Sunday, March 21, 2010

beza perempuan cantik dan kurang cantik di mata seorang lelaki..

"Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi
betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman
nih...kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak
huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg
diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang
diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki
tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh
kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang
harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya
tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas
lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy
forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak
tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk
ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring



credited to PEARL MAY...

2 comments:

maymay said...

yeah~~maymay likes this~~

Rahman, N.A. said...

Assalamualaikum.

Sebagai lelaki, saya memang bersetuju 100% dengan artikel ini. Walau bagaimanapun, kita perlu memahami dengan lebih mendalam maksud 'lawa' atau dengan kata lainnya 'cantik' di dalam artikel tersebut. Tidak semua lelaki berfikiran sama. Saya sangat bersetuju jika istilah 'lawa' atau 'cantik' dalam artikel ini dikaitkan dengan peribadi, budi bahasa dan akhlak. 'Lawa' tidak hanya pada fizikal semata-mata. Ia tidak akan kekal.

Ini hanya pendapat saya. Jangan marah. hehe...

Wassalam.

There was an error in this gadget