Thursday, March 18, 2010

insan terbaik untuk kita sayang...


Pada suatu hari, Azzam bertanyakan satu soalan kepada Cikgu Althafunisa semasa Cikgu Althafunisa sedang mengajar di dalam kelas.. Pada ketika itu Cikgu Althafunisa sedang mengajar topik kasih sayang...


Azzam:Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Dan macam mana kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu Althafunisa : Ok. Kamu ikut apa yang saya suruh.kamu pergi ke padang . Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di hadapan kamu. Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan petik rumput yang paling cantik, bawa ke kelas..


Apabila Azzam pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pon di tangannya.


Cikgu Althafunisa: kenapa tiada rumput yang kamu pilih Azzam?


Azzam: Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik. Maka saya terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di hujung padang, saya tak jumpa pon rumput yang paling cantik. Mungkin ada yang di antara rumput di belakang saya tadi yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh toleh kebelakang semula. Jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik..


Cikgu Althafunisa: Ya. Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, jangan lah kita mencari yang lebih baik dari itu. kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik2nya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap sudah berlaku. Semoga yang berlaku tidak berulang lagi. dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.. Mahu pon, kalau diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi..

1 comment:

Malek Ku said...

ehem3..huhu..harap ko phm sudah..mksudny...