Surah Al-‘Asr (سورة العصر) adalah surat ke-103 dari Al Quran. Surah ini tergolong surah makkiyah dan terdiri atas 3 ayat. Kata Al 'Ashr bererti waktu/masa dan diambil dari ayat pertama surat ini.
Isi surat mengabarkan bahawa sesungguhnya semua manusia itu berada dalam keadaan kerugian kecuali dia termasuk mereka yang selalu beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.
v
v
v
Alhamdulilah, baru2 ini saya berkesempatan mengikuti satu program surau maktab, Surah As-Syakirin. program malam jumaat, yang dipenuhi dengan ceramah agama bulanan dan juga solat hajat.. Alhamdulilah, program kali ini agak mendapat sambutan yang menggalakkan dari kaum muslimin dan muslimat...
yang ingin dikongsikan serba sedikit dalam entry kali ini adalah berkaitan dengan isi ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan.. kagum dan terasa kerdil serta malu dengan diri sendiri apabila si penceramah tersebut merupakan seorang mualaf dan baru sahaja memeluk islam selama 15 tahun... walaupun begitu, beliau sudah menghafaz al-Quran berserta maknanya, (pandangan sendiri berdasarkan cara pencapaian beliau yang sentiasa mengeluarkan ayat2 al-Quran tanpa perlu membuka al-Quran)...
berbalik kepada tajuk asal entry ini.. 4-1=0... haish...cikgu matematik mana pula yang mengajar 4-1=0? tiada.... tapi inilah konsep yang akan dibicarakan sat lagi... kita kembali kepada maksud ayat surah al-asr:
demi masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran
sudah ditekankan oleh Allah SWT bahawa sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali yang dinyatakan di dalam surah di atas...
kesimpulannya, manusia yang tidak rugi adalah
1. manusia yang beriman
DAN
2. manusia yang mengerjakan amal soleh
DAN
3. manusia yang nasihat-menasihati dgn kebenaran
DAN
4. manusia yang nasihat menasihati dengan kesabaran...
kenapa DAN itu di caps lock kan oleh saya? hal ini kerana, dan di sini bermaksud kena buat...bukannya satu pilihan kepada kita sama ada nak buat atau tidak..di sinilah konsep 4-1 = 0 digunakan.. kalau tiada salah satu di atas, maka tergolonglah kita dalam golongan manusia yang rugi..
no 3 dan 4 tu sebenarnya lebih kepada kerja dakwah dan islah, yang kebanyakan kita beranggapan itu kerja ustaz, imam dan para ulama.. tapi sebenarnya kita silap..dakwah dan islah iti adalah kerja semua umat islam kerana di tegaskan dalam surah al-'asr *manusia* yang merangkumi semua umat islam bukannya sekadar pak imam mahupun ustaz2 dan juga para ulama...
tapi sejauh manakah kita dapat mempraktiskan dua perkara ini? macam saya sendiri, kadang2 nak tegur kesilapan kawan pon tak berani.. sebab dok fikir2 kelemahan diri sendiri..tapi kalau dok fikir2kan kelemahan dan kekurangan yang kita ada, sampai bila pun kita takkan berdakwah dan berislah... lagipon, siapa manusia yang tak pernah lakukan kesilapan? nobody is perfect and dont make this excuse untuk tidak berdakwah dan berislah...
bak kata penceramah, kalau nak berdakwah dan berislah, berislahlah akan sesuatu perkara amal yang kita buat dan perkara mungkar yang kita tinggalkan..sebagai contoh, janganlah kalau kita sendiri tak solat, tiba2 kita pergi bagi nasihat kepada orang yang tak solat dan marah2 mereka kenapa mereka tak solat.. itu tak betullah kan...
sebenarnya, dari platform dakwah dan islah ini juga lah ia akan memberi dorongan kepada kita untuk memperbaiki kelemahan diri...
jadi, marilah sama2 kita memulakan baby step dalam mempraktiskan surah al-'asr ayat ke tiga tersebut...semoga dipermudahkan..amin..
p/s: berapa lama kita beragama islam itu bukanlah satu jaminan kepada kualiti dan kuantiti amalan kita..betul tak?
No comments:
Post a Comment