lelaki patut ambil tahu atau pun jika perempuan
lebih elok ambil tahu.
1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda
menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa
untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda
menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan
seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti
coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu
tidak tahu macam mana nak menerima pujian.
7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang
sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan
lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat
dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila
dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia
untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia
perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.
Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang
mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood
wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya
dalam diam memberikan respon positif, misalnya
menghubunginya melalui telefon, si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,
tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan
menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,
semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah
mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia
mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab
dia memang tak berminat dengan anda.
sumber:
http://ms.cosmotopic.com/1
3 comments:
hurmm.. pernah terbaca benda ni..
kadang2 terasa seorang wanita mmg sukar untuk d mengertikan.. huhu :)
tau xper..
mmg pyh nak memahami seorang girl..haha
no 3 tu..hurmm ntahle..
Post a Comment