Tuesday, April 17, 2012

The Blessed Weekends, insha Allah

Assalamualaikum w.b.t


sebelum atul memulakan cerita, atul nak mulakan post pada kali ini dengan sebuah hadith yang berbunyi:

“Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua”

atul rasa, ramai antara kita yang pernah mendengar akan hadith di atas. dan rasanya ramai juga yang tahu maksud disebalik hadith tersebut. secara ringkasnya, bolehlah disimpulkan bahawa, dalam berkawan kita perlu memilih kawan yang sebaiknya kerana kawanlah yang sedikit sebanyak akan membentuk personaliti kita..

Alhamdulilah, dalam berkawan atul dah berkawan dengan bermacam2 jenis kawan.. bermula dari senakal-nakalnya (terbayang kenakalan budak2 lelaki tingkatan 5IBNU ABBAS 2007), sehinggalah sebaik-baik sahabat (kalau nak listkan siapa, memang tak terlist).. dan what i would like to say about friendship is:

"kalau kita mampu cari sahabat untuk keseronokan dunia.,maka carilah juga sahabat yang dapat membawa kita dekat kepada Allah"

Dan hari ini, atul nak cer sikit pasal hangout atul bersama kawan-kawan pada hujung minggu yang lepas.. diharapkan hangout ini dapat membawa kami bersama dekat dengan redha Allah, amin.. insha Allah. 



sabtu dan ahad lepas, Alhamdulilah atul dan kawan2 telah berkesempatan mengikuti tazkirah dari ustaz muda yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat.. kalau sebut ustaz muda, sudah pastilah bukan ustaz Azhar Idrus kan.. ustaz yang dimaksudkan di sini, tidak lain dan tidak bukan adalah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. insha Allah atul pasti ramai yang sudah kenal dengan ustaz dari rancangan TV AL-HIJRAH ini..

atul memang suka gila ustaz ni.. bukan suka sampai nak gila.. tapi rasa kagum sangat dengan beliau.. dalam usia semuda ini (28 tahun kalau tak silap), beliau sudah mampu menjadi seorang ustaz yang mula disegani dek kerana ilmu dan cara dakwahnya yang tersendiri.. atul berdoa dah berharap, lebih ramai lagi kelahiran2  kaum Adam seperti ustaz Don pada masa akan datang, insha Allah..

dek kerana rasa kekaguman ke atas diri beliau, maka sudah lama lah atul pasang niat untuk mengikuti kelas @ tazkirah dari beliau secara live.. dan Alhamdulilah, niat atul ini telah diperkenankan oleh Allah s.w.t melalui perantaraan sahabat atul, Amalina. terima kasih ya Allah.. Alhamdulilah, amal telah mengajak atul untuk turut serta mengikuti program Cinta Masjid TV Al-Hijrah yang berlangsung di masjid al-azim Pandan Indah hari Sabtu yang lepas...


tapi,pada hari Sabtu tersebut kami kurang bernasib baik sebab kami terlepas slot 60 minit bersama Ustaz Don.. slot ini diadakan pada pakul 2.30 petang dan kami sampai di lokasi jam sudah pon menunjukkan pukul 6.00 ptg plus..



sedikt hampa.. tapi Alhamdulilah kami masih berkesempatan untuk melihat Ustaz Don dari jarak dekat.. jom layan pic Ustaz Don yang sempat kami capture time tu..

sesi autograph.. tapi atul tak amek pon autograph beliau.. ramai sangat..

ramainya lah nak ambil gambar dan tandatangan beliau...

haish, ustaz tengah fikir apalah tu kan...????

gambar2 di atas diambil semasa sesi autograph.. 



selesai ambil gambar ustaz, now turn kami lah pula bergambar...sebagai tanda2 kenangan yang kami pernah bertandang ke program TV AL-HIJRAH..

me and my besties, Syu..

Amal the one in black and Tengku the one with blue jubah


Then, alang2 tuh kami terus berjemaah maghrib di masjid tersebut... so, meh layan gambar lagi

sempat lagi bergambar selepas solat maghrib berjemaah bersama2..

walaupun kami tak sempat untuk mengikuti slot 60 minit bersama ustaz Don pada petang tersebut, tapi Alhamdulilah kami masih diberi kesempatan untuk mengikuti tazkirah maghrib yang disampaikan oleh beliau dalam masa hanya 15 minit.. tapi time tu, kami solat di tingkat atas masjid.. so tak dapat nak tengok ustaz betul2lah.. just dengar suara itupon blur2 sebab sound system dia.. antara intipati tazkirah maghrib yang disampaikan adalah,

input tazkirah U. Don yang telah dipos semula di sesawang facebook.. dan sblh tu gmbr family ustaz..



so, habis lah kisah kami bersama kuliah Ustaz Don pada hari Sabtu yang lepas.. tetapi...
jeng, jeng, jeng...

seperti yang sedia maklum, Allah takkan tarik sesuatu perkara itu melainkan Allah menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik... walaupun kami terlepas slot 60minit bersama Ustaz Don tu  tapi Allah dah gantikannya dengan something yang lebih baik, i.Allah.. iaitu kuliah subuh bersama ustaz Don yang telah diadakan di masjid as-Sobirin, Keramat.. dua dalam satu lagi, iaitu kami dapat solat subuh berjemaah dan menimba ilmu dari ustaz yang dikagumi.. btw, terima kasih amal kerana sudi mengambil kami dari maktab seawal pukul 5.00 pagi plus2.. semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik amal...

dalam kuliah subuh tersebut, ustaz Don telah menyampaikan tazkirah berkaitan israk dan mikraj. dek kerana perkara ini terlalu panjang untuk dibincangkan, maka ustaz telah mengupas isu pembukaan sahaja bagi perkara ini.. apa yang atul dapat kata, tazkirah yang disampaikan oleh ustaz sangat menarik, sempoi, simple dan mudah untuk difahami oleh semua.. no wonder lah semua orang suka dengan cara penyampaian dakwah ustaz don kan..antara isu yang dikupas semasa tazkirah tersebut adalah:

1. bagaimana Rasullulah naik ke atas langit bertemu dengan Allah..dan kenapa buraq yang digunakan?
2. pertemuan Rasulullah dengan malaikat Jibril in a real sense..dan apakah ciri2 malaikat jibril?
3.kenapa peristiwa ini berlaku pada waktu malam?
(ketiga-tiga isu ini akan atul cerita in details if there is any request from readers)

dek kerana kuliah Subuh berlangsung cuma 1 jam, maka tidak banyak yang dapat kami pelajari.. bak kata ustaz, dia bagi mukadimah dan kami perlulah belajar dengan sendiri untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut melalui buku2 yang terdapat di pasaran.. so, part kuliah, done..

then,  as always there must be photography session after kuliah. so, jom layan gambar ustaz Don lagi...






zoom in gambar ustaz =)

walaupun kami berpeluang untuk bergambar bersama-sama ustaz, tapi kami  tidak mengambil kesempatan tersebut.. Hal ini kerana, kami menghormati status beliau sebagai seorang ustaz dan juga majlis ilmu tersebut.. lagipun dulu atul pernah terbaca keluhan dari seorang penceramah Malaysia yang mengeluh kerana tidak suka untuk bergambar dengan perempuan selepas majlis ceramah beliau.. nak ditolak, rasa tak sedap  hati pula keluh ustaz tersebut... so, sebagai tanda hormat kami kepada ustaz Don, kami hanya mengambil gambar beliau dari jauh..

apa yang atul boleh kata dari sesi photography ini adalah,
"kadang2 kita tak perlu ada kuasa untuk orang menghormati diri kita.. cukup sekadar keperibadian mulia dan keimanan yang ada dalam diri yang akan membuatkan orang hormat dan segan kepada kita.."

then, settle cerita ustaz don...
atul harap, di masa2 hadapan atul akan berkesempatan untuk mengikuti kuliah2 dan tazkirah2 agama bersama sahabat2 Atul lagi, i.Allah..amin...


p/s: bagi sapa2 yang nak lebih kenal ustaz Don lagi boleh lah melawati ke laman web

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DakwahUstazDon/Article/index 


ops, sat2.. sabaq sat..
ceq nak share mcm mana nak dapat anak macam ustaz Don.. antara caranya ialah:



sekian, wasalam =)

No comments: