...
kalau zaman sekolah dulu, bolehlah kita nak menyimpan hari2kan..
almaklumlah, duit belanja dapat hari2 dari mak dan ayah..
ada balance je simpan,tu pon kalau ada baki lah kan..
tapi sekarang ini, bila dah dok U, dah kerja,
jangan haraplah nak dok menyimpan hari2..
even sebulan sekali pon susah kot...
ok, so secara penjelasan mudahnya, itulah penggunaan buku wang saku ni ha...

ok., sekarang, meh nak habaq mai cerita buku wang saku versi atul pula...
(i wish i can publish one in future, amin)
atul pon bermula, bukan lah dari sekolah..
sebab sekolah atul dulu pon tak ada bendalah ni ha..
atul bermula sejak 2008...
semasa atul di bumi UIA, sejak atul belajar akaunt..
dan dalam masa yang sama ada seorang sahabat yang hadiahkan atul buku ini..
so, sejak itulah atul akan membuat rekod perbelajaan harian atul dalam buku wang saku..
ye, SETIAP HARI..
so, meh nak kenalkan buku wang saku versi Atul..

v
v
v

kepada naruto freak, sila jangan jeles.. lalala... buku wang saku atul berubah setiap tahun.. tahun sebelumnya atul guna diari sahaja..tapi tahun ini, atul guna buku kitar semula dan sampul.. chantek kan.. lala


ok,meh kita intai apa yang ada dalam buku ni..
v
v
v
v

perbelanjaan at the beginning of the month

perbelanjaan towards the end of the month...

we also can keep some important bills or tickets like this ^


ok, as the pictures too small and it cant be read, i will explain a bit more...
the real table is like this
v
v
v
v

contoh dari perbelanjaan bulan April...

ok, next let me explain more about each coloumn...

  1. tarikh: tarikh perbelajaan.. (sila update setiap hari)
  2. tunai: wang tunai yang kalian dapat tidak kira sama ada gaji, allowance, nafkah zahir dari suami dan mak ayah
  3. makan: perbelanjaan kalian untuk makanan..
  4. topup: kalian punya topup sama ada phone or broadband
  5. transport: duit minyak, tambang teksi, tambang bas, tambang lrt dan sekufu dengannya.
  6. pendidikan: buku ilmiah, alat tulis, yuran kelas, yuran persatuan..
  7. buku: it can be change to another subject.. up to you.. as atul suka beli buku, atul wat khas satu column khas untuk buku.. contoh nya: majalah, komek naruto, buku motivasi..
  8. diri: perbelanjaan untuk diri sendiri contohnya baju etc..
  9. family: contohnya kalian beli hadiah untuk mak ayah, belanja adik makan eskrem...
  10. hiburan: wayang, theme park or wat ever that can be put under hiburan..
  11. lain2: contohnya kalian belanja kawan makan, sedekah duit kat masjid..
  12. jumlah: total perbelanjaan bagi hari tersebut..

then, tips untuk gunakan buku ini:

  1. anda perlu ingat semua perbelajaan yang dah dibuat supaya tally dengan balance yang kalian ada..
  2. jangan tangguh catatan ke next day, takut kalian lupa..
  3. perlu dibuat setiap hari (istiqamah)
apa kelebihan dengan buat bendalah ni?tak buang masa ke?
  1. 1st and foremost, you can practice you mathematics skills especially for those yang dah tak sambung belajar dalam math...
  2. anda boleh tahu ke mana hala tuju duit anda.. dari situ, anda boleh bajet duit untuk the next month.. contoh, kalau terlebih spent kat hiburan, so kita boleh kurangkan kat part tersebut untuk lebih save...
  3. anda boleh tahu dah berapa ribu duit anda habis untuk bulan tersebut dan tahun tersebut.. meh atul nak share berapa atul dah habiskan untuk tahun lepas sahaja...
kalau saya boleh tahu, anda tak nak tahu berapa anda dah belanja?.. tanpa sedar dah beribu kita habiskan duit entah ke mana2 ye tak..dari sini, kita boleh atur perbelanjaan kita pada tahun hadapan...target saya tahun ini, nak kurangkan spend kat bahagian hiburan dan topup.. dan lebihkan kepada bahagian menyimpan... i.Allah =)

 apa pula kelemahan buat bendalah ini?
  1. buang masa.. huh, alasan poyo.. online berjam2 tak buang masa pulak..
  2. bagi yang tak suka math, susah sikit lah nak buat benda nih..
  3. bagi yang short term memori pon agak susah juga.. sebab kalian kena ingat apa yang kalian dah belanjakan...
  4. bagi yang pemalas sikit dan banyak, susah bagi anda untuk istiqamah buat benda ni...
ok, sekian sudah lecture saya hari ini.. haha
Alhamdulilah, akhirnya tercapai juga niat saya saya untuk berkongsi ilmu ini...
selamat mencuba... and believe me, tak rugi buat benda nih..i.Allah..


p/s:
1. ni lah aktiviti wajib harian atul.. update buku wang saku pas berbelanja..
2. for those nak tgk Dark Shadow, please dont go with different genders.. tak pon, tak yah tengoklah.. huhu..

4 comments:

Khairieah said...

tq atul! sngt bermanfaat =)

Ema said...

thanks akak for this. :) ima plan nak start buat ni sem dpn. once da dpt allowance. cuz nak jgak tahu bhgian mna yg byk spend. hehe

Althafunisa said...

hope dapat diaplikasikan bersama

Althafunisa said...

@ema kamila: jom kita wat sesama..i.Allah..