Wednesday, March 17, 2010

aku dan cinta

Love me without fear. Trust me without wondering. Love me without restrictions. Want me without demand. Accept me how I am.

Pernah jatuh cinta? Pernah dicintai? Mungkin ada yang pernah dan mungkin ada yang tak pernah.. kepada yang tak pernah, mungkin giliran anda akan tiba tidak lama lagi.. tunggu dengan sabar okey.. tapi cinta itu lebih indah selepas diijabkabul.. sebab dia yang lebih berhak untuk mendapat cinta kita.. setuju tak?

Kepada yang pernah dicintai dan mencintai, apakah tujuan dan matlamat kalian berkasih sebenarnya? Mungkin jawapan dibawah, adalah salah satu sebab kenapa kalian berkasih..

  • Trend.~Semua kawan2 saya ada pasangan.. jadi saya pon nak lar satu.. kalau tak nanti, kawan2 saya kata saya tak laku pula..
  • Perasaan remaja yang ingin dikasihi dan mengasihi.. tapi, rasanya, budak2 skolah rendah pon da pandai main cintun sekarang..
  • Saja, suka2 nak try.. best ke tidak kapel nih.. tgk mcm seronok jer…so saya pon cari lar satu..
  • Dan banyak lagi sebab lain2.. alasan kalian?

Bagi sya,saya berkasih kerana saya ingin hidup berteman…sebagai satu pelengkap kehidupan.. mungkin juga untuk dijadikan bakal suami, kalau dia adalah calon yang terbaik..kenapa tidak kan ? tapi, setiap kali saya berkasih, sudah pasti saya ada satu matlamat.. kalian ada tak matlamat dalam hubungan kalian? Mungkin ada diantara kalian yang mempunyai matlamat dan mungkin antara anda yang tidak mempunyai arah tuju dalam hubungan kalian..mungkin, antara list di bawah merupakan antara matlamat kalian:

· Saya nak hubungan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin.. sampai akhir hayat..

· Saya berhubungan dengan dia kerana saya inginkan kehidupan yang mewah.. almaklumlah, pasangan saya ni anak orang berada..

· Saya berhubungan dengan dia sebab saya nk populariti..almaklumlah, pasangan saya tu artis…

· Dan banyak lar lagi matlamat2 lain…

Tetapi, bagi saya, setiap kali saya berkasih, saya berazam ingin meninggalkkan 1 kesan yang mendalam ke dalam diri pasangan saya.. membawa satu perubahan yang positif ke dalam diri nyer..membawa satu sinar gemerlapan dalam kehidupannya..itulah matlamat saya.. ” jadi atul, ko ta mo kekalkan ker hbgn ko dgn dy ke?”… hush..jgn lar salah faham.. itu sudah pasti.. setiap hbgn cinta yang saya jalinkan,sudah pasti saya harapkan hubungan itu akan berkekalan hingga akhir hayat.. sebab cinta saya, bukan cinta pakai buang..

Membawa satu sinar gemerlapan dalam kehidupan pasangan? Macam mana tu yer? Tak faham sangat lar.. ok, let me explain melalui beberapa contoh cerita..

Syurga Cinta..



Kalian pernah tonton tak cerita ni? Lakonan Heliza dan Awal.. pada yang pernah tonton, best kan cerita ni.. atul menangis bila melihat cerita ni.. dalam hati terdetik, ‘aku nk jadi macam heliza, yg dapat mengubah seorang lelaki’…dalam cerita ini, awal sangat sengal.. dengan gaya hidup bebas.. sex bebas, arak dah jadi satu perkara biasa bagi nya.. sampaikan solat pon dilupakan…ops bukan lupa, tapi tak tahu langsung.. even alif ba ta pon dia ta kenal.. sgt naïf bab2 agama.. tetapi, kehadiran heliza dalam kehidupannya, telah membawa satu sinar baru dalam diri Awal.. dia mula tinggalkan arak dan zina dan kembali ke pangkal jalan.. baguskan kalau kita dapat jadi macam heliza.. bkn senang sbnrnye, ingin mengubah seorang insan. Nak2 yg da besar panjang mcm Awal tuh…

Nur Kasih

Yang ni pon, tipu sangat lar kalau kalian tak pernah tengok.. disiarkan di saluran TV3.. punya lar best nyer cter ni, siap ada siaran ulangan lagi.. bukan setakat tu, malah cerita ini di DVD kan atas permintaan penonton.. so, saya pasti kalian pernah menonton cerita ini..dalam cerita ini pon, kita dapat lihat, bagaimana Nur Amina mengubah suaminya Adam, kembali ke pangkal jalan.. Adam ni pon sesat pda mula nya.. arak, zina.. solat entah ke mana2.. Western life lar pndek kata.. tetapi, segala2 nyer berubah apabila dia kemalangan dan Nur Amina lar yang menjd sumber inspirasi akan perubahan diri Adam..hebatkan cinta seorang perempuan…

Sassy Girl Chun Hyang

Ok lar.. cerita ni saya pasti ramai yang tak pernah tonton.. cerita korea.. atul mmg minat cerita korea.. heroin dia Chun Hyang.. dan dia pon meninggalkan kesan yang besar ke dalam kehidupan suaminya Mong-Ryong .. Actually, mereka ni kawen paksa sbb nk tutup satu kes.. da tuh, kawen masa skola menengah.. awal gla kan.. Hero tuh, nama je anak ketua polis, tapi suka buat kes.. ta matang.. Then agak lembab dalam belajar.. asyik dapat no last jer bla xm.. tpi lepas kawen, wife dy lar yg menyebabkan dia berubah.. berubah ke arah yang lebih baik.. dia jadi makin matang, rajin belajar dan lastly dy jadi org yang berkejaya..

Boys over flower

Cerita ni, mgkin ramai juga yang tahu.. disiarkan kat 8tv.. dalam cerita ni kita ley tgk dalam watak Jan Di, heroin utama dalam cerita.. dia membawa banyak kesan kepada setiap individu dalam kumpulan F4 terutamanya, Jun Pyo dan Ji Hoo.. sebelum berkenalan dengan Jan Di, Jun Pyo ni tak prnh nak hargai org lain kecuali rakan2 F4 nyer sahaja..dia dengan senang hati akan membelasah dan membuli sapa2 sahaja org yg dia ta suka…tpi, selepas berkenal rapat dgn Jan Di, everything is changed.. dy da mula taw menghargai org lain and behave vey well.


Semoga kehadiran saya dalam hidupnya membawa 1000 kebaikan dan manfaat.. bukannya membawa 1000 bencana dan malapetaka..saya harap saya ada peluang tu..amin..

1 comment:

ad said...

i'Allah tul...
just have faith on God....
tp if sumtin that u wish doesnt come true or sumtin that u didnt want to happen ,happen,,...dun blame urself or any other...,,God has other plan for u...=)