Tuesday, January 25, 2011

Terima Kasih Puan Rosmaniza

Alhamdulilah, hari ini atul rasa gembira sangat.. kenapakah?

  • duit elaunt dah masuk ke? haish, belum lagi lah =(
  • dah dapat boyfriend baru ke? nauzubillah, bahana tu namanya..
  • ada orang puji atul cantik? haish, mustahil amat...
dah tu apakah? ok, i'll tell you guys...


sem ini, atul rasa down sangat. subjek yang semakin susah dan semangat nak belajar semakin hilang. kadang2 atul takut, kalau atul give up on study..Ya Allah, jangan! lately ni, atul selalu tanya kepada diri sendiri, " Do i in the right place?" , "do i the right person to be an ENGLISH teacher?". to be a teacher does not really a matter for me.. the thing that really a matter for me is to be an ENGLISH teacher.. i never like this subject since i was in the primary school.. dan hari ini, dengan kasih sayang Allah kepada atul, DIA dah temukan atul dengan seseorang yang betul2 faham apa atul rasa bila atul berada di sini.. the person is PUAN ROSMANIZA

Go to fullsize image

Ceritanya bermula apabila atul dipilih untuk membantu beliau dalam menyiapkan thesis PHD nya. she is one of the lecturer from English department, but i never get the opportunity to be in her class apatah lagi untuk berborak2 kosong...

sampai ke hari ini pon, atul masih tak tahu, apakah tajuk thesis yang akan beliau jalankan..dah banyak kali kami nak dating bersama untuk thesis tersebut, tapi kekangan masa menghalang kami.. masing2 sibuk dengan kelas masing2..


tapi hari ini dengan izin Allah, kami terserempak di perpustakaan.. beliau sedang mencari buku dan atul pula sedang membaca berita harian.. maka dengan sopan, atul menyapa beliau..


(perbualan telah diubahsuai berdasarkan daya ingatan si penulis)

atul: puan, hari ini lepas 12.30 saya free..so bolehlah kita jumpa.

Pn.R: alah, saya tak boleh.. saya ada kelas...

atul: oh, tak apalah kalau macam tu. puan buat PHD di mana ya?

Pn.R: saya buat PHD di UIAM. master dulu pon di sana, cuma ijazah di UM..

atul: (dalam hati excited gila sebab dengar UIAM).. oh ye ke.. saya dulu pon belajar di sana..hampir setahun lebih saya kat sana...

Pn.R: dah tu apa jadi? (tanpa sempat atul menjawab, beliau dah sambung semula).. sebab kat sana PTPTN dan kat sini allowance? awak ambil course apa kat sana?


atul: (dalam hati kata, puan ni tahu ke kisah aku).. (angguk sambil tersenyum).. saya ambil ekonomi kat sana...

Pn.R: jadi sebab inilah awak tak minat TESL ? Awak terpaksa belajar sesuatu yang awak tak minat?

atul: tersenyum.. ( mana puan ni tahu kisah aku ni sebenarnya?)

Pn.R: saya suka belajar kat UIA dan saya tahu macam mana perasaan awak bila kena masuk sini setelah berada di sana.. macam inilah, nanti awak kerja sekejap then sambung balik apa yang awak minat selama ni. macam saya sekarang, saya ambil psychology.. biarlah apa orang nak kata, tapi kalau kita nak kerja kita kena buat something yang kita suka. buat setakat ini, awak buatlah yang terbaik di sini sebab awak tiada pilihan lain.. jangan menentang, tapi buat yang terbaik.. sebab buat masa ini, Allah dah tentukan ini adalah yang terbaik untuk awak. tapi in future, sambunglah balik apa yang awak minat selama ini.. saya suka belajar di UIA. saya dapat ketenagan di sana. suasana islamik tu ada di sana berbanding universiti2 lain.. cuba awak tengok, kat universiti mana ada banner2 kapel itu haram? tak boleh naik motor berdua? cuma di UIAM sahaja ada.. kat uia, kalau lecture dalam waktu solat, contoh nya dari jam 4-6 pm @ 6-8pm, kita akan diberi waktu rehat untuk solat. tapi masa saya di UM dulu, saya sendiri perlu berhentikan diri saya sendiri untuk solat. saya dapat bina kekuatan di UM tapi sekarang, saya dapat ketenangan di UIAM. masa di UM, ada lecturer tak suka saya sebab saya bertudung labuh, berbanding budak TESL yang kebanyakannya yang tidak bertudung. saya tak suka bila kena buat pementasan dan saya tak suka bercampur lelaki dengan perempuan.. time solat, saya keluar dari kuliah untuk solat.. jadi sebab itulah ramai lecturer tak suka saya.. tapi sekarang saya rasa tenang belajar di UIAM. Islamic environment kat sana sesuai dengan jiwa saya. walaupun kat sini saya balik kerja lambat, tapi bila saya pergi ke sana untuk kelas, saya jadi semangat nak belajar walaupun penat. suasana kat sana beri saya motivasi untuk saya belajar.. jadi, saya tahu apa awak rasa bila awak terpaksa masuk sini.. apa2 pun, buat masa ini, buat yang terbaik di sini. dan nanti kejar balik apa yang awak minat..



basah hati atul bila mendengar kata2 PUAN ROSMANIZA.. sedikit sebanyak, beliau menaikkan balik semangat untul atul terus belajar di sini.. thanks Allah and thanks to her too.. kini, atul berazam untuk mengikut jejak beliau..dan dalam diam, hati ini menjerit

Go to fullsize image

"Atul, binalah kekuatan di bumi IPGTEKNIK, dan kelak kejarlah kembali cita2 mu di bumi UIAM! AMIN!!!!"


p/s: tak sabar nak jumpa puan Rosmaniza esok hari lepas larian mesra...

8 comments:

Malek Ku said...

oh yeah..graduan UM...keh3

aULia said...

insaf aku tul...tp kan,,ooo...xcite kt aku pon ek..hehehehehehe :))

Althafunisa said...

malek: tapi puan tu lbh suka blajarkat uia lagi...

aulia: nak cter tdi..aku da bagi mukadimah kan..tapi ta sempat nk cter pnjg...

Anonymous said...

good sayang :)

nUr said...

salam atul..
ktorang kat Uia will always be there for atUl come thin or thick..
no matter what..
inshaAllah!

May Allah bless
=))

Khairieah said...

semangat ckit atul.. eh, jgn semangat ckit je.. semangat banyak2! chayyo!! =))

Dieha N said...

puan rusmanizah.she acts like a mom to me...eventhough im not a teslian..i do respect her soo much..dye sgt best mmg motivator..setiap kali diha ade masalah , terasa mcam nk jumpa dye je..sbb dye mmg best..

Unknown said...

teruskan apa yang terbaik untuk diri sendiri...insyaALLAH..jalannya ada di depan...