Saturday, February 20, 2010

warkah biru buat si dia...

awak..kenapa kita ditakdirkan bersama? saya tak pernah cintakan awak..selama ini, saya anggap awak kawan biasa sahaja..sebagai pelengkap kehidupan saya.. saya tak pernah mintak hubungan kita lebih dari kawan biasa..tapi awak..awak dah buat saya lebih dari kawan biasa..

awak..awak paksa saya untuk terima awak.. awak tahukan, cinta yang bertepuk sebelah tangan takan menjadi..awak tahukan cinta saya bukan untuk awak, tapi untuk kawan awak..takkan awak nak jadi kawan yang makan kawan?awak..kenapa awak pilih saya? sedangkan ramai lagi kawan2 saya yang lebih layak untuk menjadi peneman sehidup semati awak. ramai lagi awak..saya langsung tak layak untuk awak..malah hati saya bukan untuk awak..hati saya hanya untuk kawan awak..

awak.. kenapa awak tak pilih sahaja kawan2 saya yang lain? EZZA SHAZANA , SHARIFAH FATIN NABIHAH IDID, MATHILA, dan FATIN FARHAH semua tu kawan2 saya. merka lebih baik berbanding saya. kenapa awak tak pilih mereka sahaja? kenapa awak masih mahukan saya yang tidak punya apa2 keistimewaan ini..

awak..saya, awak dan dia dari darjah satu kita bersama.. kita jadi kawan sejak sekian lama.. xkan awak tak pernah lihat bagaimana caranya saya melayan awak dan dia? terlalu berbezakan, malah saya bersikap tidak adil pada awak.. saya lebihkan dia dari awak.. apa2 hal pon saya akan lebihkan masa bersama dia..bukannya awak.. takkan awak tak sakit hati dengan tindakan saya selama ini terhadap awak? takkan awak tidak boleh menilai? mesti hati awak sakitkan sebab saya lebihkan dia..jadi kenapa awak masih memilih saya? saya tak faham awak..

awak.. sejak dulu lagi, ramai kawan2 saya mencuba menandingi saya intuk mendekati awak.. tapi saya tak pernah ambil kisah semua itu.. tak pernah hadir perasaan cemburu untuk itu semua.. saya tidak kisah kalau mereka lebih rapat dengan awak.. kerana bagi saya, biarlah saya dengan dia sahaja..saya cuma mahukan dia.. dia dan saya! malah kalau ada kawan2 saya yang cuba rapat dengan dia, saya rasa cemburu sangat.. bagi saya, biar saya sahaja yang berada di sampingnya.. tiada siapa yang boleh menandingi saya untuk berada di sampingnya.. saya akan pastikan hanya saya bertakhta di hatinya..

awak.. semuanya sudah berubah hari ini..kerana keputusan awak yang membabi buta itu.. saya terpaksa meninggalkan buah hati saya yang satu itu..awak kejam kerana sanngup pisahkan dua hati yang telah bersatu sekian lama.. awak tak kesian pada sayakah?

awak.. dalam msa setahun ini, saya cuba untuk mencintai awak..seperti mana saya mencintai dia.. tapi.. saya tak boleh nak tipu awak apatah lagi untuk menipu hati ini.. cinta saya masih untuk dia.. hanya untuk dia..hati saya sakit awak apabila melihat ramai kawan2 saya yang cuba memikat dia..

awak.. semakin sya cuba untuk mencintai awak semakin saya tidak kenal siapakah awak sebenarnya.. saya jadi makin keliru.. ayat2 cinta yang ingin saa ungkapkan kepada awak semakin tidak terungkap.. mulut ini bagai terkunci dengan sendirinya apabila saya cuba berbicara dengan awak.. sya tak boleh awak..

awak..untuk menerima awak, saya juga perlu belajar untuk menerima keluarga awak.. masakan semua itu boleh berlaku awak?bagaimanakah hati ini untuk mencintai keluarga awak sedangkan awak sendiri saya tidak mampu untuk mencintai.. bagaimana awak?

awak.. orang yang paling sukar untuk sya fahami adalah ayah awak sendiri 'pak cik literature'..dalam erti untuk mendalami ayah awak, saya perlu mendalami sifat2 ayah awak.. awak tahulah ayah awak tu macam mana kan.. awak tahulah ayah awak tu kan..dengan sifat paradoxnye, metaphora, hiperbola, simili dan banyak lagi lar sifat2 literature nyer.. saya pon tak faham satu pon awak..kepala saya sakit untuk memahaminya.. malah baru2 ini, ayah awak ada kenalkan saya dengan kawannya, 'pak cik mecbeth'.. dalam hati ini, sedikit pon saya tidak berkenan dengan pakcik mecbeth itu..

awak.. dalam masa yang sama saya tidak boleh memahami ibu kandung dan ibu tiri awak 'mak cik writing dan mak cik speaking'.. mungkin dengan mak cik writing saya lebih faham tapi tidak dengan mak cik spaeking..malah saya kelu seribu bahasa apabila mak cik spaeking mengajak saya untuk berbicara..

awak.. dlam keluarga awak cuma adik beradik awak sahaja lah yang jadi penenang saya.. adik social studies dan adik grammar, kedua2 nya amat menghiburkan saya.. tpi apakan daya,setiap kali saya bersama adik-adik awak, pasti ibu kandung dan ibu tiri awak mencapap, menyebabkan hubungan saya dan adi2 awak terganggu..




awak.. awak boleh lihatkan bahawa saya tidak layak untul awak, malah saya juga tidak layak untuk masuk dalam keluarga awak.. takkan awak nak paksa saya lagi dalam menerima awak.. kalau diikutkan hati, mahu sahaj saya mintak fasak dari awak.. tapi mana saya nak cari rm130 ribu untuk dibayar kepada kerajaan sekiranya saya mahu menolak awak..saya bukannya anak orang kaya awak.. mana lah saya ada duit sebanyak itu..

awak..sebenarnya saya dah tak sanggup nak meneruskan hubungan kita lagi.. saya berharap, pada suatu hari nanti takdir dapat pisahkan kita sekaligus dapat kembalikan saya kepada si dia.. saya harap satu keajaiban akan berlaku satu hari nanti..

awak.. maafkan saya awak..cinta saya bukan untuk awak wahai English language, tapi cinta saya hanya kepada matematik.. matematik adalah cinta saya..saya harap english language dapat lupakan dan lepaskan saya..sesungguhnya, cinta saya hanya kepada matematik!

salam kemaafan:
atul..........

4 comments:

ad said...

pe nie tul...jgn camnie

Malek Ku said...

Owh atull.ko tuka ker?

Althafunisa said...

tuka apa malek?

Malek Ku said...

tuka kos...xamek TELS