Monday, October 31, 2011

the something of holidays..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
cuti deepavali baru sahaja berlalu...
ada yang cuti seminggu dan ada pulak yang cuma cuti 2,3 hari jah..
apa2 pon, happy deepavali for those who celebrates the celebration especially to my classmates..
Alhamdulilah, cuti kali ini ada juga pengisiannya walaupun TAK STUDY untuk exam..
at least i still do something worth to do...





disebabkan duit dah sangat kontang dek kerana baik hati sangat jadi ahlong,
so nak tak nak kena lah cari duit back up lain untuk support hidup yang lagi lebih kurang sebulan kat maktab ni..
moral of the story is, nak jadi ahlong tuh boleh... but make sure you have your own gangster to pukul budak2 yang tak mo bayar hutang balik... hahahhahaha..

(apa cam, ada berani tak bayar hutang
kalau i ada gamgster2 cam ni)



ok, in order to earn some money, i did some business with my beloved mother...
jual Martabak Maggi...
kredit to budak rbt yang bagi i the resepi..
alhamdulilah, dapat lah juga hasilnya..

(ni buKAN hangus, tapi pencahayaan k)

hari pertama jualan, terjual 6/7
hari kedua 7/9
hari ketiga tak ada rezeki langsung 0/9...
bukan sebab tak sedap, tapi sebab makanan ni sedap makan time panas2...
tapi, bila dah jual,mertabak dah sejuk...
tapi, a good try what..
thanks mom for your help..
love you,muah3...





the other thing that Allah helpth me to earn some money is home tuition..
yeah, i did home tuition...
teacher atul jadi ckgu addmath sekejap..
itu pun kebetulan, sebab my bestfriend yang mintak tolong ajarkan adik dia..
terima kasih fatin sebab percayakan aul untuk berkongsi ilmu dengan adik fatin...
tapi, siyesly atul rasa bayaran yang family fatin bagi, sangat banyak..
macam tak berbaloi pula...
ajarnya sikit jer.. tu pon tak tahu adik fatin faham ke tak...
tapi, bayaranny pula banyak...
may ALLAH balas balik kebaikan keluarga fatin..
semoga ayah fatin cepat sihat..


( buat adik, akk rasa you can do addmath better..just a matter of study jer)


erm, next is the sad thing that had happened during the holidays..
ayah kawan telah kembali ke rahmatullah...
takziah buat aswad dan keluarga..
semoga arwah ditempatkan bersama-sama para solohin...
buat aswad, semoga tabah hadapi takdir ini...
semasa melawat aswad dan keluarga, dapat jugalah atul berjumpa kawan2 dah lama tak jumpa..
antaranya si mature pq, my roomate huda, and my cutey ezza...



lastly, with a pray...
semoga mak cepat sihat...
sayang mak....





p/s: dah jatuh cinta dengan majalah al-islam... plan to have a collecction of them in future, I.Allah






Monday, October 17, 2011

kalau belajar kerana.....

kalau belajar kerana kredit hour...
cukup kredit hour, tak datang kelas...

kalau belajar kerana peperiksaan...
habis periksa, ilmu entah hilang ke mana..

kalau belajar kerana kerja...
cukup sekadar untuk mendapat kerja je lah...

kalau belajar kerana minat...
subjek tak minat melayang entah ke mana...

tapi,
kalau belajar niatnya kerana Allah...
i.Allah ia akan menjadi bekalan untuk kejayaan di dunia dan di akhirat...


mana satu saya, awak dan kita semua?


Monday, October 3, 2011

don't forget to say Insya Allah...

di suatu petang yang hening....
dalam kekalutan mengejar waktu kelas dan tiket bas...
maka berlakulah....

xxxx: atul, bas kau mesti sempat kan...bas ko kol 5.30...

atul: (dgn eksen dan over kompiden).. ye lah.. mesti sempat.. bas aku kol 5.30 kan...


tup2, bila dah sampai kat pudu raya, bas terlepas ...
hahahhaha... padan muka kat diri sendiri...
rugi duit sebab kena beli tiket baru...

moral of the story, DONT FORGET TO SAY INSYA ALLAH...
sebab, apa2 tak kan berlaku tanpa izinNYa...
ampun Ya Allah...

Tuesday, August 16, 2011

Tiga Doa Wajib untuk Diri Sendiri

1. dipanjangkan usia, dipanjangkan ibadah

2. dimurahkan dengan rezeki yang halal

3. mati dalam iman



mari amalkan...



p/s: teringin nak namakan anak Muhammad Al-Fateh.. harap2 anak dapat mencontohi beliau..I.ALLAH....

Saturday, August 13, 2011

Hijab @ kasihNya?

hati tertanya2...


adakah ini semua berlaku kerana hijab mahupun kerana kasihNYA?

hijab kerana dosa2 yang lepas?

atau atas kemakbulan doa yang dipinta bersama kasihNYA?


semoga ini semua berlaku kerana kasihMU ya Allah..

Sunday, June 26, 2011

patutlah saya tak jadi doktor....

masa kecik2 dulu, setiap kali orang tanya cita2, mesti atul jawab nak jadi doktor pakar bedah...
punya besau cita2 den...
tapi makin besar, makin hilang cita2 nak jadi doktor tu...
and skg, benda yang atul belajar pon lagi lah lari dari cita2 sebagai seorang doktor...



mood berangan: atul tgh bedah orang..hek9..



baru2 ni, atul baru jer abeh tgk code blue season 1 and 2...
code blue ni cerita jepun...kisah doktor heli...
syes menyayat hatilah tgk cerita ni...
nak2 part bila mereka tak dapat selamatkan mangsa...
meleleh beb air mata gua yang cool ni... hahhahahha.. *sengal*



code blue


bila tengok cerita tuh, barulah den sodar kenapa den ni tak jadi doktor...
bukan sonang beb...susah...
kena korban masa dan keringat...
dan yang paling tak tahan, kena korban perasaan...
mungkin kena jadi sedikir hati batulah kalau nak jadi doktor ni...
kalau cengeng, haish, tak lepas rasanya...


doktor heli, engine starto...


contohnya satu part dalam cerita code blue ni...
seorang nurse yang dok pulun jaga boyfriend nya yang menunggu ajal tak tahu bila...
tapi, saat terakhir si boyfriend dok nyawa2 ikan, dia dapat kol.. emergency call...
dengan macho nyer, dia tinggalkan pakwa dia hok nak mati le2 dah demi tugas...
kuat gila kan....kalau atul, atul tak terbuat dah macam tuh...



inilah nurse yang macho gila tuh...


lagi satu, jadi dktor ni, serius keluarga perlu dikorbankan...
yang irony nya, walaupun kita seorang doktor, tapi belum tentu kita dapat selamatkan orang yang kita sayang a.k.a keluarga...
patients come first...




oklah, kepada semua dktor2, saya tabik spring kepada anda semua...
sebab tugas doktor ni bukan sebarang tugas...
bermain dengan nyawa...
semoga terus maju jaya dan amanah dalam tugas yang diberi...





p/s: sampai sekarang, kalau g hukm rasa kecil jer bila dok jalan sebelah doktor...tapi kerjaya seorang doktor pon bermula dari seorang guru ye tak...

Monday, June 20, 2011

Cinta Itu Buta....

18 sebab kenapa cinta itu buta..



1. dah tak nampak orang lain selain dia...
mungkin kalian pon pernah rasa benda ni.. kita dah tak nampak orang lain selain dia.. bagi kita dialah yang terbaiknya walaupun berlambak lagi orang yang jauh lebih baik dari si dia.. walaupun ada orang yang jauh lebih baik dari dia nak kan kita, tapi kita tetap setia kat dia... bagi sapa2 yang tak pernah alami, tengok cerita korea pon dah cukup... hero no 1 tu tak ada lah baik mana..hero no 2 jauh lebih baik dan sentiasa di sisi tak kira apa jua keadaan.. tapi, si heroin tetap nak hero pertama..

2. dah tak nampak apa itu sakit....
bumi mana yang tak ditimpa hujan.. begitu jugalah cinta..cinta mana yang tak berlinang air mata... tapi, itulah, bila dah bercinta, sakit macam mana sekalipon dah tak nampak...diteruskan uga pendertaan itu walaupun terasa sakitnya...


3. dah tak nampak yang mana haram dan yang mana halal....
adat kapel, mesti pegang tangan...advance sikit, peluk..advance lagi....ha, taw2 sendirilah.. kadang2 cinta juga membuatkan si pencinta buta akan haram dan halalnya..ibarat dunia ini tiada pengakhirnya...ibarat tindakan yang tiada balasannya..


4. dah tak nampak jasa mak ayah...
ada yang bercinta, sanggup derhaka kepada ibu bapa... ada yang bercinta yang sanggup tinggalkan ibu bapa... kasih sayang ibu bapa yang bertahun2 habis begitu sahaja dek kerana cinta si dia yang tak sampai berapa ketika.. tapi itulah cinta..kadang2 membuatkan kita dah tak nampak jasa mak dan ayah...



5. dah tak nampak kawan2...
kadang2 bila kita bercinta, ia membuatkan kita dah tak nampak kawan2.. semuanya akan ikut kata si dia.. kalau si dia kata tak boleh keluar dengan kawan2, kita pon dok turut je lah...taat tanda sayang.. tapi taat yang tak bertempat...tapi, sebenarnya, kawan2 lah yang dok kita cari bila gaduh dengan si dia...si kawan lah yang dok dengar tangis kita bila kita bergaduh...tapi kita tetap sayang si dia dari si kawan kan...


5. dah tak nampak apa erti pokai @ membazir...
kalau dok bercinta, kadang2 kita sendiri dah tak nampak yang kita dok membazir yang bukan2 untuk si kekasih.. untuk si kekasih kita sanggup belikan phone.. tapi untuk mak @ ayah yang penat lelah besarkan kita, ada kita belikan mereka telephone? silap2, baju sehelai pon kita tak terbeli untuk mereka...kadang2, demi kekasih, tatkalau kita tak ada duit pon kita sanggup pinjam duit @ berhutang dengan kawan2 semata2 nak belikan hadiah birthday untuk si dia..


6. kita dah tak nampak cinta Allah yang jauh lebih manis berbanding cinta si dia...
bila dah sayangkan dia, kadang2 kita dah tak ingat akan cinta ALLAH yang jauh lebih manis dari cinta dia.. kita dah lupa akan cinta ALLAH yang tiada akhirnya berbanding cinta si dia yang entah bila akan akhirnya...kita sanggup bergayut dengan dia berjam2 sampai dok panas telinga sedangkan dengan Allah berdoa 10minit pon tak sampai... betapa kita sayangkan dia dari Allah bila kita bercinta...kalau dia merajuk, cepat2 kita pujuk.. tapi dengan Allah, kita wat endah tak endah jer...




kesimpulannya:
memandangkan cinta itu buta, maka carilah cinta yang berhak sebagai contoh cinta kita kepada Allah...kalau kita buta dalam cinta Allah pon, sudah pasti kita tidak akan sesat kerana sentiasa dalam hidayah dan taufiq-Nya... ya Allah, janganlah Engkau lekakan aku dalam cinta manusia, tetapi hanyutkanlah aku dalam cinta suciku kepadaMu,amin...



p/s:
~lagi 12 sebab kalian carilah sendiri..sebarang idea, bolehlah diletakkan dengan memberi komen di bawah
~sebab2 di atas adalah berdasarkan samada pengalaman dan tontonan cerita
~Alhamdulilah, baru dapat result exam..ok lah...tapi as usual, my english makes my result down..huh!!!

Saturday, June 18, 2011

Amalan untuk Mengelakkan dari Terkena Sihir

Assalamualaikum wbt...

walaupun dunia hari ini orang kata ala2 dunia tanpa sempadan, tetapi sihir masih lagi dipraktikkan bagi segelintir manusia yang nipis imannya di dada...
tapi, dunia sihir ni pon dikira ala2 dunia tanpa sempadan juga lah sebab ia merangkumi dua alam iaitu antara dunia jin dan manusia..


.



sebelum itu, apa yang dimaksudkan dengan sihir?
dalam kata mudahnya, sihir, merupakan satu perbuatan di mana seorang manusia meminta bantuan dari jin untuk memudaratkan musuhnya..


hanya mereka yang pernah disihir sahaja tahu betapa azabya apabila disihir...ada tu sampai menemui ajal akibat disihir...

bagi yang tak pernah, mencegah itu lebih baik kan...so, ini adalah amalan yang boleh kita amalkan untuk mengelak daripada disihir...


1. surah al-baqarah ayat 1-5


2. ayat Qursi dan


3.surah al-Baqarah ayat 284-286



bacalah kesemua ayat diatas 2 kali sekari iaitu selepas solat subuh dan selepas solat maghrib..


dengan membaca ayat2 diatas selepas subuh, Insya Allah kita akan dilindungi dari sihir sepanjang pagi. sekiranya ada yang cuba untuk menghantar sihir kepada kita pada waktu pagi, Insya Allah, sihir itu tidak akan menjadi.. dan silap2 hari bulan, sihir itu akan dihantar kembali kepada si penghantarnya...


dengan membaca ayat2 diatas selepas maghrib, Insya Allah kita akan dilindungi dari sihir sepanjang malam. sekiranya ada yang cuba untuk menghantar sihir kepada kita pada waktu malam, Insya Allah, sihir itu tidak akan menjadi.. dan silap2 hari bulan, sihir itu akan dihantar kembali kepada si penghantarnya...


semoga Allah terus melindungi kita dari segala bentuk bencana.. amin...


p/s: yang silapnya kita, bila dah terkena baru nak pegang Al-Quran..masa sihat,Quran jauh sekali dari kita...sekadar hiasan..

alhamdulilah,angah dapat notebook free se..

alhamdulilah...
semalam, angah dapat netbook satu Malaysia..
notebook free sebijik + tm wifi...
tapi syg nyer, kat umah kami mana ada bnda alah tm wifi ni..
so, angah, simpan ajelah notebook tu untuk masuk u nt...


tapi, tak faham gak kenapa budak2 sekolah ni diberi notebook?
ulangkaji online ke?
buku yang sedia ada pon dowg tak terhabis baca...ni kan pulak, nak study online...
silap2,budak2 ni online fb 24 jam adalah...
sebagai manusia yg masih cetek ilmunya, atul tak tahu apa faedahnya notebook ni diberi kepada budak sekolah...

dalam hati, nak tgk gak, bdak2 yg dapat notebook ni nt result dia agi gempak ke dari kami yg belajar guna buku jer...

hem...
yg kelakarnya...
ada orang asli semalam, lepas dapat notebook terus jual ...
murah gila lak tuh...
rm400 jer...
kalau tahu semalam, bawa duit lebih jer..
boleh beli dari dowg...
mana nak dapat kan, notebook rm400..


orang asli smlm tu pon, jual bersebab..
nak buat apa kan notebook kalau umah sendiri pon ta de bekalan elektrik..
nak cucuk celah mana nak hidupkan notebook..
bek jual, dapat juga tangung duit makan sebulan...



p/s: mungkin pemberian notebook ni patut dikaji balik, ke mana hala tujunya...


Monday, May 23, 2011

Ya Allah, panjangkanlah usia ayah dan ibuku...

assalamualaikum wbt dan salam dua alam...

alhamdulilah, 2 papers dah abeh, tinggal lagi 2 papers...
Ya Allah permudahkanlah langkah hambaMu yang kerdil ini...
tiada apa yang mudah, kecuali Kau yang mempermudahkannya...


sepanjang atul tulis blog, tak pernah lagi atul menulis pasal ayahkan..


jadi hari ini atul nak share something..
cerita bermula...

v
v
v


ayah atul ni jenis orang yang payah gila nak sakit kecuali sakit gigilah...
dan baru2 ini ayah atul demam..
punyalah atul dan adik beradik terkejut bila dapat tahu ayah demam...
apa yang pelik sangat kan dengan demam kalau difikrikan dengan logik akal?
adatlah demam...semua orang pernah demam...
tapi ini satu benda yang pelik bagi ayah atul....
sebabnya, sepanjang 21 tahun atul hidup dengan ayah, ayah tak pernah sekali pon demam (seingat dalam ingatan atul lah)


bila dah sekali demam tu, sampai semalam ayah tak kebah2 lagi..
(ayah macam atul, tak suka ke klinik, jadi dia pon tak ke klinik lah bila demam )
jadi, masa atul kol mak tu, atul pon ambil kesempatanlah bercakap dengan ayah....


terkejut dan sedih bukan kepalang bila perbualan bermula antara ayah dan atul...

v
v
v


atul : ayah, pergilah klinik...

ayah: esok lah..tunggu klinik kerajaan...tak payah bayar (dengan suara yang semakin tenggelam)

atul: alah, ayah pergilah malam ni..takut esok, ayah dah tak larat nak bangun... guna duit mak tu dulu...

ayah: alah, kalau esok dah tak ley nak bangun, nak buat mcm mana..redha ajelah... (tiba2 ayah menangis)

atul: ayah ni, janganlah cakap macam tuh... (atul pon dah mula menangis sama)

ayah: along seminggu lagi kan nak balik...

atul: aah...jumaat ni along balik...

ayah: insya Allah, kalau sempat ye along... along, jaga adik2 elok2 taw... (masih menangis)

atul: ayah ni kenapa...tak yah cakap yang bukan2lah... (makin sedu atul jadinya)

ayah: bukan merapu, tapi betullah..kita tak tahu bila...

atul: dah lah ayah...malas along nak layan ayah ( sebak sebenarnya bila ayah dah mula cakap yang bukan)

mak: along, ayah nangis...

atul: mak, kenapa ayah tu? jangan buat along takut...

mak : I.Allah tak ada apa2 lah..dia tengah sakit tu..jadi merapu yang bukan2 je lah (kata mak yang cuba tenangkan hati atul )


ya Allah... tak tahu cam ner nak bayangkan perasaan atul masa tu... atul tak nak kehilangan ayah....atul sayang ayah... tak dapat atul nak bayangkan kalau ayah dah tak ada nanti...ya ALLAH....

YA ALLAH,panjangkanlah usia kedua2 ayah dan ibuku... aku rela sekiranya aku yang pergi dulu...mak, ayah...along sayang kalian sangat2....


P/S: smoga ayah cepat sembuh...


Friday, May 20, 2011

TGV KLCC vs EXam WEEk....


Assalamualaikum dan Salam 2 alam...


1st paper dah lepas....harapan lulus jer...
susah nak mati + bahasa inggeris wat penambah susah...
bukan atul jer yg kata...yg len2 pon sama...
so tu bukan kira sbb atul ta ckp study lah..tapi mmg sbb susah kan..hohoho...


walaupun begitu, serik tak penah datang tatkala dalam kepala teringat 2 stories yang sedang hangat kat panggung...nur kasih + pirates of the carribean...


my roomate pon ikut kali ni..1st time kua sama..


so, semalam, seawal 9.30 pagi (lbh kurg), atul n d gang dah sampai kat klcc...
hoho, klh org yg kja kat klcc tu sndri..dowg pon ta sampai lagi kot...


sampai2 trus terjah tgv...takut tket abeh beb..tapi, tgk2 ta buka lagi ..(yela blom kol 10 kan)
bila kaunter dah buka, kami org yg top 5 beli tiket..hoho, excited beb...



huhu, terbang rm 22 den...


wat marathon movies lah smlm..gila kan...tak sedar diri nak exam tuh...

ok ni lah serba sikit komen atul sal dua2 cer...


Nur Kasih the Movie:


bagi sapa2 yg dah ikut cer nur kasih drama dulu, di syorkan g lah tgk yg movie lak..baru puas hati...ley tgk adam, aidil and nor sampai ketua...
nak bagi sinopsis cer pon, nt spoil lak ean kowg nk tgk..so tgk lah sndri...
tapi, bagi atul, yg wat spoil cer ni bila ada norman hakim..apa dah ta de org len ke? huh...


Pirates of the Carribean: On Stranger tides


super duper lah...malas nk cer pnjg..g tgk sndri...terasa nk tgk lagi sekali..ada tak sapa2 yg sudi nak ajak saya tgk wayg cer ni lagi? hee~ i love jack sparrow...hoho...



reflection diri:
hoho..see how i take my study badly.... entah ke mana atul yg rajin study masa skola dlu..hem...k nk smbg study...daa~

ezza cayang....

assalamualaikum ezza...
first and foremost, sory my cayang....
20 may tak penah lari dalam otak atul apatah lagi dari kalendar...
tapi atul masih tak mampu nak wish tepat pada masanya...
bukan kerana tak sudi atau melupakan diri...
tapi kerana celcom dan maxis yang kehabisan kredit....

argh..tapi itu bukan alasan bukan?
facebook masih ada untuk menghubungkan kita...
tapi, atul tak suka wish birthday kat fb...
terasa macam fb tu jadi reminder...
bukan kita yg igt sndri...


sory cayang...
org kata, better late than never right...

so, here we go~~~~


HAPPY BIRTHDAY MY DEAR...
semoga usia yang diberikan diiringi keberkatan dari Allah swt
smoga dipermurahkan rezeki yang berkat...
semoga cepat2 kawen...hehehehe...
atul doakan ezza akan mendapat suami yg soleh dan anak2 yg soleh/hah
semoga ezza terus maju jaya dan jadikanlah kejayaan itu kejayaan untuk ummah...
akhir kata, doa atul sentiasa mengiringi ezza...

semoga ezza shazana terus mendapat limpah rahmat, hidayah dan taufiq dari Allah...amin..


Wednesday, May 18, 2011

tips nak jawab paper exam esp paper EDU 3101

ASSALAMUALAIKUM dan salam satu Malaysia..


I.Allah esok 1st paper untuk final...
hoho, walaupun cam tu masih ada masa lagi kan nak update blog..
bukan apa, dah nak muntah membaca buku philo tuh...
dengan mukadimah ala2 meleret..


ok, hari ini nak bagi tips sikit untuk jawab soklan paper hari esok..
ops, lupa lak nak bitaw...
paper esok EDU 3101 (Philosophy and Education in Malaysia)


tipsnya:

contoh soalan 1:

apakah sumbangan aminudin baki dalam bidang pendidikan negara ? (4markah)
  1. menubuhkan lembaga peperiksaan Malaysia
  2. mewujudkan sijil pelajaran Malayia dan sijil tinggi Malaysia
  3. melibatkan diri dalam penyediaan Penyata Razak.
  4. ..............................................................................

jawapan ke 4, blank...dah tak tahu nak jawab apa... sebab banyak lagi fakta lain dah bercampur aduk dalam kepala...

disebabkan dalam buku ada tulis, untuk memperoleh maklumat lanjut mengenai Amanudin Baki, ada bolehlah layari laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Aminuddin_Baki

so apa kata, kalau dah blank sangat tak tahu nak jawab apa bagi ruangan ke 4 tu, bolehlah letakkan jawapan :untuk memperoleh maklumat lanjut mengenai Amanudin Baki, ada bolehlah layari laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Aminuddin_Baki


hehehhehehe...kalau anda berani, try lah....ada kena pelakung dengan lecturer...
agak2 mr.wee marah tak eak kalau letak jawapan cam nih?


ok lah...selamat study semua...wish you all good luck...



p/s : wish me luck k...

Saturday, May 14, 2011

4-1=0

assalamualaikum wbt...
mari kita mulakan bacaan blog kali ini dengan surah al-asr..


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

وَالْعَصْرِ

Demi masa.

إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ

Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,

إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dalam kebenaran dan nasihat menasihati dalam kesabaran.


Surah Al-‘Asr (سورة العصر) adalah surat ke-103 dari Al Quran. Surah ini tergolong surah makkiyah dan terdiri atas 3 ayat. Kata Al 'Ashr bererti waktu/masa dan diambil dari ayat pertama surat ini.

Isi surat mengabarkan bahawa sesungguhnya semua manusia itu berada dalam keadaan kerugian kecuali dia termasuk mereka yang selalu beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.

v

v

v


Alhamdulilah, baru2 ini saya berkesempatan mengikuti satu program surau maktab, Surah As-Syakirin. program malam jumaat, yang dipenuhi dengan ceramah agama bulanan dan juga solat hajat.. Alhamdulilah, program kali ini agak mendapat sambutan yang menggalakkan dari kaum muslimin dan muslimat...


yang ingin dikongsikan serba sedikit dalam entry kali ini adalah berkaitan dengan isi ceramah yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan.. kagum dan terasa kerdil serta malu dengan diri sendiri apabila si penceramah tersebut merupakan seorang mualaf dan baru sahaja memeluk islam selama 15 tahun... walaupun begitu, beliau sudah menghafaz al-Quran berserta maknanya, (pandangan sendiri berdasarkan cara pencapaian beliau yang sentiasa mengeluarkan ayat2 al-Quran tanpa perlu membuka al-Quran)...


berbalik kepada tajuk asal entry ini.. 4-1=0... haish...cikgu matematik mana pula yang mengajar 4-1=0? tiada.... tapi inilah konsep yang akan dibicarakan sat lagi... kita kembali kepada maksud ayat surah al-asr:


demi masa


Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian


kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran


sudah ditekankan oleh Allah SWT bahawa sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian kecuali yang dinyatakan di dalam surah di atas...


kesimpulannya, manusia yang tidak rugi adalah

1. manusia yang beriman

DAN

2. manusia yang mengerjakan amal soleh

DAN

3. manusia yang nasihat-menasihati dgn kebenaran

DAN

4. manusia yang nasihat menasihati dengan kesabaran...


kenapa DAN itu di caps lock kan oleh saya? hal ini kerana, dan di sini bermaksud kena buat...bukannya satu pilihan kepada kita sama ada nak buat atau tidak..di sinilah konsep 4-1 = 0 digunakan.. kalau tiada salah satu di atas, maka tergolonglah kita dalam golongan manusia yang rugi..


no 3 dan 4 tu sebenarnya lebih kepada kerja dakwah dan islah, yang kebanyakan kita beranggapan itu kerja ustaz, imam dan para ulama.. tapi sebenarnya kita silap..dakwah dan islah iti adalah kerja semua umat islam kerana di tegaskan dalam surah al-'asr *manusia* yang merangkumi semua umat islam bukannya sekadar pak imam mahupun ustaz2 dan juga para ulama...


tapi sejauh manakah kita dapat mempraktiskan dua perkara ini? macam saya sendiri, kadang2 nak tegur kesilapan kawan pon tak berani.. sebab dok fikir2 kelemahan diri sendiri..tapi kalau dok fikir2kan kelemahan dan kekurangan yang kita ada, sampai bila pun kita takkan berdakwah dan berislah... lagipon, siapa manusia yang tak pernah lakukan kesilapan? nobody is perfect and dont make this excuse untuk tidak berdakwah dan berislah...


bak kata penceramah, kalau nak berdakwah dan berislah, berislahlah akan sesuatu perkara amal yang kita buat dan perkara mungkar yang kita tinggalkan..sebagai contoh, janganlah kalau kita sendiri tak solat, tiba2 kita pergi bagi nasihat kepada orang yang tak solat dan marah2 mereka kenapa mereka tak solat.. itu tak betullah kan...


sebenarnya, dari platform dakwah dan islah ini juga lah ia akan memberi dorongan kepada kita untuk memperbaiki kelemahan diri...


jadi, marilah sama2 kita memulakan baby step dalam mempraktiskan surah al-'asr ayat ke tiga tersebut...semoga dipermudahkan..amin..



p/s: berapa lama kita beragama islam itu bukanlah satu jaminan kepada kualiti dan kuantiti amalan kita..betul tak?


Thursday, May 5, 2011

Kapel Bukan Penentu Jodoh


along: mak, hari ni kawan along nak kawen dah..agak2 along bila pula?
mak: pakwe pon tak de ko tu along...

along: alah mak..kapel tu bukan penentu jodoh..kalau kapel asyik putus pon, tak ke
mana juga...


ini perbualan atul dengan mak TERSAYANG sebelum atul ke walimatulurus kawan
zaman sekolah dulu...haish..sekejap je masa berjalan kan...dulu, zaman sekolah, pergi
ke kelas, belajar sama2...balik ke bilik, borak2 sakan sampai tengah malam...tup2
sekarang, dah terima kad jemputan kawen jer.. turn atul bila pula yer? tu yg kita tak...



buat syikin dan suami, selamat melayari bahtera perkahwinan..atul doakan semoga
perkahwinan kalian kekal sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak2 yg soleh dan
solehah...


jom kita usha gambar pengantin pulak...


barang hantaran...

potong kek..tapi atul tak sempat makan..heh3...

haish, bilik tidur pengantin yg tiada privacy nyer lagi..

candid! cantiknyer syikin...

akhir kata, semoga kekal sampai syurga..


BTW

Sepupu atul yang kawen tahun lepas baru jer menimang cahaya mata... namanya, ada nama atul juga...fadhilatul husna...hebat betul sepupu atul..pantang hari yang ke 7 dah mula masuk kelas semula.tabik lah...

so jom usha, gmbr baby pulak...










p/s: tak mendambakan suami seorang doktor..tapi mengharapkan seorang suami yang tahu mengamalkan cara perubatan Islam..

Wednesday, March 30, 2011

perkongsian buat adik2 lepasan SPM

ASSALAMUALAIKUM....

minggu lepas, keputusan SPM telah diumumkan. macam mana dengan keputusan adik2? akak ucapkan tahniah kepada yang berjaya.. kepada yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa ya adik2.. hidup tidak berhenti setakat di situ..


sebenarnya, keputusan yang baik pon belum pasti akan menjanjikan kita akan mendapat tempat di IPT yang kita ingini.. begitu juga dengan keputusan yang kurang memberansangkan. tidak semetinya mereka ini tidak layak mendapat tempat di IPT. macam seorang kawan akak ni, keputusan SPM orang kata kadar2 biasa sahaja, tapi sekarang sudah bergelar mahasiswa UM mengambil jurusan science management biology.. jangan main2, UM ya adik2... first universiti kat malaysia.. jadi adik2 diluar sana, sila jangan berputus asa...


sekarang, akak pasti ramai antara adik2 yang keliru nak sambung belajar di mana.. nak2 yang mendapat banyak tawaran.. nak sambung di matrik ke? diploma ke? asasi di IPT ke? tajaan mara? tajaan JPA? atau UTP?haish, pening jugakan kalau dah banyak sangat tawaran ni....

macam akak dulu, lepas dapat keputusan SPM akak mendapat tawaran dari matrikulasi johor, asasi di UIAM, dan temuduga maktab bagi kursus matematik.. matrik johor dan asasi di UIAM, dua2nya menawarkan kos yang memang akak minat, perakaunan.. begitu juga maktab, kursus matematik... tetapi akak tolak maktab sebab tempat temuduga terlalu jauh, Kuala Lipis.. matrik pula akak tolak disebabkan oleh akak tak nak struggle betul2.. pada hal, kawan baik akak beriya2 mengajak akak masuk matrik Johor..tapi akak menolak.. maka berpisahlah akak dengan kawan baik akak..



akhirnya, akak pilih UIA atas banyak sebab.. antaranya sebab akak dah lama bercita-cita nak sambung belajar di sana dan cita-cita akak nak jadi gabenor bank negara.. di sana akak ambil subjek akaun.. mulanya, menangis jugalah akak belajar subjek ni, sebab susah.. akak dulu masa SPM budak sains tulen..jadi mana belajar akaun.. masuk2 kelas akaun, kebanyakan pelajar lain sudah mempunyai asas dalam subjek tersebut.. sedangkan akak tak ada langsung, zero knowledge, jadi terkial2 dalam kelas....menangis akak masa tu.. tapi, disebabkan minat, akak belajar bersungguh-sunnguh...sanggup stay up tengah2 malam mintak kawan ajarkan subjek akaunt.. alhamdulilah, dalam periksa akak berjaya dapat A dalam subjek tersebut...



hari tak selalunya panas.. begitu juga dengan hidup akak... sebelum beberapa bulan lagi akak nak buat degree untuk kos ini, akak telah bertukar ke maktab atas alasan yang tertentu.. kat sini, akak ambil kos bahasa inggeris, satu2nya subjek yang akak benci dari kecil lagi... bagi akak, nak jadi cigu bukan satu masalah bagi akak.. tapi nak jadi cikgu bahasa inggeris adalah satu dugaan besar bagi akak memandangkan akak tak pernah minat langsung subjek ini.. di sini, akak hanya belajar mengikut arus.. tiada lagi perasaan excited atau seronok untuk belajar.. kadang-kadang hati ini menangis, sampai bila diri ini perlu belajar dalam keterpaksaan? ini lah satu keputusan yang akak buat yang akak dah tak boleh nak patah balik...


semasa akak mendapat tawaran dari maktab untuk kali kedua ni, akak memang ragu2 sebab kursus yang ditawarkan adalah bahasa inggeris..tapi, akak buat juga keputusan tanpa membuat solat istiharah terlebih dahulu, memohon petunjuk dari Allah.. perkara inilah yang akak kesalkan sebab buat keputusan tanpa minta petunjuk dariNya terlebih dahulu..entah-entah apa yang akak buat ni, satu keputusan yang kurang tepat...

kepada adik2 yang masih ragu2 di luar sana, di sini akak nak berkongsi sedikit sahaja.. mohonlah petunjuk dariNya terlebih dahulu dalam membuat keputusan... sebab Dia lebih tahu yang mana yang terbaik untuk kita.. lagi satu, minat itu pun penting dalam menimba ilmu.. menimba ilmu itu sepatutnya menjadi ibadah bagi kita.. tapi, jangan disebabkan beberapa perkara, ia akan menjadi penyumbang dosa kepada kita...


akhir kata, doakanlah supaya hati akak ini terbuka untuk jatuh cinta kepada bahasa inggeris..amin... dan kepada adik2, semoga maju jaya pada hari2 yang mendatang...



p/s: terima kasih ustazah zahariah yang sudi mendoakan saya di hadapan kaabah semasa membuat umrah pada cuti yang lepas supaya saya meminati bahasa inggeris..semoga doa ustazah termakbul dan semoga ustazah diberkati Allah..amin..